๐๐ฆ๐๐ ๐จ๐ฆ๐จ๐ ๐ฆ๐๐๐ก๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐
Kita tunggu laporan RCI Tabung Haji didedahkan.
Insya-Allah, sebahagian dari yang ada dalam laporan RCI itu saya dah ulas lama dalam Parlimen, sejak 2016 lagi.
Untuk memudahkan memahami laporan RCI Tabung Haji jika dan bila didedahkan kelak, boleh tonton balik ucapan saya di Parlimen dalam bulan Mac 2016.
Boleh lihat sendiri macam mana ahli-ahli Parlimen Umno beriya tuduh saya konon saya buat-buat cerita.
Klik pautan berikut untuk menonton semula ucapan penuh saya berkenaan Tabung Haji pada tahun 2016:
https://t.co/REM9gXhQ1v
Buat rakyat Nismilan gunakan kuasa mengundi anda jgn sampai kuasa dialihkan hingga terjadi begini.. Bila dah berlaku maka kita tidak boleh undur kembali..
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ: ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก
Salah satu budaya baru yang dibawa ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata.
Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan.
Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama.
Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi.
Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar.
Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas).
Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung.
Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri.
Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang.
Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya.
Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya.
Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat.
Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak.
Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini.
Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan.
Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan.
Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela.
Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam PRN Johor yang lepas.
Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai:
1)Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli
2)Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor
3)Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi
Hari ini, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A.
Pautan Lampiran A:
https://t.co/2DT8NLXCkB
Amalan ini akan menjadi disiplin ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang.
Saya berharap sumbangan kecil ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang.
๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak BERSAMA
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Suruh dia cermin muka sendiri sekali..
Bonus penjawat awam negeri pon minta ehsan Federal utk bayarkan
Itu belum cerita bab hasil negeri yang makin kurang..
Bekas Timb. Gabenor Bank Negara, Sukhdave Singh berkata beliau tidak boleh menerima alasan yang menyatakan laporan RCI Tabung Haji tidak didedahkan dahulu kerana ingin menjaga keyakinan terhadap institusi berkenaan
Beliau berpendapat bahawa orang akan hilang keyakinan apabila salahlaku disembunyikan, bukannya apabila salahlaku dan individu yang b'jawab tidak dibawa ke muka pengadilan
@Khairykj, rekod awam menunjukkan pendirian politik anda berubah mengikut kedudukan.
Pada Januari 2023, anda menyokong kestabilan Kerajaan Perpaduan pimpinan DSAI & menolak sebarang kerajaan pintu belakang. Apabila UMNO memecat anda tanpa surat tunjuk sebab atau proses pendengaran, anda mengisytiharkan diri "unbowed, unbent, unbroken".
Tapi selepas diterima kembali oleh UMNO pimpinan Zahid, orang yang memimpin parti ketika anda dipecat kini dipuji, sementara DSAI & PH pula menjadi sasaran. Sedangkan anda sendiri pernah mengakui bahawa DSAI berjaya menstabilkan ekonomi & meningkatkan keyakinan pelabur, walaupun manfaatnya belum dirasai sepenuhnya oleh Rakyat.
Jangan pula menggambarkan diri seolah-olah anda membina kerjaya politik melalui perjalanan akar umbi seperti ahli UMNO biasa. Rekod menunjukkan anda menyertai UMNO pada 1998, menjadi penulis ucapan Abdullah Badawi pada 1999, berkahwin dengan anak beliau pada 2001 & menjadi Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 2004-empat tahun sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen.
Anda sememangnya berpendidikan & kemudian memenangi pertandingan parti serta pilihan raya. Namun, rakyat berhak bertanya sama ada hubungan rapat dengan koridor kuasa telah mempercepatkan perjalanan awal politik anda.
Rekod kontroversi anda juga bukan sedikit.
Pada 2006, pembelian saham ECM Libra bernilai kira-kira RM9.2 juta melalui pembiayaan daripada pengasas syarikat mencetuskan persoalan awam mengenai konflik kepentingan kerana kedudukan anda sebagai menantu & penasihat kepada Perdana Menteri ketika itu. Anda kemudian menjual saham tersebut pada harga lebih rendah. Tiada sabitan jenayah terhadap anda dalam perkara itu, tetapi persoalan tadbir urus yang dibangkitkan kekal sebagai sebahagian daripada rekod awam.
Pada 2009, Lembaga Disiplin UMNO mendapati anda melanggar peraturan parti berkaitan politik wang & memberikan amaran. Anda menafikannya dan masih dibenarkan bertanding sebelum memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Itu merupakan keputusan disiplin parti, bukannya sabitan jenayah-tetapi ia tetap sebahagian daripada sejarah politik anda.
Pada 2016, ketika anda menjadi Menteri Belia & Sukan, seorang pegawai kanan kementerian ditahan berhubung penyelewengan kira-kira RM100 juta yang berlaku melalui kelemahan prosedur kewangan. Tiada bukti bahawa anda menerima wang tersebut, tetapi anda sendiri menerima tanggungjawab sebagai menteri terhadap kegagalan pengawasan itu.
Dalam pengurusan vaksin Covid-19 pula, PAC terdahulu menyatakan proses perolehan mendapat kelulusan Kabinet & Perbendaharaan. Tapi, laporan PAC berikutnya mendapati 8.5 juta dos bernilai RM505 juta telah luput akibat lebihan stok, penurunan permintaan & beberapa faktor lain. Anda kemudian menerima tanggungjawab terhadap lebihan pembelian itu. Ini bukan tuduhan rasuah terhadap anda, tetapi ia merupakan persoalan sah mengenai perancangan, unjuran & penggunaan wang awam.
MySejahtera turut mencetuskan persoalan PAC mengenai ketiadaan kontrak awal, pemilikan aplikasi, harta intelek & rundingan terus. Tiada dapatan bahawa anda memperoleh keuntungan peribadi, tetapi sebagai Menteri Kesihatan ketika sebahagian isu itu ditangani, rakyat berhak menilai tahap ketelusan & akauntabiliti pentadbiran anda.
Semasa PRU15, anda juga berpendapat bahawa semua calon tidak perlu mengisytiharkan harta sebelum rakyat mengundi; pengisytiharan hanya perlu dilakukan selepas seseorang dilantik ke Kabinet. Anda turut menyatakan bahawa anda pernah mengisytiharkan harta kepada SPRM sebagai menteri.
Tetapi jika ketelusan hanya datang selepas kuasa diberikan, bagaimana pengundi hendak menilai calon sebelum menyerahkan kuasa?
Jadi sebelum mengajar DSAI, PH atau rakyat mengenai prinsip, ketelusan & tadbir urus, jawablah rekod sendiri terlebih dahulu.
Ketika disingkirkan, anda bercakap tentang keadilan & pembaharuan. Selepas diterima kembali, nada anda berubah & sentimen Melayu-Islam kembali dijadikan modal politik. Pada pandangan saya, ini bukan keteguhan prinsip tetapi penyesuaian politik mengikut kedudukan.
Apakah yang sebenarnya berubah-fakta, prinsip atau peluang politik anda?
RM167 juta wang pencen rakyat lesap dalam kes pelaburan KWAP ke dalam syarikat startup Indonesia, eFishery. Pengasasnya pun sudah dipenjara.
Bukan cerita semalam. Bukan minggu lepas.
Dah lebih setahun.
Satu dunia dah lapor. Pelabur antarabangsa dah bincang. Semua orang tahu.
Tapi di Dewan Rakyat?
Sunyi.
Saya tertanya-tanya. Macam mana perkara sebesar ini boleh tak dibangkitkan?
Pembangkang ada lebih 70 orang Ahli Parlimen. Campur BN, lebih 100 orang.
Setahun.
Seorang pun tak bangun tanya?
Kalau bukan Wong Chen yang bangkitkan pertanyaan, entah sampai bila RM167 juta duit pencen rakyat ini terus berlalu tanpa sesiapa yang meminta penjelasan.
Sebab itu saya selalu kata, kita terlalu taksub pada angka.
Kita fikir lagi ramai Ahli Parlimen, lagi kuat semak imbang.
Hakikatnya belum tentu.
Yang menentukan bukan jumlah kerusi.
Yang menentukan siapa yang buat kerja.
Sebab seorang Ahli Parlimen yang rajin membaca laporan, menyemak angka, dan berani bertanya soalan yang betul boleh memberi lebih banyak tekanan daripada seratus orang yang hanya memenuhi kerusi.
Itulah bezanya.
Sebab itu bila orang tanya kenapa saya masih berkeras hendak bina BERSAMA, walaupun orang kata parti kecil, tak ramai wakil rakyat, tak mungkin menang - jawapan saya mudah:
Kalau ada empat atau lima orang daripada kami yang betul-betul menjalankan amanah mereka, boleh menggegarkan Dewan Rakyat.
Lebih daripada seratus orang yang memilih untuk diam.
Akhirnya politik bukan soal siapa paling ramai.
Politik soal siapa yang sanggup buat kerja.
Ikuti kupasan penuh saya berkenaan pelaburan KWAP dan eFishery di Podcast YBM Episod 56:
https://t.co/yq5UVtVeYp
Korang keturunan India Islam yang dapat privilege orang Melayu..
Tetapi dalam โMelayuโ korang ade lagi persatuan โMelayuโ yang geng2 mamak 786 je boleh join iaitu KIMMA..
Bukan nak racist tapi dalam kata korang ni melayu, kau akan utamakan yg sama kulit dgn korang juga dalam banyak hal. Bnyk kali kne palau dgn dorg ni
TERKINI
30 NGO MENDESAK TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY MEMECAT ATAU MEMBATALKAN PELANTIKAN SULTAN AHMAD BIN SULAYEM SEBAGAI CEO MMC PORT HOLDINGS YANG KAWAL BEBERAPA PELABUHAN UTAMA MALAYSIA
INI SUSULAN KAITAN SULTAN AHMAD DENGAN FAIL JEFFREY EPSTEIN
Ni baru betul 1 jari tunjuk org lagi 3-4 jari sebenarnya tunjuk kat diri sendiri. Depan2 tebuk mengaji, belakang2 tebuk kawan, elok ler tu BN PN deserve each other. PH jugak bangang pi empower musuh yg hangpa semua fight tooth & nail berpuluh tahun. Tak reti empower parti sendiri
Nak memilih pemimpin, lihat pada pegangan prinsip serta janji yang ditunaikan ketika mereka diberi kuasa.
Kalau hari ini cakap lain, esok buat lain, eloklah jauhi pemimpin seperti ini.
Puakยฒ seperti inilah yang membodohkan rakyat dengan menunggang "Penyatuan Ummah" semata-mata demi mengekalkan kuasa.
Fikir-fikirkanlah...
MENGAPA AMK TERLEBIH MENGGELUPUR DENGAN RAFIZI DAN BERSAMA..?
Aneh melihat sebahagian pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) terus menghabiskan masa menyerang Rafizi Ramli dan BERSAMA sebelum dan selepas Pilihan Raya Negeri Johor.. Saya lihat antara yang beriya menyerang adalah Dzul Hilmi Zainol dan Amira Alias..
Ketika rakyat sedang menunggu penjelasan tentang prestasi Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan, mereka pula lebih sibuk mencari sasaran untuk dipersalahkan.. PKR hanya menang 1 dari 20 kerusi yang dipertandingkan.. Angka itu sepatutnya menjadi amaran bahawa ada masalah besar yang perlu diperbaiki dalam PKR dan PH..
Dalam keadaan begini, muhasabah dan penilaian terhadap strategi parti jauh lebih penting daripada terus menyerang pihak lain. AMK perlu fokus membina semula keyakinan rakyat, bukannya terus sibuk mencari musuh di luar..
Rakyat juga mengharapkan lahirnya barisan kepimpinan muda dari PKR yang berani membawa idea baharu, berwibawa dan mampu menawarkan penyelesaian.. Malangnya, apabila terlalu banyak tenaga dihabiskan untuk mempertahankan kem tertentu dan menyerang pihak lain, persepsi yang timbul ialah politik kesetiaan lebih diutamakan daripada politik prestasi.. Itu bukan kepimpinan yang diharapkan oleh generasi baharu..
Jika benar mahu mengembalikan keyakinan rakyat, AMK sepatutnya menjawab persoalan yang lebih besar.. Mengapa sokongan semakin merosot..? Mengapa hanya satu kerusi berjaya dimenangi..? Apakah strategi yang gagal..? Soalan-soalan ini lebih penting daripada terus menjadikan Rafizi atau BERSAMA sebagai sasaran kritikan..
Apabila AMK sendiri tidak mampu menawarkan kepimpinan yang berkualiti, idea yang segar atau hujah yang meyakinkan, akhirnya pilihan yang tinggal hanyalah 'menjilat'.. Menjilat pemimpin, menjilat naratif, dan berharap kesetiaan membuta tuli dapat menggantikan kemampuan memimpin.. Malangnya, rakyat hari ini semakin bijak membezakan antara keberanian bersuara dengan sekadar menjadi jurucakap politik..
Serangan peribadi tidak akan mengubah keputusan pilihan raya.. Rakyat tidak mengundi berdasarkan siapa paling lantang menyerang lawan, tetapi siapa yang paling mampu menawarkan penyelesaian.. Jadi, sebelum terus menggelupur kerana Rafizi, mungkin lebih baik AMK melihat cermin terlebih dahulu.. Kadang-kadang, jawapan kepada kekalahan itu bukan berada pada orang lain, tetapi pada diri sendiri..
RAZEEF RAKIMIN
14 Julai 2026
Kuala Lumpur
SECEBIS VIDEO PENGHARGAAN KEPADA PENGUNDI PARTI BERSAMA
Ini adalah secebis video penghargaan kepada pengundi, calon-calon, sukarelawan, ahli parti dan semua yang menyokong Parti BERSAMA, sama ada secara nyata atau hanya di dalam doa.
Dah ramai yang share video moment, so aku compile je semua gambar moment2 manis semasa di Johor. Maaf kalau ada yang tertinggal.
Terima Kasih semua. Semoga kita genggam erat angka keramat ini.
28,816.
Mohon share, supaya mesej ni sampai kepada semua para pengundi Parti BERSAMA.
@partibersamamy@rafiziramli@niknazmi
Sedih aku baca.
Bila seronok-seronok, tak pernah terfikir pasal orang lain.
Tapi kawan aku kejam, dia kata kalau bebudak tu boleh fikir pasal benda ni, hobi dia bukan merempit la.
Kalau aku, aku tambahkan anggota penguatkuasa buat rondaan sokmo.
Pegang buluh, balun je tangki sampai kemek, rampas kunci, suruh dia tolak motor pergi balai.
Buat tu setiap minggu dua, nescaya clear.
At Bersama Malaysia, we believe in one fundamental principle:
Policies are meaningless without wisdom, integrity, accountability, and justice.
A government can draft a thousand policies, but if those who implement them are "Corrupt," they will never deliver what is right for the people.
True governance requires more than just legislation; it demands leaders who serve the public interest rather than protecting their own political survival.
The Malaysian tax system remains highly centralized, with the Federal Government holding the authority to collect the vast majority of revenue. State governments and local authorities play only secondary, specialized roles, focusing primarily on land, natural resources, and municipal management.
1. Federal Government Taxes
Federal taxes provide the primary revenue base for national infrastructure, defense, education, and healthcare.
Direct Taxes (Income & Capital): Personal Income Tax, Corporate Income Tax, Petroleum Income Tax, Capital Gains Tax (CGT), Real Property Gains Tax (RPGT), Dividend Tax, and Withholding Tax.
Indirect Taxes (Consumption & Trade): Sales and Service Tax (SST), Low-Value Goods (LVG) Tax, Import/Export Duties, Excise Duty, and Carbon Tax.
Other Federal Levies & Fees: Stamp Duty, Departure Levy, HRD Corp Levy, broadcasting/spectrum fees, and work permit/visa fees.
2. State Government Taxes
Quit Rent (Cukai Tanah)
Land premiums and conversion fees
Natural resource royalties
State Sales Tax (Sabah & Sarawak only)
Licenses and permits
3. Local Authority (PBT) Charges
Assessment Tax (Cukai Pintu/Taksiran)
Local licensing fees
While states and local councils provide essential local governance, the Federal Government maintains absolute control over the broad-based taxes-Income Tax and SST, that define the national economy.
The reality is that we are trapped in a cycle where the status quo, represented by established political parties, prioritizes centralized control over equitable development. For Malaysia to truly progress, we must look beyond the "old guard." Policies are only as effective as the hands that hold them, and for too long, those hands have been tainted by systemic failure.
When you consider these factors, it becomes clear that marginalized Malaysians are disproportionately burdened by a stack of hidden taxes, whether labeled as GST or SST.
That is why the existence of Bersama Malaysia is necessary
to challenge the corrupt system that BN, PN, and PH have used to mismanage our collective wealth.
To my fellow Malaysians, do not complain about the cost of living or your future security if you allow yourself to be bought by a RM100 bribe from BN, PN, or PH and continue to vote for them.
At Bersama Malaysia, when we say we are not coming for power, we mean that we are here to reclaim the power to abolish the corrupt system maintained by these political dinosaurs.
It is time for a new approach that puts the people, not party politics at the center of our fiscal future.
Let's stand together as ordinary Malaysians. Join Bersama Malaysia and challenge the corrupt status quo, whether it comes from politicians, the elite, or royalty.
Make your vote count. Raise your voice. Make some noise. Together, we can change Malaysia.