Cara mereka...fitnah, maki, kata mcm2, biar kenyataan itu bertebaran dulu..lepas tu minta maaf, mohon ampun..
Cara siapa ni???
Islamic ka cara ini???
Bermoralkah cara ini???
Biar orang nak kata apa. Saya tahu mengapa Dato Saarani membuat keputusan yang begitu pahit.
Kami akan menjelaskan kepada sesiapa yang kami jumpa tapi kami juga tahu seteru politik tetap buat tak faham.
Siapa yang menang dengan cara jahat, menipu, memfitnah dan lain2 cara jahat takkan kekal lama tapi yang jadi mangsa rakyat. Dah terbukti selepas PRU14.
Umno memang parti terbesar tapi masih tak cukup untuk menang. Oleh itu orang Umno terutama yang berjawatan jangan sombong, pujuk, dampingi mana mana yang masih boleh kita dampingi dan rayu menyokong kita.
Boleh dikatakan hari hari dapat berita orang yang dikenali meninggal dunia asbab covid19.
Ya Allah, jauhi dan lindungilah kami dari jangkitan covid19 itu, aamiiiin Ya Robbal'alamin.
Raya puasa dah, raya haji dah, pilihanraya bila? Covid terus meningkat, saya setuju pru setelah covid19 reda, tapi bila nak reda? Terus meningkat...tapi yang naik akan turun jugak kan? Yang di atas akan ke bawah jugakan?
Positive Covid19 5725 hari ini...nak salahkan siapa? Nak marah siapa? Bising bising nanti terjangkit pulak.
Dalam hal penyakit ini jangan berharap pada orang lain, sendiri kena berusaha, sendiri kena berdoa.
Pohon Allah jaga kita, jaga keluarga, rakan2 dan negara kita.
Masa jadi kerajaan berkali kali kata negara tak ada duit, negara akan bankrap, sekarang minta pula peruntukan juta juta konon utk tolong rakyat. Masa jadi kerajaan bantuan pada rakyat dipotong.
Lidah bercabang, otak putar belit.
KWSP itu simpanan wajib, ada syarat2 yg ditetapkan, pencarum tahu syarat2 ini sebab itu mereka merayu bukan mendesak... dengarlah rayuan mereka, tak susah mereka tak merayu.
Tak dapat 10,000, 5,000 pun ok atau dibenarkan pengeluaran bulanan hingga jumlah yang dibenarkan.