@ZacZakirin13 Harap kerajaan banyakkan lagi usaha baik begini. Aset memang penting, tapi kesihatan mental keluarga tentera, pendapatan mereka, pendidikan anak mereka juga penting.
Peminat² ATM kat X ni, ramai yg suka cerita pasal operasi, gear dan suarakan kebimbangan ttg asset.
Tapi nampak jarang up isu kebajikan keluarga ATM yg diangkat oleh kerajaan hari ini. Few months back, Dato Khaled dah buat satu inisiatif utk pastikan semua pelajar tahun 1 dari kalangan anak² anggota buka Tabung PTPTN. MINDEF siap bagi dana awal RM50 sorang.
FYI, hari ni pula, anak² ATM yg bakal menduduki SPM tahun ini diberikan tuisyen percuma, hasil kolaborasi bersama dgn pelajar² UPSI. In fact, 969 pelajar ni akan dpt Chromebook sorang satu.
Nah... tak perlu sembang lebat, janji bulan bintang, tahu² terus buat.
Sekitar perasmian Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50MW di Parit Buntar, Daerah Kerian.
Perasmian ladang solar oleh Asiabina ini adalah langkah awal menjadikan Daerah Kerian sebagai hab pembangunan teknologi tinggi dan hijau sebagaimana rancangan kerajaan dalam membangunkan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di daerah ini.
Ladang solar berkapasiti 50MW ini mampu menjana tenaga hijau untuk 25,000 isi rumah setahun, mengurangkan 100,000 tan pelepasan karbon dioksida dan menjimatkan penggunaan elektrik setiap tahun.
Kita sedang menggerakkan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim; Silver Valley Technology Park (SVTP) di Kanthan, Chemor; Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Lumut dan kini, KIGIP di Kerian ini akan menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi di wilayah utara.
Semoga segala rancangan & usaha baik kita untuk negeri ini akan menjadi kenyataan. Insha-Allah.
#PerakSejahtera2030
RM 2 JUTA UNTUK BANTUAN SARA DIRI & BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2024
Sebentar tadi saya telah melancarkan Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan bagi mahasiswa anak kelahiran Negeri Perak untuk tahun 2024.
Inisiatif ini disediakan khusus untuk meringankan beban kewangan mahasiswa yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan dan mereka yang menghadapi situasi kecemasan luar jangka sepanjang menuntut di institusi pengajian tinggi.
Bantuan Sara Diri disediakan bertujuan membantu menampung perbelanjaan sepanjang pengajian seperti kos kenderaan, sewa rumah, makanan, percetakan bahan pembelajaran dan sebagainya.
Pada tahun 2023, sejumlah RM2 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk program Bantuan Sara Diri dan Bantuan Mahasiswa Perak.
Sepanjang tahun lalu, ribuan mahasiswa telah menerima manfaat menerusi Bantuan Sara Diri & Bantuan Kecemasan Mahasiswa ini.
Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri masih mengekalkan peruntukan sedia ada sebanyak RM 2 juta dan permohonan akan diuruskan oleh Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan.
Bantuan Sara Diri dibuka permohonannya dalam dua fasa iaitu yang pertama bermula hari ini, 17 April 2024 sehingga 17 Mei 2024 manakala fasa kedua dijangka bermula bulan Ogos atau September nanti. Permohonan bagi Bantuan Kecemasan pula akan dibuka sehingga bulan Oktober 2024.
Semua mahasiswa anak kelahiran Perak yang berkelayakan dialu-alukan untuk membuat permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak di pautan https://t.co/82EEeG6xuB. Bagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Semoga inisiatif yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Perak ini dapat meringankan beban kewangan mahasiswa daripada golongan kurang berkemampuan agar mereka fokus untuk terus cemerlang dalam pengajian.
#PerakSejahtera2030
Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak telah dibuka untuk permohonan.
Bantuan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak di bawah kelolaan Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak.
Masjid Al Badr atau Masjid Seribu Selawat, Pulau Pangkor. Siapa pernah sampai dekat sini?🙋🏻♂️
Selain mempunyai 1,000 selawat, masjid ini menonjolkan identiti negeri Perak pada setiap geometri hiasan dalaman di dindingnya.
#TahunMelawatPerak2024
Masjid Al Badr atau Masjid Seribu Selawat, Pulau Pangkor. Siapa pernah sampai dekat sini?🙋🏻♂️
Selain mempunyai 1,000 selawat, masjid ini menonjolkan identiti negeri Perak pada setiap geometri hiasan dalaman di dindingnya.
#TahunMelawatPerak2024
Selain drpd masjid ni, ada 1 lagi masjid cantik dan terpaling banyak qubah di dunia, yg berada di Tronoh, Perak, Masjid An-Nur, Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Kalau nak shoot movie cinta Islamik ala² filem Indonesia tu, mmg sangat sesuai jdkan UTP sbg port shooting. Meh la melawat.
[INFOGRAFIK]
RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA (RKAT)
Kementerian Pertahanan terus memperkasa dan menggandakan agenda kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk kerja-kerja senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Blok Penginapan, termasuk blok penginapan untuk anggota bujang, wisma transit, dan kemudahan taman permainan dan riadah.
Daripada jumlah RM400 juta, RM199.5 juta telah diperuntukkan kepada Tentera Darat, manakala Tentera Laut dan Tentera Udara masing-masing menerima RM69.5 juta.
Jumlah peruntukan RM400 juta tersebut memberi manfaat secara langsung kepada warga ATM di 28,808 unit rumah dan 48 kem di seluruh negara, menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kebajikan warga ATM.
#khalednordinmindef
Menyambut ketibaan TYT Jeneral (Purn)
Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan Republik Indonesia yang juga Presiden Terpilih dalam Pemilihan Presiden Indonesia 2024 ke Malaysia di Pangkalan Tentera Udara Subang, malam tadi.
#khalednordinmindef
1/2
Kalau ikut pengalaman teman, nak selamat lalu WCE la. Santai2 dulu masuk jalan kampung sat dekat Kuala Selangor, lepas tu lancar saja.
Jalan pun tak berbukit. Lepas tu kan, MB @saaranimohamad kan dah umum TOL PERCUMA selama 2 bulan.
Pilihan ditangan kome.
Negara kita ada banyak nama Aliff yg bermasalah. Contohnya Aliff si anak Teega, Syukri dan Aziz.
Mujurlah anak Satar ni bijak sikit. Dia anjur Subuh macam jumaat utk umat Islam.
Tanggungjawab untuk jaga kedaulatan dan keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama.
Atas sebab itu, saya jemput masyarakat mengenali tentera dan tentera juga menyantuni masyarakat kerana akhirnya apabila kita sudah tidak berkhidmat, kita akan kembali ke masyarakat.
@MINDEFMalaysia@MarkasATM
#khalednordinmindef
Domain darat ini memerlukan bukan sahaja dedikasi dan kecekapan anggota. Malah, kecanggihan dan kecukupan aset yang terkini dan berteknologi tinggi.
Jadi, kita akan menyokong segala permintaan Tentera Darat untuk memastikan ini dapat dijayakan.
@MINDEFMalaysia @TenteraDarat
#khalednordinmindef