Datuk Ismail Lasim juga menegaskan dalam aku janji beliau bahawa proklamasi yang dikeluarkan pada 19 April lalu tidak mempunyai apa-apa kesan.
#AWANInews
"Surat peletakan jawatan tu memang ada, disimpan oleh pimpinan parti, tapi saya tak pernah bersetuju ianya dihantar dalam keadaan begini." - MB Ismail Lasim
Pendedahan yang cukup panas daripada Menteri Besar Negeri Sembilan! Rupanya surat itu memang wujud dalam simpanan parti, namun persoalannya sekarang — bagaimana dan mengapa ia boleh dikemukakan tanpa persetujuan tuan punya badan sendiri?
#negerisembilan #ismaillasim #umnoderhaka
Ni kejadian hari khamis minggu lepas. Dia datang spy rumah aku. Then dia curi motor orang kat blok sebelah. Dia tipu brader lalamove dgn cakap tu motor dia. Dia siap tolong tolak naik atas hilux. Power siakkkk
Umno BN pun gerun dengan Rafizi... GPS pun sendiri pernah akui.. sb Rafizi jgk parti parti di sarawak yg duk bwh BN dulu skrg dh keluar BN dan bentuk GPS.
Matlamat Umno BN nak pecahkan PKR dgn menendang beliau akhirnya berjaya.
Geng ilmu ni.. ada yang bising beli ketam isi kosong. Meh abang ajar ajaran yang betul hehehe berkenaan ilmu ketam..
Kalau jentik padat compom isi padat takkan menyesal. Semoga ilmu ni dapat diturunkan turun temurun, pada generasi akan datang kikikiki..
Kredit : fazrinrahman
Kenapa pintu Ka’bah menggantung 2 meter?
Dan kenapa tawaf di luar Hijir Ismail?
Jawabannya ada di sejarah pembangunan ulang Ka’bah.
Meski sudah berkali-kali dibangun, tapi lokasinya tetap.
HATI-HATI DENGAN JOB SCAM, SERAM BETUL!
Tadi masa tengah makan pukul satu lebih kat TCRS Tesco Cheras, aku duduk betul-betul belakang seorang lelaki berbaju putih yang tengah interview seorang budak lelaki Melayu pakai baju hitam.
Jujur aku cakap, cara lelaki tu bercakap memang licik dan pandai pusing ayat.
Dia tabur janji manis kononnya ada kerja kilang kosong kat Singapura dengan gaji sampai RM5,000 ke RM10,000 sebulan, siap ada hostel dan elaun makan sekali.
Yang buat aku lagi geram dan meremang bila dia siap petik bab agama, kononnya gaji bersih boleh simpan RM3,000 ke RM5,000 sebulan dan terus cukup duit nak pergi Haji.
Lepas tu dia acah-acah buat kiraan kalau gaji RM6,000 sebulan, setahun dah dapat RM60,000, kalau sepuluh tahun dah berapa ratus ribu.
Dengar gaya dia sembang memang jelas sangat bau-bau sindiket penipu.
Bayangkanlah, syarikat kononnya kaya mampu bayar gaji beribu-ribu, tapi pejabat pun tak ada dan sanggup buat interview kat kedai makan pada hari cuti.
Dah la calonnya cuma seorang je, siap dibelanja makan, satu borang kerja pun tak payah isi, dan paling pelik langsung tak tanya pasal pasport atau permit kerja.
Masa tu aku tengok budak baju hitam tu macam dah termakan umpan dan teruja sangat, tapi sebelum balik aku sempat tahan dan bisik kat dia supaya hati-hati sebab aku syak lelaki tu ejen penipu.
Sebenarnya, taktik guna nama Singapura ni dah lama jadi perangkap sindiket pemerdagangan manusia.
Dorang memang sengaja umpan kerja senang gaji besar kat sana, tapi bila mangsa dah jejak kaki kat Singapura, dorang terus sumbat dan bawa lari mangsa ke Kemboja atau Myanmar.
Sampai je kat sana, pasport semua kena rampas, lepas tu mangsa dikurung dan dipaksa jadi scammer online sambil kena ugut dan pukul.
Ada juga kes kenalan rapat sendiri yang kena tipu macam ni, sampai kat sana kena kurung dan dipaksa kerja kat kedai makan yang jual benda haram tanpa kerelaan.
Lagi ngeri, kalau mangsa berkeras nak balik, sindiket ni tak teragak-agak nak peras ugut keluarga kat Malaysia minta duit tebusan berpuluh ribu ringgit.
Zaman sekarang ni memang menakutkan, kadang-kadang interview kat tempat yang nampak macam pejabat pun belum tentu selamat sebab ruang macam tu boleh sewa harian je.
Borang kerja pun dah tak boleh percaya sangat sebab zaman AI ni semua benda boleh cetak dalam sekelip mata.
Jadi tolonglah jangan mudah gelap mata dengan iklan kerja kat media sosial, siasat dulu latar belakang syarikat tu betul-betul.
Kalau kena bagi salinan kad pengenalan, pastikan palang siap-siap atau letak watermark kat laman web percuma, dan jangan sesekali bayar apa-apa duit pendahuluan.
Paling penting, kalau orang tu dah mula minta pegang pasport awal-awal, baik cabut lari terus sebelum korang dijual ke pusat scam atau dijadikan keldai dadah.
Tolonglah sebarkan benda ni kat anak-anak, adik-beradik dan kawan-kawan supaya tak ada lagi yang jadi mangsa!
Kredit Asal : FB Azrina Razali
Badan Peguam Mahu Batal Prosiding Tahanan Rumah Najib, Mahkamah Dengar Permohonan Esok
Oleh Mynewshub | 11 November 2026
KUALA LUMPUR – Badan Peguam Malaysia memfailkan cabaran undang-undang baharu bagi membatalkan prosiding Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang membawa kepada keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.
Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), permohonan semakan kehakiman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa melalui firma guaman Amir & Rajpal Ghai.
Badan Peguam memohon perintah certiorari bagi membatalkan prosiding LPWP bertarikh 18 September 2026, termasuk sebarang keputusan dan aturan yang membolehkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.
Selain itu, badan berkenaan turut memohon pengisytiharan mahkamah bahawa prosiding tersebut serta tindakan susulan jabatan kerajaan bagi melaksanakan keputusan berkenaan adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan.
Lebih menarik, Badan Peguam turut mahu Najib dihalang daripada mengemukakan permohonan pengampunan baharu sehingga semua kes jenayah yang masih berjalan terhadapnya selesai, selain beliau mengakui tanggungjawab terhadap sabitan dan menyatakan kekesalan secara terbuka.
Badan Peguam juga memohon supaya pelaksanaan tahanan rumah digantung sementara menunggu keputusan semakan kehakiman.
Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu dijadual didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, S Indra Nehru, pada Khamis, 12 November.
Perkembangan terbaharu ini hadir sehari selepas Najib, 73, dibenarkan pulang ke kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada Selasa bagi menjalani baki hukuman penjara kes SRC International.
Mahkamah Tinggi sebelum itu mengeluarkan perintah baharu yang membenarkan Najib menjalani tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, selaras dengan pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Bagaimanapun, cabaran Badan Peguam itu belum membatalkan perintah tahanan rumah Najib kerana permohonan berkenaan masih tertakluk kepada proses mahkamah.
Sumber: Free Malaysia Today (FMT) dan Bernama.
#Mynewshub #NajibRazak #Bossku #BadanPeguam #TahananRumah #Mahkamah #BeritaSemasa
Majlis Peguam cabar tahanan rumah Najib, dakwa bercanggah Perlembagaan
#BHNasional Badan guaman itu memohon kebenaran Mahkamah Tinggi membatalkan prosiding serta keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan aturan tahanan rumah diberikan.
https://t.co/5BoP5dAJUN
Rosmah tinggal di Pavilion sepanjang Najib jalani tahanan rumah
#BHnasional Urusan pembelian makanan secara dalam talian juga tidak dibenarkan, kerana Najib tidak dibenarkan keluar dari bangunan kediaman di Taman Duta yang diwartakan sebagai penjara
https://t.co/jPmjNg84CH
apa rafizi cakap adalah 100% betul dan benar…
jangan tunding jari kpd Istana atau Umno… Kita dah tau lama psl Umno. DNA dia mmg mcm tu…
Semua ini terjadi sebab PH2.0 !!
Vote out PH selama2 nya !! worthless organisation….