Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand (ZEB) bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi membuka lembaran baharu pertumbuhan yang lebih seimbang dan inklusif.
Semuanya dirancang bagi memperkukuh jaringan perdagangan, logistik dan pelaburan serantau dan pada masa yang sama, kita mahu limpahan manfaat ini turut dirasai masyarakat setempat, khususnya melalui pembangunan perdagangan serta perusahaan kecil dan sederhana di kawasan sempadan.
Inilah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk menjadikan wilayah sempadan sebagai pintu pertumbuhan baharu yang membawa lebih banyak peluang pekerjaan, pelaburan dan kemakmuran kepada rakyat.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐣𝐞𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐤𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐠𝐡𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Seterusnya saya meluangkan masa bertemu dengan Kontinjen TVET@KKDW yang bakal membawa cabaran Malaysia ke pentas WorldSkills Shanghai 2026.
Saya teruja sebenarnya melihat semangat dan kesungguhan yang terpancar pada wajah mereka. Besar harapan saya agar semangat itu akan terus menjadi kekuatan untuk mereka mengharumkan nama KKDW dan Malaysia di pentas kemahiran dunia.
Seramai sembilan peserta daripada TVET MARA, UniKL dan GIATMARA akan mewakili KKDW dalam sembilan bidang kemahiran. Penyertaan ini merupakan yang terbesar dalam sejarah penglibatan KKDW di WorldSkills sekali gus membuktikan bahawa institusi TVET negara terus melahirkan bakat yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, sudah tentu saya memberikan sokongan dan keyakinan penuh kepada seluruh kontinjen ini. Buat anakanda sekalian, berikanlah yang terbaik, kekalkan disiplin, terus merendah diri dan jangan pernah berhenti belajar.
Saya mendoakan agar seluruh kontinjen sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan setiap urusan dan diberikan kejayaan dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas WorldSkills Shanghai 2026. Insya-Allah.
#WorldSkillsShanghai2026
#WorldSkills #TVET
#KKDW
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan.
Dalam penghakiman majoriti 2-1, panel dua hakim, iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan Mahkamah Rayuan tidak terkhilaf apabila membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu Jun tahun lalu.
Ikuti berita terkini di https://t.co/poP213meTo
#AWANInews
Tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Johor. Semoga amanah ini dipikul dengan sebaik-baiknya demi kepentingan negeri dan rakyat.
Pilihan raya dan pesta demokrasi telah pun melabuhkan tirainya. Kini adalah masa untuk kita melangkah ke depan, mengutamakan khidmat dan amanah kepada rakyat dan bersama-sama membina sebuah Johor yang lebih makmur dan maju.
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 termasuk kepada jentera yang bekerja keras dan berusaha seupayanya.
Tekad kami jelas, 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐜𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍, 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐤𝐢𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐭𝐞𝐰𝐚𝐬, 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭.
Kerajaan Persekutuan juga kekal komited memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor terus diperkasa dan ditambahbaik, Insya-Allah.
@aoitachi123@adnilja2123@HalimCrypto Not arrogant lah bro just confident and optimistic. I had many questions before and after the election. Is PH’s MB candidate on par with BN’s? Can BN even win this big in Selangor or Terengganu? And dont kecam Zahid. As long as he’s leading BN it benefits Anwar politically.
@aoitachi123@adnilja2123@HalimCrypto Haha buat apa nk koyak?This is smthng which was expected.Menang ke kalah ke Anwar ttp PM.The reality is we dont have any1 at his level.Remember boy Johor is just a state&Malaysia consists of many states.Its ony a small part of Malaysia 1 more thing BN&PH are togther at fedral lvl
@anwaribrahim Harap bangsat-bangsat nak menjatuhkan anwar semua melingkup. Mahatir kata melayu kene bersatu. Betul lah tuu bersatu belakang Anwar demi negara tercinta demi kestabilan demi kemajuan dan demi keadilaan.
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad. Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatanNya, Insya-Allah.
Alhamdulillah, selesai sudah urusan rasmi di Ashgabat, Turkmenistan. Saya bersyukur kerana lawatan ini telah mencapai matlamat yang digariskan, khususnya dalam memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama strategik antara Malaysia dan Turkmenistan.
Kunjungan ini turut membuka lembaran baharu dalam usaha memperluas kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, terutama sektor tenaga yang mempunyai potensi besar untuk diteroka dan dimanfaatkan demi kemakmuran kedua-dua negara.
Saya merakamkan penghargaan kepada Presiden Serdar Berdimuhamedov serta semua pihak yang telah memberikan layanan yang cukup mesra kepada delegasi Malaysia.
Salut saya kepada pasukan kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Ashgabat, PETRONAS, petugas keselamatan serta rakan-rakan media yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran setiap urusan.
🇲🇾🇹🇲
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini meneliti pembentangan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berhubung fenomena El Niño serta implikasinya terhadap negara.
Mesyuarat bersetuju agar METMalaysia segera memperhebat usaha penerangan dan turun ke semua negeri bagi menyampaikan taklimat serta pencerahan yang menyeluruh selain kesiapsiagaan di peringkat akar umbi mesti diperkukuh kerana langkah pencegahan dan persediaan awal adalah benteng terbaik dalam mendepani kesan cuaca ekstrem yang semakin tidak menentu.
Sewaktu pembentangan daripada Malaysia Petroleum Resources Corporation mengenai hala tuju syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak serta gas (OGSE) negara, Kerajaan berpandangan bahawa urusan perniagaan serta pengembangan industri wajar dipacu oleh kecekapan, ketangkasan dan kebijaksanaan para penggiat industri sendiri, dengan Kerajaan terus menyediakan dasar yang jelas, kondusif dan menyokong pertumbuhan.
Dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi dunia, ketegangan geopolitik dan pelbagai krisis global yang kian mencabar, Kerajaan MADANI akan terus berikhtiar dengan penuh kebijaksanaan dan berpandangan jauh agar kepentingan rakyat terbanyak sentiasa terjaga, serta ekonomi negara kekal mampan, berdaya tahan dan teguh menghadapi sebarang cabaran mendatang.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Hari kedua yang juga hari terakhir lawatan rasmi ke Jepun semalam diisi dengan pelbagai pertemuan dan ikhtiar memperkukuh persahabatan Malaysia-Jepun, serta membuka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan, teknologi dan keterjaminan tenaga.
Alhamdulillah, misi ini berakhir dengan baik. Semoga segala usaha yang dilaksanakan melimpahkan manfaat dan kemakmuran berpanjangan buat rakyat dan negara kita.
🇲🇾🫶🇯🇵
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Dalam keghairahan berpolitik, jangan sampai kita terlanjur mengorbankan nilai saling menghormati, persefahaman dan semangat kebersamaan yang menjadi asas kekuatan negara.
Perbezaan pandangan dan persaingan politik adalah lumrah dalam sebuah demokrasi yang matang, namun ia tidak boleh menjadi alasan untuk menyemai kebencian, memecahbelahkan rakyat atau menghakis semangat kebersamaan yang telah sekian lama membina Malaysia.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Kemajuan sesebuah bangsa tidak hanya diukur pada kemakmuran zahir dan pembangunan fizikal, tetapi pada ketinggian ilmu, kekuatan akal budi serta keutuhan nilai yang menjadi pedoman.
Masyarakat yang dangkal ilmunya, tidak berpaksikan kebenaran, tidak menjunjung prinsip keadilan serta kehilangan ihsan dalam pertimbangan dan tindakan, akan mudah terjerumus ke dalam kancah jahiliah yakni suatu keadaan yang lahir daripada kealpaan, prasangka dan kejahilan.
Justeru, dalam era yang menuntut komunikasi yang lebih berkesan dan bertanggungjawab, kita mesti mengangkat wacana yang berteraskan hikmah, ilmu dan adab.
Kebebasan bersuara harus dipandu oleh tanggungjawab moral, manakala perbezaan pandangan tidak boleh menjadi alasan untuk memecahbelahkan masyarakat atau meruntuhkan nilai kemanusiaan yang kita junjung bersama.
Itulah antara penegasan saya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi hari ini dan mengingatkan hadirin, dalam menjayakan agenda pembangunan negara, kita tidak hanya dituntut membina kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak, berbudaya ilmu serta bersatu atas landasan kebenaran, keadilan dan ihsan.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Malaysia tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang benar-benar memenuhi tuntutan industri.
Dalam dunia yang berubah pantas, penguasaan ilmu mesti disertai kemahiran praktikal, latihan berterusan serta keupayaan menyesuaikan diri dengan keperluan ekonomi baharu.
Justeru, sinergi yang lebih kukuh antara kerajaan, universiti dan pemain industri mesti diperkasakan dalam membina asas ilmu dan kepakaran, menjadi rakan strategik dalam memperkaya pengalaman, latihan serta pendedahan dunia sebenar kepada para graduan.
Pendekatan tersebut penting bagi memastikan bakat yang dilahirkan bukan sahaja berkelayakan, tetapi benar-benar bersedia untuk menyumbang kepada pertumbuhan negara.
Perkara ini saya tekankan ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 dan adalah penting untuk kita terus memperkasa kemahiran pekerja, meningkatkan produktiviti serta membuka lebih banyak peluang peningkatan kerjaya kepada generasi muda.
Terkait perkara ini, saya umumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi memperkasa agenda TVET 2.0 dalam memperluaskan akses latihan berkualiti, memperkukuh kerjasama dengan industri serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu mendepani cabaran ekonomi masa hadapan dengan penuh yakin dan berdaya saing.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
Saya memulakan hari kedua Sambutan Hari TVET Negara 2026 dengan bersiaran secara langsung bersama Selamat Pagi Malaysia dari Dataran Putrajaya.
Dalam sesi tersebut, saya telah berkongsi mengenai peranan TVET dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan yang semakin dipengaruhi teknologi, automasi dan kecerdasan buatan (AI). Saya turut menegaskan bahawa TVET hari ini merupakan laluan utama yang mampu melahirkan bakat berkemahiran tinggi dalam memenuhi keperluan industri serta membuka peluang kerjaya yang lebih luas kepada generasi muda.
Saya juga turut menyentuh mengenai perkembangan positif ekosistem TVET negara yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Alhamdulillah, semakin ramai anak muda memilih TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya, selari dengan keperluan industri yang terus berkembang dan memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Justeru, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke Dataran Putrajaya dan merasai sendiri pengalaman yang ditawarkan sepanjang Sambutan Hari TVET Negara 2026. Pelbagai pameran teknologi, peluang kerjaya, seminar industri, pertandingan kemahiran serta aktiviti interaktif menanti anda.
Insya-Allah, sambutan ini masih berlangsung sehingga esok. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri bagaimana TVET sedang membentuk masa depan Malaysia. Jemput hadir beramai-ramai!
#HTN2026 #HariTVETNegara2026
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#JomPilihTVET #TVETUntukSemua
Kita tidak boleh lagi terikat dengan pemikiran lama yang meletakkan kejayaan hanya pada satu jalur pendidikan semata-mata.
TVET telah mengangkat martabat pendidikan kemahiran sebagai pilihan yang diyakini dan dihormati, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi, memperkukuh daya saing negara dan meneroka peluang baharu dalam dunia yang semakin mencabar.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Mengiringi KDYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pagi tadi.
Istiadat bagi menzahirkan penghormatan tertinggi ini menyaksikan lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diarak yakni Panji-Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.
Panji-Panji ini adalah satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Raja dan Negara.
Daulat Tuanku.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Alhamdulillah, pada malam ini saya berpeluang meraikan kehadiran para masyaikh dalam Majlis Ilmu Madani dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur. Selain meraikan para ulama di gedung megah itu, saya turut berkesempatan mengunjungi pameran oleh PNB mengenai program ASNB yang memperkenalkan kaedah Zakat al-Mustaghallat secara Khultah mulai 25 Mei 2026.
Saya ingin menzahirkan penghargaan atas perkongsian oleh Sheikh Muhammad Hydara Al-Jilani, Pengerusi Pertubuhan Qadriyya Gambia; Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Pengerusi Yayasan Ar-Ri’ayah dan Sheikh ‘Abd Allah Muhammad Bilal, Presiden Institut Manuskrip Arab, Mauritania.
Selain İtu, bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya juga mengalu-alukan kehadiran Sheikh Dr. Walead Mohammad, Pengerusi Komuniti Sabeel; Sheikh Mohammed Amin Kholwadia, Presiden Insititut Etika Al-Amin, Chicago; dan Sheikh Dr. Ahmed Mohamed Saad Al-Azhari, Pengarah Institut Ihsan, United Kingdom (UK) dalam majlis ini.
Saya sentuh kepentingan menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu yang dipelajari sebagai tanggungjawab semua umat Islam. Dalam negara MADANI, teras kenyakinan kita dalam penguasaan ilmu mesti bertunjangkan asas akidah dan akhlak.
Setinggi-tinggi penghargaan atas nasihat dan peringatan serta doa para masyaikh dalam majlis ini. Semoga doa dan harapan yang disampaikan malam ini menjadi barakah kepada Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia.
Firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَجِيبُوا۟ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَقَلْبِهِۦ وَأَنَّهُۥٓ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ٢٤
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
(Al-Anfal :24)
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI