Teringat dulu masa mula-mula kerja, terima zakat dari owner Satay Kajang RM400,000+ di Kaunter Zakat Kajang. Menggigil tangan terima.
Arwah Haji Samuri selalu bayar zakat selepas Solat Jumaat akhir tahun. Kalau Solat Jumaat cerita tentang zakat, memang penuh kaunter zakat selepas tu.
Zaman bisnes online ni, Alhamdulillah memang ramai businessman yang bayar zakat juga. Salah satunya Dato' Aliff Syukri ni.
Beliau bayar zakat RM2 juta beberapa hari lepas. Pada usia muda 38 tahun, zakat beliau dah bantu berpuluh-puluh ribu orang Asnaf. Sesuatu yang tak mampu kita lakukan.
Beliau ada kongsi, dulu masa membesar, dia dapat bantuan zakat. Bantuan pelajaran, kelengkapan sekolah dan makanan. Benda tu jadi semangat dalam dia berbisnes.
Kitorang ada rekod beliau mula berzakat, ketika usianya belasan tahun lagi. Ketika beliau mula berniaga kecil-kecilan. Konsistem berzakat sampai hari ini.
Mungkin itu juga jadi asbab beliau berada di tahap sekarang.
Zakat ni antara ibadah yang dibenarkan untuk dihebahkan untuk galakkan orang lain mencontohi dan timbul keinginan bayar zakat.
Selagi perniagaan tersebut halal dan cukup syarat, zakat wajib dikeluarkan. Insyaallah perniagaan tersebut akan berkembang maju.
Aku doakan semoga semua bisnes yang keluarkan zakat, perniagaan mereka terus maju, berkembang, dan keluarga mereka bahagia dan jadi muslim yang baik-baik, Ameen!
Saya ucap tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim @anwaribrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Selamat maju jaya.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
25 November 2022
Tolong jangan halang suami miliki hobi.
Mungkin nampak remeh. Lego, kamera, joran, permainan lama benda-benda kecil yang buat dia tersenyum sendiri. Tapi di sebalik itu, ada sesuatu yang kita tak nampak.
Thread
AI chips made by Malaysia?
Dengan kerjasama ARM, impian cip AI 'Made by Malaysia' - cip yang direka, dihasilkan, diuji dan dipasang di sini, dan dijual ke seluruh dunia – semakin hampir menjadi kenyataan.
Kita dah pun lancarkan Strategi Semikonduktor Nasional (SSN) untuk bawa sektor semikonduktor Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, dan dengan MIDA baharu sahaja menanda tangani perjanjian bersama ARM, kita semakin menghampiri impian tersebut.
You all ada guna smart phone dan tablet tak? Kalau ada, kemungkinan besar anda adalah pengguna processor ARM. ARM adalah peneraju dunia dalam reka bentuk cip yang digunakan dalam majoriti peranti mudah alih.
Dan kini ARM akan membuka pejabat di Malaysia sebagai hab untuk rantau Asia Tenggara. ARM juga akan melatih 10,000 jurutera reka bentuk litar bersepadu, dan 100 jurutera penyelidikan dan pembangunan. Mereka juga akan membantu kita mencapai sasaran SSN melahirkan 10 syarikat semikonduktor tempatan dengan pendapatan tahunan sehingga RM4.7 bilion dan 100 syarikat tempatan berkaitan semikonduktor dengan pendapatan tahunan RM1 bilion.
Kehadiran ARM bakal menjadikan Malaysia pusat semikonduktor serantau, mewujudkan peluang pekerjaan berteknologi tinggi untuk rakyat Malaysia, dan melonjakkan ekonomi negara.
#TZA #MITI #PemacuPotensiGlobal #pelaburan