Biarpun matahari fajar Februari 23 esok bakal menyingsing, kamu sentiasa menjadi hal-hal yang membahagiakan. Ruang yang terhad untuk zahirkan apresiasi & terima kasih -FI
Mango sago pudding captures the essence of summer afternoons with its tropical sweetness. The smooth mango purée blends perfectly with the tender sago pearls, creating a rich, multilayered flavor that transforms slow, easygoing moments into cozy seasonal indulgence. ⛺ As for C
They lingered in that spot, chatting, chuckling, reminiscing. Surrounding them, the daisies were in full blossom, representing their affection, their strength, and their optimism. It was an ideal instant, frozen in a selfie, a memory destined to endure indefinitely.
Seluruh dunia menyanjung keberanian para pejuang kemanusiaan, termasuk 34 wira Malaysia dalam Sumud Flotila yang tidak gentar meredah badai demi Palestin. Semangat kalian membelah resah, meruntuhkan tembok kezaliman dan menyalakan harapan dunia bahawa keadilan pasti akan tertegak.
Dari tanah air, doa dan sokongan rakyat Malaysia tidak akan pernah putus. Kami akan terus bersama kalian dan keluarga, memastikan perjuangan ini teguh berdiri hingga selamat tiba ke bumi Gaza.
#MalaysiaMADANI
#GSF
Serangan balas Iran ke atas Zionis Israel bukanlah muncul tiba-tiba, tetapi lahir daripada tindakan kezaliman dan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan oleh penjajah dan pengganas itu.
Kenyataan tegas al-Azhar al-Sharif hari ini mengesahkan bahawa tindakan pengganas itu bukan sekadar mencabar kedaulatan negara seperti Iran, tetapi meletakkan seluruh rantau dalam kancah ketidakstabilan dan ancaman nyawa orang awam.
Sebagai umat yang cintakan keadilan dan kesejahteraan, kita berdiri bersama suara-suara keadilan dari pelbagai bangsa dan agama dan mendoakan agar segala usaha mempertahankan maruah ummah diberkati dan diberi bantuan oleh Allah SWT.
وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Sosok Pak Lah pasti meninggalkan bekas yang mendalam kepada rakyat dan negara.
Berehatlah, Pak Lah. Malaysia ternyata terhutang budi atas jasa sang negarawan yang membumi.
Nak tahu apa sumbangan Pak Lah yang ramai terlepas pandang?
Boleh tengok jadual sekolah rendah anak-anak kita.
Dalam jadual sekolah tu mungkin ada nama guru kelas. Nama guru mengajar. Dan juga nama guru besar yang meluluskan jadual.
THREAD
Saya dan Azizah amat terkesan tatkala melihat sendiri kesan kemusnahan yang berlaku akibat kebakaran luar biasa di Putra Heights. Kami zahir simpati buat mangsa-mangsa yang cedera dan hilang tempat tinggal kesan tragedi ini.
Penghargaan tertinggi buat pasukan bomba, polis dan pihak berkuasa tempatan yang telah bertindak sepantas mungkin untuk memadam kebakaran serta memastikan penduduk dipindahkan dari lokasi kejadian.
Keutamaan tertinggi Kerajaan MADANI saat ini adalah memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights dan yang dirawat di beberapa hospital.
Sebagai langkah awal, saya umum bantuan tunai segera berjumlah RM5,000 untuk kediaman yang musnah sepenuhnya akibat kebakaran ini, serta RM2,500 untuk kediaman yang terjejas sebahagian.
Melihat kesan kemusnahan, proses pemulihan perumahan dan kawasan sekitarnya dijangka mengambil masa yang lama. Justeru di samping bantuan tunai serta menambah baik kebajikan mangsa di PPS, bantuan jangka panjang yang munasabah sedang dirangka.
Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Petronas dan Kerajaan Negeri akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memulihkan kawasan perumahan ini. Seluruh jentera Kerajaan akan dikerahkan untuk mengambil tindakan sesegera mungkin.
Semua agensi berkaitan juga telah diarah untuk berbincang segera dengan wakil penduduk bagi meneliti tindakan seterusnya. Keutamaan adalah memastikan mangsa mempunyai tempat tinggal yang lebih selesa sementara proses pemulihan dijalankan.
Penghargaan juga buat Masjid Putra Heights dan Kuil Sri Maha Kaliamman yang menawarkan bantuan buat mangsa tragedi ini. Semangat kebersamaan begini menjadi kekuatan kita di saat sukar ini.
Pada masa sama, Azizah telah berkunjung ke Hospital Serdang petang tadi untuk menziarahi beberapa mangsa kebakaran yang sedang menerima rawatan di sana.
Saya dan Azizah mendoakan semua mangsa diberikan kesembuhan sesegera mungkin, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐈𝐏 𝐆𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀 𝐇𝐄𝐈𝐆𝐇𝐓𝐒
1. Saya mengikuti dengan rasa dukacita insiden kebakaran paip gas di Putra Heights yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan menjejaskan kehidupan ramai mangsa. Takziah saya ucapkan kepada 112 orang mangsa, dan keluarga mangsa yang terlibat.
2. Golongan yang kehilangan harta akibat bencana seperti kebakaran boleh dikategorikan sebagai asnaf al-gharimin (orang yang berhutang) jika mereka memerlukan dana untuk pemulihan kehidupan dan pembayaran liabiliti yang timbul akibat kejadian ini.
3. Dalam hadith riwayat Imam Muslim daripada Qabisah bin Mukhariq al-Hilali, Rasulullah SAW mengizinkan individu yang ditimpa musibah untuk meminta bantuan sehingga mereka dapat kembali kepada kehidupan yang stabil.
4. Oleh itu, saya menyeru agar institusi zakat, NGO Islam serta individu yang berkemampuan menyalurkan zakat kepada mangsa yang benar-benar memerlukan, khususnya mereka yang kehilangan tempat tinggal, punca pendapatan, atau menanggung hutang akibat insiden ini. Bantuan ini boleh diberikan dalam bentuk kewangan bagi membiayai kos pemulihan pasca-bencana dan menyokong kehidupan harian mereka sehingga stabil semula.
5. Dalam masa yang sama, saya menggalakkan umat Islam untuk terus menzahirkan solidariti melalui sedekah bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim.
6. Saya berpandangan, bantuan zakat hendaklah didahulukan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, seperti mereka yang kehilangan tempat tinggal, punca pendapatan, atau terpaksa menanggung hutang akibat kebakaran.
7. Pemberian zakat dalam bentuk wang tunai lebih utama bagi membantu mereka menanggung kos pemulihan, baik pulih rumah, dan keperluan asas pasca-bencana. Adapun bantuan dalam bentuk barangan atau makanan hendaklah diniatkan sebagai sedekah umum atau infaq fi sabilillah, kecuali jika benar-benar diperlukan oleh asnaf yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh institusi zakat.
8. Agihan zakat boleh dilakukan melalui pusat zakat negeri, NGO Islam yang dipercayai dan telus, atau secara terus kepada mangsa yang layak. Jika melalui NGO atau badan kebajikan, pastikan dana zakat digunakan sepenuhnya untuk pemulihan mangsa dan tidak bercampur dengan dana lain.
9. Sekiranya terdapat mangsa yang terkandas di luar kawasan kediaman mereka akibat kebakaran, mereka boleh dikategorikan sebagai asnaf ibn sabil dan layak menerima zakat bagi membantu mereka kembali ke tempat asal.
10. Mangsa yang masih memiliki aset seperti rumah dan tanah, tetapi kekurangan dana cair boleh menerima zakat mengikut kadar yang ditentukan oleh institusi zakat.
11. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban saudara-saudara kita yang terkesan dan menjadi amal soleh yang diterima di sisi Allah SWT. Kita doakan juga agar Allah SWT menggantikan kehilangan mereka dengan kebaikan yang lebih besar dan mengurniakan ganjaran kepada semua pihak yang membantu dalam usaha pemulihan ini.
Sabda Rasulullah SAW:
وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ
Maksudnya: “Dan Allah SWT menolong hambanya selama mana hamba itu menolong saudaranya.” Riwayat Muslim (1924)
Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Sewaktu meninjau lokasi tragedi kebakaran di Putra Heights petang tadi, saya umumkan bantuan tunai segera kepada mangsa membabitkan:
1) RM5,000 untuk kediaman yang musnah sepenuhnya akibat kebakaran.
2) RM2,500 untuk kediaman yang terjejas sebahagian.
Insya-Allah ia akan disalurkan sesegera mungkin. Bantuan jangka panjang, termasuk pemulihan kawasan perumahan dan kebajikan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) sedang dibincangkan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Petronas.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
27 march 1998 PMX mendamaikan dua pihak bersengketa isu masjid & kuil Kg. Rawa P.Pinang.
27 march 2025 PMX mendamaikan dua pihak bersengketa selama 11 tahun isu masjid & kuil.
Pemimpin sebenar menyelesaikan masalah bukan lari dari masalah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis pecah tanah pembangunan Masjid Madani berkata Masjid Madani melambangkan pembangunan berakal berteraskan akidah Islam, nilai, akhlak, serta kasih sayang merentasi komuniti. #AWANInews