Diumumkan tawaran di reruai Hilal Asyraf Resources nanti sempena PBAKL2026 yang bakal berlangsung mula 29hb Mei hingga 7hb Jun 2026 ini.
Reruai saya akan terletak di Tingkat 4, Dewan Tun Razak 4, paaaaling belakaaaang dalam dewan.
Tatal ke bawah ya untuk lihat tawaran kami!
Tajuk: GELOMBANG
Penulis: Amal Hamsan @amalhmsn
Penerbit: Buku Fixi
Mukasurat: 292
Harga: RM28
ISBN: 9786297693842
Sinopsis:
Hawa yang selalu merasa diketepikan. Emak yang lebihkan abang dalam semua keadaan.
Dan abang yang terus-menerus ambil kesempatan atas sikap emak.
Hawa selalu pendam rasa kerana hanya emak yang dia ada. Saat menyedari yang dia tidak akan pernah jadi yang pertama, dia akhirnya mengambil keputusan besar.Keputusan yang dia sendiri tak pasti, bakal menemukan dia dengan pelangi, atau gelombang taufan yang tak kenal erti berhenti.
(Salah satu pemenang #SayembaraFixi5)
(Akan dijual sempena #KembaraFixiPBAKL2026)
Tajuk: KIDAL
Penulis: Afifa Widyasafiya @afifariza
Penerbit: Buku Fixi
Mukasurat: 308
Harga: RM28
ISBN: 9786297693866
Sinopsis:
Pengetua kelihatan gelisah ketika dia menyerahkan mikrofon kepada salah seorang pegawai polis.
Lelaki itu melangkah ke hadapan dengan penuh yakin, matanya yang tajam memerhatikan kesemua pelajar di situ. "Kami telah menerima laporan bahawa terdapat seorang pelajar di sekolah ini yang tidak kidal."
Dewan yang tadinya sunyi tiba-tiba menjadi riuh.
"Seperti yang anda semua sedia maklum, sejak Revolusi-K pada tahun 2035, undang-undang telah menetapkan bahawa hanya golongan kidal dibenarkan untuk terus hidup. Mana-mana individu yang didapati tidak kidal akan dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman.”
Syafiq merasakan darahnya membeku, tangan kanan mencengkam kuat pergelangan tangan Ardan yang berdiri di hadapan.
(Kulit depan oleh M Farez Karim)
(Akan mula dijual di #KembaraFixiPBAKL2026)
Antara pemenang #SayembaraFixi5
Tajuk: M3R4H
Penulis: Iqbal Halim
Penerbit: Buku Fixi
Mukasurat: 304
Harga: RM28
ISBN: 978-629-7693-85-9
Sinopsis:
Dalam dunia merah berlampu neon yang dipenuhi darah, dosa dan nafsu, takdir mempertemukan pembunuh upahan, pelacur dan pengkhianat.
No. 34, seorang lejen Geng 88, belot demi cinta dan mendedahkan dirinya sebagai Ray, lelaki yang masih mampu memilih keindahan. Jessica, pelacur elit; Nadia, terjerat hutang; dan Tasha yang diugut masa silam, cuba melarikan diri daripada cengkaman Black Tony yang bersubahat dengan pihak berkuasa.
Diburu pasukan elit Ghost Vulture hingga ke Hutan Templar, mereka bergantung pada Ray dan rahsia mistiknya: silat, ilmu kebal ... serta kuasa harimau belang.
(Kulit depan oleh @amirulramthan)
(Akan mula dijual di #KembaraFixiPBAKL2026)
Antara pemenang #SayembaraFixi5
Dengan nama Allah…
Hari ini, WAU secara rasminya menjalin kerjasama dengan Hilal Asyraf untuk menghasilkan
adaptasi animasi Nirnama. 🤝✨
Permulaan sebuah hikayat yang baru… 📖🌙
"Usaha, yakin dan tawakkal. Kepada Allah kita berserah…" 🙏
Bismillah… announcement milestone ini saya excited nak beritahu kalian, tapi saya paling segan nak sebut hahaha!
Saya ingat lagi ketika sekolah, buku Lawak Kampus dipass-pass. Kami gilir-gilir baca. Vanness, Bepop, Xena, Si Kosong, termasuklah Unknown, saya masih ingat hingga ke hari ini.
Malah sebelum menulis buku, saya sendiri banyak melukis komik berunsur dakwah yang terinspirasi daripada kegemilangan satu rumah penerbitan ini. Kalian pasti tahu. Gempak, Under 18, Utopia, Lawak Kampus, banyak lagi yang tidak asing bagi ‘kipas susah mati’ mereka.
Alhamdulillah… dengan rendah diri saya umumkan, insyaAllah Pelukis Jalanan versi komik, kerjasama dengan GEMPAK STARZ akan keluar Mei ini!
Adalah satu penghormatan yang sangat besar untuk karya pertama saya ini ‘terpilih’ untuk dikomikkan oleh GEMPAK STARZ. Sungguh, diri saya yang belasan tahun yang sedang membelek-belek majalah Gempak tidak akan pernah terlintas akan ‘milestone’ ini.
Khas buat para pembaca yang mengangkat coretan ini sehingga ke tahap ini, ✨YOU MADE IT GUYSSSS!!!✨ Hahaha! You carried this story further than I ever could 🥹💕. Who would’ve thought Pelukis Jalanan would become a comic one day?! HAHAHA!
Terima kasih kerana ‘jumpa’ karya saya di saat saya masih bertatih, hingga sekarang. Moga-moga usaha ini memberi manfaat kepada lebih ramai orang! Aminnn!
Ramai yang bersekang mata dan memerah keringat untuk ‘translate’ Pelukis Jalanan kepada versi komik. Payah. Namun atas usaha semua pihak, komik ni dah nak release kat kalian dah!!
Macam yang publisher beritahu saya, kita bukan komikkan Pelukis Jalanan, tetapi adaptasi. Maka, akan ada yang tidak sama. Yang istimewanya, ada juga dalam komik ini yang tidak ada dalam Pelukis Jalanan!
Saya harap, keunikan ini menggembirakan semua pihak, terutamanya golongan pembaca terawal penulisan pertama saya 10 tahun lalu.
Komik Pelukis Jalanan akan available bermula 9 malam, 1 Mei ini bersama 2 keluaran khas lain sempena 10 tahun!
Beberapa hari sebelum pre-order, saya akan reveal cover-cover untuk keluaran kali ini! TAK SABAR NAK TUNJUKKK! SERIOUS COVER KOMIK NI CANTIK BAGI SAYAAA!
Doakan semuanya berjalan lancar tau!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf