Saya dan pasukan sedang giat berhubung dengan pihak berkepentingan termasuk saluran diplomatik dalam usaha memastikan sukarelawan dan aktivis Malaysia, ASEAN dan antarabangsa dibebaskan dengan segera.
Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini. Perkembangan setiap proses menuju pembebasan akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Sinar Harian keluarkan profile KPN yg salah (kemudian sudah diperbetulkan).
Datang mamat ni terus buat posting BIADAP menghina KPN, PM serta YDPA. Khabarnya staf UITM Puncak Alam. Maaaaatt, kalau kene kutip nanti pandai2 lah jawab ye.
Bagus trend masyarakat harini suka kemas meja lepas makan. Cuma bab lap meja dengan tisu tu, janganlah pakai tisu yang sama dah lap mulut, tangan atau hidung. Kalau gitu, tak apa jangan lap biar je pekerja kedai lap lepas anda selesai. Maaf!
Pagi ni minum dgn Mantan KC Pdg Rengas. Kalau YB @rafiziramli ada plan utk buat road tour, Hj Lias bgtau tolong masukkan Pdg Rengas dlm list. Nak jd tempat mula2 buat tour pun boleh. Insyallah kalau nk kumpul 2-3 ratus org, ada kot.
[1/2]Titipan YBM di Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2024 dan Jasa Mu Dikenang Tahun 2025, Kementerian Ekonomi, 13 Jun 2024@PICC, Putrajaya.
Sorotan Intipati Ucapan YB Dato' Seri Saudara @rafiziramli , Menteri Ekonomi Sebagai Inspirasi untuk Penjawat Awam Cemerlang
Minggu lepas Puan Shareen Abdul Ghani, Pengerusi salah satu agensi Kementerian, MGTC berkunjung ke pejabat saya di NRES.
Saya berada di pejabat untuk berkemas.
Selepas kami duduk di sofa Pejabat Menteri, beliau bertanya: "Ada peluang lagi kami yakinkan YB untuk ubah fikiran?"
Saya cuma tersenyum dan memandang ke sekeliling pejabat. Shareen mengikut pandangan mata saya - melihat rak-rak kosong yang sebelum ini sarat dengan buku, dinding-dinding kosong yang pernah digantung pelbagai gambar, lukisan (dan jersi).
"Ok saya faham YB."
Saya menyatakan bukan mudah untuk meninggalkan NRES. Selepas dua tahun, saya anggap pasukan di NRES, jabatan dan agensi dah mencapai tahap 'dream team' - dengan komitmen, kebolehan dan kewibawaan yang luar biasa.
Tetapi keputusan saya buat ini adalah untuk perkiraan yang lebih besar. Mandat parti adalah penting untuk reformasi luas. Memang saya ada pilihan untuk kekal, tapi pilihan saya adalah untuk letak jawatan.
Saya pesan kepadanya untuk jaga MGTC baik-baik. Beberapa bulan lepas saya hadir ke MGTC bagi menjawab persoalan staf yang risaukan halatuju agensi tersebut secara berdepan. Berbincang dengan Shareen, Amin Ramli dan Dato' Dr Ching Too, KSU NRES, kami rasakan penting untuk menjawab isu-isu ini secara jujur dan terbuka.
Semoga MGTC terus menerajui implementasi agenda perubahan iklim ke arah matlamat Sifar Bersih 2050.
Ketika Jurgen Klopp mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Pengurus Liverpool dia menyebut:
"I love absolutely everything about this club... I love the staff... But that I still take this decision shows you that I am convinced it is the one I have to take"
Itulah perasaan saya.
Banyak kali pakcik tu minta maaf tapi tetap ditendang, dipijak, dihina, diperlakukan seperti binatang.
Paling saya sedih.
Masa pakcik dapat air hujan untuk basuh mata yang tengah pedih.
Pakcik tu cakap dengan sayu “takpa Tuhan ada”
Tak sampai beberapa saat, pakcik tu kena tendang di bahagian muka dengan kuat.
Allah.
Kejam.
Kejam manusia yang terlibat pukul pakcik berusia 47 tahun ni.
Hilang terus ihsan sesama manusia.
Moga pakcik cepat sembuh dan dilindungi selalu.
Allah itu Maha Adil, pembalasan-Nya pasti ada.
Tambahan info, kejadian berlaku di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai Terengganu.
Pakcik yang kena pukul pula adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) mental.
Sekarang ni pihak polis kini sedang memburu suspek yang terlibat dalam pemukulan tersebut untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan.
Paling kelakar YB, Kalau ikut kata YB Tenggara, PM yang batalkan rayuan tu buat keputusan sebelum kabinet mula. Lepastu dia dah buat keputusan dia kata kenapa masa tu kabinet tak bantah? Dia betul² dah pelupa agaknya YBM.
Sewaktu membentangkan usul Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Berhubung Pengendalian Kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, saya menegaskan bahawa tujuan laporan ini dibuat dan dibentangkan di Parlimen bukan bertujuan untuk mencari salah mahupun menuding jari terhadap sesiapa. Ianya dibuat untuk meneliti kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam pengendalian kes itu serta cadangan penambahbaikan agar perkara serupa tidak berulang di masa hadapan.
Pada sesi penggulungan, saya telah memaklumkan Dewan Rakyat berkenaan 47 muka surat yang dipadam dalam laporan tersebut adalah kerana bagi menjaga kemaslahatan politik, hubungan diplomatik dua negara dan yang lebih utama adalah berhubung keselamatan negara.
Apa yang menggelikan hati saya adalah sebahagian Ahli Parlimen Pembangkang yang menentang laporan RCI ini merupakan anggota pentadbiran pada 2021 yang telah menghasilkan Laporan Pasukan Petugas Khas (PPK) berkaitan kes yang sama namun bezanya ialah laporan PPK ini mereka klasifikasikan Rahsia Besar di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) manakala Kerajaan MADANI memilih untuk membentangkan dan membahas Laporan RCI di Parlimen supaya rakyat khususnya warga Johor mendapat cerita sebenar isu kedaulatan Batu Puteh. Ini bukti ketelusan Kerajaan MADANI pimpinan YAB PMX.
#YBAOS
#KedaulatanNegara
#BangsaJohor
#MalaysiaMADANI
He should ask his SG4 group chat as well! It’s really disappointing to see him rambling like this instead of maintaining the calm and respectable demeanor we expect from a former Prime Minister.
Malaysia does not recognize the Rome Statute. Somehow, our ex-legendary Prime Minister recently claimed that since the International Criminal Court (ICC) issued an arrest warrant for Netanyahu, Netanyahu could seek protection from Malaysia.
𝗥𝗢𝗠𝗘 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗧𝗘
1. International Criminal Court (ICC) telah keluar warrant tangkap Netanyahu, Perdana Menteri Israel.
2. Lebih 120 negara menandatangani statute Rome.
3. Statute of Rome ini atau dikenali sebagai “Rome statute of the International Criminal Court” was adopted on July 17, 1998 di Rome and entered into force in July 1, 2002 serves as the foundational treaty of the International Criminal Court which is an international tribunal established to prosecute individuals for crimes such as genocide, war crimes, crimes against humanity, and the crime of aggression”.
4. The statute outlines the obligation of states parties to cooperate with the ICC, including arresting and surrendering suspects and providing evidence.
5. The United States, China and Russia have not ratified the statute.
6. Malaysia too has not ratified the statute.
7. This means that Netanyahu and the other persons named by ICC can seek refuge in Malaysia. We are not obliged to arrest them.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
27 November 2024
Did he forget that his current allies were the ones who opposed it when he, as Prime Minister during his second tenure, tried to sign the Statute? How can he forget such a significant event?
Salam YB @fahmi_fadzil & YB @GobindSinghDeo. Unifi bawah siapa? Kenapa TM lantik debt collector untuk kutip bil dengan rakyat? Tahu macam mana cara mereka kutip?
Dalam banyak-banyak Pilihan Raya kan, Amran rasa ni kempen paling badut PN pernah sajikan.
Haritu dalam 3 minit sampai 5 fitnah.
Kali ni, dalam seminggu kempen, sampai 5 lawak badut dia bawak. Orang nak cari pemimpin, bukan nak cari Raja Lawak. 🤦🏻