Memberikan penghormatan terakhir buat sahabat, Sasterawan Negara A. Samad Said di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Bangsar.
Negara kehilangan sosok pendidik bangsa yang menumpahkan seluruh jiwa dan hayatnya kepada sastera, seni dan budaya, dan lewat tulisan serta puisinya, Pak Samad mengajar kita untuk lebih peka terhadap derita insan dan lebih berani menyuarakan kebenaran.
Pak Samad yang saya kenali adalah antara sahabat yang tetap setia tatkala saya terbungkam di penjara, dan surat-surat yang kami utuskan antara satu sama lain memberi saya kekuatan dalam menempuh saat-saat sukar, sementara persahabatan kami terus mekar selepas saya dibebaskan.
Ketika kita bangkit melawan kezaliman, Pak Samad teguh dengan prinsipnya, menyuntik semangat lewat kata-katanya, menyumbang buah fikiran dan menjadikan puisi sebagai senjata perjuangan, dengan suara yang lembut namun pendirian yang tegas.
Selamat jalan, Pak Samad. Surat-suratmu akan sentiasa terpahat dalam ingatan, begitu juga kesetiaan seorang sahabat yang hadir tatkala saya amat memerlukannya.
Saya dan Azizah mendoakan agar seluruh ahli keluarga Pak Samad dikurniakan kekuatan serta ketabahan dalam menempuh ujian kehilangan ini.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Pak Samad, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.
Al-Fatihah.
Let us not forget Pak Samad, was once investigated for reciting a poem and arrested for his activism. Today, we speak of naming a street after him and a gallery. A meaningful tribute would be not only to honor his legacy, but also to uphold the dissent that he stood for.
Di sebalik ketokohan dalam dunia kesusasteraan, Allahyarham Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A. Samad Said turut dikenang atas keprihatinannya dalam membantu anak-anak muda yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian.
Sasterawan Negara Datuk Dr Zurinah Hassan berkongsi bahawa beliau antara individu yang terhutang budi apabila Allahyarham pernah menjadi penjamin pinjaman pelajarannya semasa melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia suatu ketika dahulu.
“Masa saya hendak sambung pengajian ke universiti, saya perlukan seorang penjamin untuk menjamin pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat saya. Allahyarham tidak teragak-agak untuk bantu saya ketika itu.
Berita penuh : https://t.co/34ynOd6qXo
#BernamaNews
My father passed away & our family is currently arranging funeral details. Will share more infomation as things are confirmed.
Ayah saya, A. Samad Said telah meninggal dunia & keluarga kami sedang menguruskan pengebumian Allahyarham. Saya akan berkongsi maklumat nanti.
Az Samad
📍🟡 A. Samad Said, yang juga dikenali sebagai Pak Samad, menjadi individu keempat untuk menerima pengiktirafan Sasterawan Negara pada tahun 1985. Sepanjang kerjayanya, beliau turut menerima pelbagai pengiktirafan lain termasuk SEA Write Award pada 1979 dan Anugerah Sasterawan Nusantara pada 1999.
📌 Antara karya terkenal beliau termasuk Salina, Sungai Mengalir Lesu, Hujan Pagi, Langit Petang, Benih Semalu, Al-Amin dan kumpulan puisi Liar di Api.
📌 Sebelum bergiat sepenuh masa dalam bidang kesusasteraan, Pak Samad pernah berkhidmat sebagai wartawan dan pengarang di beberapa syarikat akhbar utama seperti Utusan Melayu, Berita Harian dan The New Straits Times. Beliau juga aktif dalam gerakan masyarakat sivil dan pernah memegang peranan sebagai pengerusi bersama gabungan Bersih 2.0.
Pak Samad meninggal dunia pada usia 91 tahun pada 24 November 2026, sehari selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua selain menghidap diabetes.
“Tidak semua yang hina itu hina. Tidak semua yang agung itu mulia.”
— Salina (1961), A. Samad Said.
Barangkali itulah yang menjadikan Pak Samad begitu dekat dengan jiwa kita. Dalam dunia yang sering mengukur kemuliaan melalui pangkat, kuasa dan nama, beliau mengingatkan kita bahawa maruah manusia tidak pernah ditentukan oleh kedudukannya.
Ampun, Pak Samad.
Hantaran ini tidak akan pernah seindah puisi-puisimu. Tidak akan cukup kata untuk merakamkan harga atas segala yang telah kau titipkan buat bangsa dan Bahasa. Terima kasih mengajar kami bahawa sastera bukan sekadar susunan kata indah, tetapi keberanian untuk menyuarakan yang benar.
Pak Samad menulis tentang manusia, menguji dogma hidup yang sering kali penuh cela. Dan kini, saat pemilik segala kata pergi, yang tinggal hanyalah puisi, mengingatkan kita nilai manusiawi.
Selamat jalan, sasterawanku. Semoga damai di sana, Pak Samad.
Biar jasadmu beristirahat,
Biar kata-katamu terpahat,
Kau telah pergi,
Tetapi kata-katamu tidak akan mati.
——
Sasterawan Negara, A. Samad Said atau Pak Samad, telah meninggal dunia pada usia 91 tahun. Dilahirkan di Melaka pada 1935 dan dibesarkan di Singapura, beliau memulakan kerjaya penulisan pada 1950-an. Beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan di Fikiran Rakyat dan Utusan Zaman, membantu Usman Awang menguruskan majalah Mastika serta mengetuai pembangunan sastera di New Straits Times. Pada 1987, beliau meninggalkan dunia editorial untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada penulisan.
Selain sumbangan besarnya dalam kesusasteraan, Pak Samad turut aktif memperjuangkan bahasa Melayu dan reformasi pilihan raya.
Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Dr. A. Samad Said atas pemergian tokoh sastera yang telah banyak menyumbang kepada bahasa, bangsa dan kemanusiaan.
Legasi beliau akan terus hidup melalui karya, pemikiran dan perjuangannya.
Masih terngiang suara Pak Samad mendeklamasikan puisi ‘Di Atas Padang Sejarah’ di Stadium Merdeka ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat, kira-kira 13 tahun lalu. Di hadapan puluhan ribu rakyat yang berhimpun, bait-bait puisinya membakar semangat kita untuk terus bangkit dan berani bersuara menentang kezaliman.
Tatkala suara rakyat cuba dibungkam dan jentera pemerintahan digunakan untuk menekan mereka yang berani bersuara, Pak Samad memilih untuk melawan dengan puisi.
Saya akan sentiasa mengenang keteguhan Pak Samad memegang prinsip dan kecintaannya yang begitu mendalam pada bahasa dan sastera. Pak Samad mengajar kita bahawa kekuatan bahasa dan sastera berupaya membina bangsa yang berani dan bermaruah. Semangat itu akan terus mengiringi langkah kita dalam perjuangan ini.
Berehatlah dengan tenang, Pak Samad.
Al-Fatihah.
I am today's year old knowing that The Dead Crow poem by A. Samad Said got its original Malay version and it's even better than English version??! The downgrade...
Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Sasterawan Negara Datuk Seri Dr. A. Samad Said.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Mana mungkin aku faham bila seorang sasterawan disiasat bawah Akta Hasutan hanya kerana sebuah puisi.
Dari kecik, I was taught to just obey.
Until he spoke up, putting aside his Sasterawan Negara title. That's when I realised it's okay to speak up too.
Al-Fatihah, A. Samad Said.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Saya menerima khabar pemergian Sasterawan Negara A. Samad Said dengan rasa hiba dan sayu. Lewat ‘Salina’ (1961), Pak Samad mendekatkan kita kepada insan yang sering tersisih, agar kita turut menggarap duka dan memperjuang harapan mereka. Kasihnya kepada rakyat akan terus hidup dalam karya-karyanya, juga dalam kecekalannya membela bahasa Melayu dan memperjuangkan keadilan.
Azizah dan saya menzahirkan rahmat ke atas ruh Pak Samad dan mengurniakan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan. Mendoakan segala dosanya dikurniakan keampunan dan ruhnya diberi tempat istimewa disisiNya.
ANWAR IBRAHIM