SARA DAH MASUK!
Penerima STR boleh terima SARA sehingga RM200 sebulan, bergantung kepada kategori dan status eKasih.
Tak perlu keluarkan tunai... guna terus MyKad untuk beli barangan keperluan yang diluluskan.
Semak kelayakan dan baki anda. Jangan biarkan manfaat yang ada tak digunakan.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Bersama lebih 500 pelajar di Politeknik Kuching, Sarawak pagi ini dalam Program Jiwa@Komuniti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
Kami mengimbau sejarah Malaysia, perjuangan, pengorbanan dan perjalanan panjang yang membawa kita kepada sebuah negara yang merdeka.
Generasi muda perlu sentiasa mengenali, menghargai dan memelihara sejarah. Jangan sesekali kita sia-siakan perjuangan nenek moyang yang telah berkorban demi kemerdekaan yang kita nikmati hari ini.
Perpaduan Malaysia dibina atas persefahaman seluruh rakyat. Perbezaan bukan alasan untuk kita berpecah, sebaliknya menjadi kekuatan untuk kita saling memahami, menghormati dan membina masa depan bersama.
Dalam membina masa depan negara, anak muda juga perlu berpegang teguh kepada nilai integriti. Jauhi rasuah. Tolak salah guna kuasa. Jauhi perkauman sempit dan faham keagamaan yang ekstrem. Jangan gadaikan maruah dan masa depan hanya kerana kepentingan sementara.
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
Inilah wajah Hari Kebangsaan. Ada yang berarak, ada yang bertugas, ada yang menunggu sejak awal pagi, semuanya untuk satu hari yang amat bermakna.
Berbeza wajah, latar dan peranan. Namun kita disatukan oleh satu rasa cinta kepada Malaysia. ❤️🇲🇾
#HKHM2026#MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji akhirnya menjawab pelbagai tuduhan UMNO dan Pas, khususnya dakwaan Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 menjual aset kepada orang Cina.
Berita selanjutnya di ruangan komen
#themalaysiapress#bangsamalaysia
Meneruskan siri libat urus bersama pimpinan masyarakat India bagi meneliti kemajuan pelaksanaan agenda Kerajaan MADANI, di samping mendengar pandangan serta keresahan yang masih membelenggu komuniti ini.
Pelbagai ikhtiar telah digerakkan dalam bidang pendidikan, keusahawanan, pembiayaan mikro, kebajikan dan bantuan tunai bagi meringankan beban keluarga serta meningkatkan taraf hidup.
Saya tegaskan bahawa masyarakat India tidak akan sesekali dipinggirkan dan Kerajaan MADANI akan terus memperluas akses pembiayaan kepada usahawan, memperkukuh MITRA, memperkasa latihan keusahawanan dan TVET serta membuka lebih banyak ruang pembangunan belia melalui program mentor-mentee.
Dalam masa yang sama, segala kelompongan yang masih wujud, termasuk berkaitan kemiskinan, kewarganegaraan dan akses kepada bantuan, mesti ditangani dengan segera dan berkesan.
Kementerian dan agensi berkaitan perlu memperkukuh sinergi dan memperkemas penyampaian supaya setiap peruntukan serta dasar yang digerakkan benar-benar sampai kepada sasaran dan membawa perubahan yang nyata dalam kehidupan rakyat.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Berbeza wajah, latar belakang dan peranan.
Tapi kita disatukan dengan rasa cinta kepada tanah air yang kita akan pertahankan bersama.
Inilah Malaysia kita. 🇲🇾
PENJELASAN PERUNTUKAN KKDW
Penyaluran peruntukan yang telus dan pengurusan kewangan yang berhemah amat penting bagi memastikan setiap projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan teratur serta memberi manfaat kepada rakyat. Penjelasan Kementerian Kewangan ini di harap dapat
KEMELUT BAJA 3 MADA SELESAI DALAM TEMPOH 10 HARI
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan isu kelewatan bekalan Baja 3 kepada pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan ditangani dan
Anak-anak ini adalah wajah masa depan sebuah negara MADANI. Setiap senyuman, impian dan harapan mereka menjadi amanah untuk terus kita santuni dan pelihara.
Insya-Allah, kita akan terus berikhtiar membina Malaysia yang lebih sempurna, agar mereka dapat membesar dalam suasana yang aman, sejahtera dan penuh peluang.
#YakinMADANI
#MADANIbekerja
Sambutan Hari Kebangsaan 2026 melabuhkan tirainya.
Bagi pihak Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus, dari awal persiapan hingga selesai sambutan hari ini.
Terima kasih yang istimewa buat seluruh rakyat Malaysia yang hadir memeriahkan Dataran Putrajaya, serta jutaan yang bersama-sama menyaksikan sambutan dari rumah. Kehadiran dan semangat anda semua menjadikan sambutan tahun ini begitu bermakna.
Di sebalik kemeriahan hari ini, ada begitu ramai petugas, peserta, anggota keselamatan, petugas kesihatan, media, sukarelawan dan agensi yang bekerja tanpa mengenal penat. Terima kasih, anda semua wira di sebalik tabir.
Semoga Malaysia yang kita cintai ini terus diberkati dengan kemakmuran, keharmonian dan kestabilan, serta kekal bersatu dalam kepelbagaian.
Selamat Hari Kebangsaan. 🇲🇾
#HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati
🔴 Kematian Zara Qairina: Laporan dikembalikan kepada polis, ibu serah bukti penting.
Jabatan Peguam Negara kembalikan laporan siasatan kepada PDRM dengan arahan tambahan.
"PM, Dia Buat Homework Sebelum Datang Parlimen"
Hasrat Hulu Terengganu untuk mempertikaikan kenyataan PMX tidak berhasil dan akhirnya beliau terkesipu dan terkulai disekolahkan oleh PMX.
Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.
Kepada saudara saudari yang hadir—sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh—saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi.
Justeru, sebagai Perdana Menteri, saya kekal dan konsisten berpegang pada prinsip yang demokratik yakni kebebasan bersuara dan menyatakan kritikan. Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat. Yang penting, ia harus berjalan dengan tertib, aman dan dalam semangat cintakan tanah air.
Prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister’s Question Time, PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada saya selaku Perdana Menteri secara terus. Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT.
Lantas, saya undang semua untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga.
Dan andai kalian berkesempatan lagi di masa hadapan, jangan lupa untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar kita dapat tingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak dan pelbagai aktiviti menarik menanti, Insya-Allah.
ANWAR IBRAHIM