CANCEL OUT
Kita pun boleh baca penyatuan ummah yang kuat dilaungkan bukan untuk orang Melayu biasa. Ia untuk elit politik mencari kuasa.
Jelas, terang dan nyata. Bila Pemuda UMNO melaung Muafakat Nasional. Bukan untuk menyatukan semua parti Melayu.
Ia pinangan kepada parti dalam lain gabungan. Untuk khianat parti Melayu lagi satu.
Mangsa terbaru tikam menikam politik Melayu adalah BERSATU.
Makanya laungan “muafakat” itu selective.
Aku untuk aku. Kamu untuk kamu.
Kita banya perlu bersatu, kalau ia langkah mencapai kuasa multak.
Namun dalam sejarah, setiap kali PAS menyatu dengan parti lain, mereka CANCEL OUT parti satu lagi.
Kerana kolam undi mereka bukan pengundi Cina DAP. Kolam mereka adalah sesama sendiri.
70 tahun selepas ditubuhkan. PAS menjadi parti paling tinggi kerusi di Parlimen. Despite prestasi pentadbiran teruk di negeri sendiri.
Terengganu, Kedah, Perlis dulu kubu kuat UMNO. Jatuh satu persatu kepada PAS.
Kerana UMNO menggunakan corak politik bangsawan.
Dan PAS gunakan politik agamawan.
Dalam sejarah kita saksikan, modal politik agama ini sukar ditumpaskan.
Bacaan ramai pemerhati politik, dalam 10 tahun PAS akan makin kuat, UMNO akan makin melemah.
Dan Malaysia akhirnya akan mendapat Kepimpinan melalui Ulamak.
Tepuk dada tanya selera. Adakah ini yang diperlukan oleh Malaysia?
Bila Bukan Melayu Islam ialah 42% dari Rakyat Malaysia.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Hanya mereka yang pernah bersekolah di zaman itu sahaja faham siapa dan apa yang berlaku di zaman tersebut.
Jika Superman ada kuasa luar biasanya, Batman ada peralatan canggih, Spiderman ada spider web, Lion-O ada sword of Omens, He-Man ada power sword…
Guru ada….
Itulah lambang adisakti seorang guru di zaman dahulu.
Itu zaman 80’an la.
Ini jam zaman sudah berubah 😉
𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗣𝗠 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞, 𝗙𝗢𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚
Perhimpunan Agung BERSATU kecoh baru-baru ini, bermula dengan satu surat layang yang menuduh ada cubaan untuk mengumpul sokongan memaksa Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi laluan kepada timbalannya, Hamzah Zainuddin.
Isu surat layang ini berlanjutan ke perhimpunan agung apabila ada insiden jerit menjerit semasa Tan Sri Muhyiddin berucap.
Memandangkan PRU16 boleh dipanggil dalam tempoh 2 tahun dari sekarang, musim pilihanraya datang lagi. Musim pilihanraya bermakna ramai yang boleh jadi calon.
Calon ahli parlimen, calon menteri besar, calon menteri dan yang paling hebat, calon Perdana Menteri. Jadi, ini musim yang calon-calon akan tumbuh seperti cendawan.
Setiap parti utama di negara ini sebenarnya ada pergolakan masing-masing.
PKR telah selesai. Walaupun nampak damai di luar, tetapi luka dari pemilihan yang lepas adalah sukar untuk dipulihkan, baik di dalam parti atau di mata pengundi.
DAP juga akan terus berhadapan dengan pertembungan kumpulan-kumpulan dan sentimen bahawa veteran parti diketepikan kerana ramai orang baru yang masuk.
UMNO akan terus dibayangi oleh kumpulan Dato’ Seri Najib yang tidak wala’ sepenuhnya kepada presiden Dato’ Seri Zahid Hamidi.
PAS nampak tenang dari luar, tetapi tokoh-tokoh utama menyusun strategi untuk menjadi pemimpin selepas zaman Dato’ Seri Hadi Awang, memandangkan keadaan kesihatan yang semakin uzur. Kemudian ada pertembungan golongan ustaz melawan yang bukan ustaz.
Kemudian kita ada BERSATU. Saya dimaklumkan keadaannya sudah sampai ke peringkat mengumpul tandatangan untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin.
Itu belum lagi ura-ura usaha untuk mengumpul ahli-ahli parlimen untuk tebuk atap sekali lagi.
Jadi, negara kita tidak pernah ketandusan ahli-ahli politik yang mahu menjadi calon, terutamanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Calonnya banyak, cuma jumloh belum cukop. Belum cukop jumloh untuk menggulingkan Muhyiddin, belum cukop jumloh untuk tebuk atap.
Semua ini terus berlaku dalam keadaan penyokong-penyokong yang wala’ di bawah saling memaki hamun dan menanggung risiko dosa fitnah setiap hari.
Budaya penyokong-penyokong wala’ yang memaki hamun di media sosial dan menjadi pembuli siber ini juga yang sedikit sebanyak menjadi teladan kepada anak-anak kita, kerana pewala’ yang memaki hamun ini juga ibu bapa kepada anak-anak.
Akhirnya, bila ada pemimpin baru yang naik, masalah tidak selesai. Maki hamun berterusan dan kitaran itu berterusan.
Sebabnya ialah budaya masyarakat kita yang menilai seorang calon pemimpin berdasarkan sentimen dan personaliti, bukannya kebolehan dan ilmu untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah. Sedangkan pemimpin politik, baik Perdana Menteri, menteri, menteri-menteri besar itu digaji oleh rakyat untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah.
Itulah punca kepada penyakit masyarakat kita, iaitu calon Perdana Menteri banyak tetapi formula untuk selesai masalahnya kurang. Sebab kita tidak beri perhatian pun kepada idea yang dibawa, sebaliknya kita agung-agungkan sentimen dan personaliti.
Kitaran ini akan berterusan, masalah akan dipanjangkan dan sebenarnya yang menanggung beban adalah tukang wala’ politik tidak bergaji juga.
HIMPUN
(TLDR- Suara tak boleh dibisu. Namun pejuangan jangan kabur)
Sabtu ini ada “Himpunan Turun Anwar”, anjuran Pembangkang.
Katanya sasaran sampai 300k ke 500k orang.
Mak ai… saya dok fikir.
Kalau setiap sorang derma RM100,
dah boleh kumpul RM50 juta.
Lepas dana pilihanraya depa.
***********
Ada orang bising kenapa depa nak berhimpun. Semak!
Pada saya mudah:
Berhimpun itu hak.
Tak kira anda kerajaan, pembangkang, marhaen
hatta Thanos sekalipun…
Anda boleh berhimpun.
Asalkan aman dan tak bawa senjata.
Ini dijamin bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
***********
Kalau kita tengok sejarah, 2 demonstrasi paling berjaya adalah BERSIH dan Menentang ICERD.
Hadirin yang berarak beratus ribu.
Sebab ia ada:
✅ Objektif yang jelas
✅ Perjuangan yang boleh difaham oleh rakyat biasa
BERSIH nak reformasi pilihanraya.
ICERD nak halang kerajaan tandatangan treaty antarabangsa.
Kedua-duanya bukan agenda peribadi.
Tapi agenda untuk Rakyat dan negara.
***********
Makanya kita tanya:
Yang kali ni — nak PM turun.
Tapi kenapa?
❌Adakah ekonomi kita sekarang merudum tahap nak gawat?
❌Ada ke kes sakau oleh PM sekarang?
❌Ada ke krisis kaum dan agama seperti isu Arwah Adib atau ICERD?
❌Ada ke RUU zalim yang sedang dibentang?
Kalau nak kata ekonomi, geng2 yang nak turun ni pun
ekonomi negeri depa takde la boleh dibangga.
Air di Kedah pun nanti nak naik harga.
Nak kata ada isu kaum & agama —
geng HINDRAF (yang depa dok benci) pun katanya akan himpun sama dengan mereka 🤦🏻♀️
***********
Kena ingat — pembangkang pun dibayar oleh rakyat.
Gaji dan elaun mereka datang dari dana negara.
Kalau nak berhimpun, silakan.
Itu hak.
Tapi perjuangan biar jelas dan jujur.
Agar gaji yang dibayar Rakyat itu berbaloi.
Juga kalau objektif berhimpun itu kabur,
Golongan Atas Pagar (GAP) takkan turun.
Mereka akan memerhati.
Dan bertanya, apa impaknya pada kami?
Akhirnya… takut yang dikira 500 ribu itu nanti…
Termasuk burung-burung di sekeliling.
***********
Apapun, kita harus raikan demokrasi.
Mungkin kita tak bersetuju sebab mereka berhimpun,
tapi kita kena hormat hak mereka untuk bersuara dan tunjukkan protes mereka.
Kerana—
suara lantang yang menentang
adalah lebih baik…
Daripada suara yang disenyapkan
sebab nak terus kekal berkuasa.
Moga-moga—
dia takkan menjadi the Prince versi muda.
Yang senjata mendiamkan rakyat
adalah gas pemedih mata.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
BERFUNGSI
Pelantikan Ketua Hakim Negara diumumkan secara rasmi malam tadi.
Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan:
1. Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara
2. Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan
3. Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah & Sarawak
Majlis angkat sumpah dijadualkan pada 28 Julai di Istana Negara.
***************
Buat pertama kali dalam sejarah pelantikan Ketua Hakim Negara, seluruh prosesnya dilihat dan di-skrutini secara terbuka.
Daripada saringan JAC, pengesyoran PM, perbincangan Majlis Raja-Raja, sehinggalah perkenan Agong — semuanya berlangsung dalam radar rakyat.
Dan yang lebih penting — pengumuman dibuat secara rasmi oleh Istana dan Majlis Raja2.
Bukan bocor. Bukan bisik-bisik. Tapi diumumkan dengan penuh tertib.
Dulu, kita pernah dengar bagaimana pelantikan kehakiman dilakukan secara senyap. Tetiba keluar sudah nama. Apah pun sebelum itu kita tak tahu mengenainya.
Buktinya? Kita boleh baca dalam RCI kes VK Lingam, ia simpulkan Majlis Raja-Raja hanya menjadi pengesah lantikan— bukan semak dan imbang sebenar. MRR hanya rubber stamp.
Hari ini, keadaan berbeza.
Jika benar wujud tekanan atau percubaan campur tangan sebelum ini, sudah jadi akademik.
Lantikan terkini menunjukkan institusi masih berfungsi.
Semak dan imbang masih live and kicking.
Dan suara rakyat, melalui saluran seperti Majlis Peguam dan badan sivil, masih memberi kesan tinggi.
Dan yang paling penting, ia juga tunjukkan bahawa Kerajaan ini, walau dikritik, masih boleh dibentuk dan ditegur bila rakyat bersuara.
Itu salah satu ciri lesser evil kepada negara.
***************
Pelantikan kali ini juga bukan nama-nama yang dijangka.
Tiada penyambung tempoh. Tiada watak ‘favourite’.
Ramai anggap ini pelantikan underdog — dan itu bukan perkara buruk.
Dalam sistem yang sedang dipulihkan, kadang-kadang watak yang belum pernah didengar nama, adalah lebih selamat dari watak di pentas utama.
Namun, kebimbangan tetap ada.
Datuk Wan Ahmad Farid pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Pernah bertanding atas tiket UMNO.
Dan pernah menarik diri dari mendengar kes berkaitan DS Najib.
Kini beliau memegang jawatan kehakiman tertinggi negara.
Maka, apabila ada pengkritik menyuarakan soal potensi kecenderungan terhadap UMNO — itu bukan tuduhan liar.
Itu isyarat untuk kekal peka.
Yang memberi sedikit keseimbangan ialah pelantikan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah & Sarawak. Pernah jadi hakim minoriti dan dissenting dalam kes bekas Perdana Menteri.
Beliau bukan sahaja bebas — tetapi dikenali dalam kalangan rakan guaman dan kehakiman sebagai tokoh yang berintegriti.
Suaranya lantang, pendiriannya konsisten.
Ada ciri2 My Lady terdahulu.
Yang kita boleh letak harapan di situ.
Internal check and balance akan tetap berlaku.
Dan ini yang kita mahu:
Bukan tokoh yang disucikan, tapi sistem yang diperbaiki.
Bukan keputusan yang menyenangkan semua orang, tapi proses yang boleh dipertahankan.
Kita beri ruang.
Kita beri peluang.
Kerana keadilan bukan bergantung kepada seorang personaliti. Tapi keberanian rakyat untuk terus memastikan sistem berjalan atas landasan.
Terus jalankan peranan kita sebagai rakyat —
yang bukan sekadar mengundi, tapi mengawasi dengan minda yang celik.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
*Penulis ialah bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara.
Kita mungkin lupa,
1. Dipilih PMX bukan kerana dia sempurna, tetapi kerana dia pilihan terbaek yang kita ada (PRU15)
2. Dipilih PH bukan kerana kekuatan mereka, tetapi kebobrokan yang lainnya.
3. Kerajaan harini belum berjaya, tetapi mereka mencuba sedaya upaya.
4. Sila tambah
Taqabballahu minna wa minkum.
(Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu)
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
-Faizal & Keluarga-
Mengapa @anwaribrahim pernah mendapat anugerah
📌 Menteri Kewangan Top 4 Dunia 1993?
📌 Menteri Kewangan Terbaik Asia 1996?
📌 Asian of the Year 1998?
Lihat bagaimana KDNK negara antara yang terbaik dalam rantau ini dan dunia untuk tahun 2024 tatkala ekonomi dunia yang tidak menentu.
“Sekiranya Menteri Kewangan boleh dijual/dipindahkan seperti pemain bola sepak, saya rasa beberapa negara yang lebih besar sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk mendapatkan Anwar Ibrahim”, Margaret Thatcher, Mantan PM Britain.
Make Malaysia Great Again! 😁
PMX Akhirnya Akui Titah Addendum Wujud, Tapi Ada Plot Twist!
1.PMX dalam kenyataan semalam mengesahkan kewujudan titah addendum.
2.Namun, beliau menyatakan bahawa titah tersebut tidak pernah diserahkan kepadanya, Lembaga Pengampunan, atau mana-mana menteri.
3.Sebaliknya, titah addendum itu dialamatkan terus kepada Peguam Negara.
4.Pada masa surat itu diterima, YDPA sudah bertukar, dan surat tersebut diserahkan oleh Peguam Negara kepada Istana Negara agar YDPA17 dapat membuat keputusan.
5.Dengan kata lain, titah addendum tidak berada dalam simpanan kerajaan, tetapi dalam simpanan YDPA17.
6.Adakah ini bermaksud titah addendum disorok? Jawapannya, tidak, kerana YDPA17 adalah Pengerusi Lembaga Pengampunan, dan sebarang keputusan hanya boleh dibuat dalam mesyuarat lembaga tersebut.
7.Mengapa PMX dan Kerajaan Perpaduan tidak mengesahkan titah addendum lebih awal? Sebabnya, perkara ini telah menjadi urusan Istana Negara.
8.Apa status titah addendum? Peguam Negara menegaskan bahawa titah tersebut tidak sah secara perlembagaan kerana ia dibuat di luar mesyuarat Lembaga Pengampunan.
9.Malah, Peguam Negara terdahulu telah menasihatkan YDPA16 bahawa sebarang keputusan pengampunan mesti dibuat dalam mesyuarat rasmi, bukan secara individu.
Kesimpulan:
a. Titah addendum tidak pernah disorok. Ia berada dalam simpanan YDPA17 di Istana Negara.
b. PMX dan Kerajaan Perpaduan tidak boleh membuat kenyataan mengenai titah addendum kerana ia kini menjadi urusan Istana Negara.
c. Tiada isu derhaka kerana kedua-dua YDPA16 dan YDPA17 telah dimaklumkan sepenuhnya tentang tindakan kerajaan dan Peguam Negara
Perrgghhhhhh! Masa PMX @anwaribrahim tiada, punyelah pailang.
Inilah standard ketua pemimpin @PASPusat@abdulhadiawang bila datang parlimen. Langsung tidak bermanfaat. Tiada langsung berbahas tentang belanjawan. Jadikan dewan tempat politik.
Jangan auta PMX lari, sedar2 jadi Perdana Menteri! 24 tahun dia melawan sehingga dihumban ke dalam penjara. Bukan sekali tapi 2 kali wahai lebai. Tak pernah lari.
Kamu tu yang hina lebai! Lari! Sedar2 tak cukup jumloh! 😂🤣
Best best best... 😂
PMX jawab pasal RON95.. pasal T15.. pasal ketimbang..
Ehh sume lah dia jawab.
Syed Saddiq kena tapaw.. Rosol kena terajang.
Dua dua bungkus ikat tepi 😂