Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim berkata, daripada jumlah itu, 31 suri rumah berinsurans (SRB) menerima faedah hilang upaya kekal, 20 orang menerima elaun keuzuran, 46 penerima membabitkan bayaran ganti rugi belanja berupa faedah perubatan dan kemudahan pemulihan
Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Alhamdulillah, sukacita saya maklum program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan kembali bermula hari ini secara berperingkat. Sementelahan itu, program SARA telah ditambahbaik, dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta, ketimbang perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas.
Peruntukan yang lebih besar ini membolehkan Kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000, ketimbang 210,000 pada tahun lalu. Jumlah bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200, seganda jumlah daripada tahun lepas.
Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat. Penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Insya-Allah, Kerajaan akan mengumum lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan-bantuan lain bagi mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan.
#MalaysiaMADANI
Pencarian Bakat Artis Budaya PENTARAMA, Jabatan Penerangan Malaysia.
Kriteria, Syarat Kelayakan & Cara Memohon seperti yang tertera.
Maklumat dan Pertanyaan, Sila Hubungi:
Fadilah 03-8911 3526 | [email protected]#PENTARAMAJaPen#JabatanPenerangan
Waspada sindiket akaun tumpang!
Anda boleh didakwa atas kesalahan membantu menyembunyikan harta orang lain yang membawa hukuman penjara 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.
#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 ini demi kesejahteraan kesihatan awam.
#COVID19#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
Sehingga 22 Januari 2024 jam 11.59 malam, jumlah individu yang telah berjaya mendaftar di sistem PADU adalah seramai 1,518,746 orang.
Bersama-sama kita membuat pendaftaran dan pengemaskinian PADU di pautan link berikut https://t.co/YEDMj4fKqZ.
Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Pakej P-Hailing RAHMAH di Angkasapuri Kota Media dengan tawaran perkhidmatan Internet pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB sebulan.
#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
Apa yang perlu anda tahu berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024?
Semak status kelayakan & soalan lazim di:
https://t.co/WfASBeHo8y
Mekanisme pelaksanaan:
https://t.co/bEiSnnzH9V
#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut hadir berhimpun di hadapan pintu dua Istana Negara bagi membawa suara rakyat dalam himpunan 'Daulat Tuanku' anjuran NGO Pro-PN.
Sumber video: https://t.co/qpvVO2naGJ