Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un
Saya merakamkan takziah yang terdalam kepada keluarga allahyarham Shariffudin Budin atau lebih dikenali sebagai Pak Hunter, yakni seorang sahabat lama perjuangan serta aktivis rakyat yang telah banyak berkorban dalam arus perjuangan.
Allahyarham juga adalah antara insan yang tabah menempuh dugaan tatkala ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998, iaitu saat gelombang reformasi mula menyemarak. Keteguhan dan kesetiannya pada perjuangan dan cita-cita membela rakyat tidak pernah luntur meski diuji dengan kezaliman dan kebobrokan.
Buat keluarga besar KEADILAN dan gerakan reformasi, kami bersedih atas pemergian beliau dan mendoakan segala amal bakti, pengorbanan dan perjuangan beliau dicatat sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. Semoga keluarganya tabah dan ruh allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin.
ANWAR IBRAHIM
Kenapa pula ayat paling but*h?
Solat itu tiang agama, jahat macam mana sekalipun, mmg wajib solat.
Tp kalau seseorg baik sekalipun, tak solat, disisi Allah dia bukanlah org yg baik.
Solat lah yg memebezakan, pendosa yg boleh bertaubat, dgn pendosa yg terus hanyut ke lembah kesesatan.
Jahil tukir kecek lagu ni.
Pagi tadi saya telah menghadiri Majlis Perasmian Pasar Tani Putrajaya dan Sambutan Ulangtahun Penubuhan Pasar Tani Yang Ke-40 Peringkat Kebangsaan dengan perasaan yang agak terharu dan membuak-buak.
Ini kerana inisiatif Pasar Tani merupakan satu gagasan ampuh yang diperkenalkan saya sewaktu menjawat jawatan Menteri Pertanian pada tahun 1985 sebagai wahana dan medan kepada para petani dan pengeluar kecil untuk menjual hasil-hasil mereka, dan dalam masa yang sama menolak peranan orang tengah atau kartel yang menekan harga.
Justeru, Pasar Tani pertama telah dibuka di Kompleks Bilik Sejuk FAMA di Tampoi, Johor Bahru, dan saya telah hadir merasmikannya pada 31 Januari 1985. Ia menjadi detik bersejarah tatkala buat julung kalinya para pengeluar dapat bersemuka terus dengan pengguna dan pembeli, lantas merapatkan jurang antara petani dengan masyarakat yang menikmatinya.
Pada awal penubuhannya dahulu, pasar tani hanya berjumlah sekitar 12 buah sahaja, dengan penyertaan seramai 317 orang peserta. Nilai jualan pada ketika itu sekitar RM1.4 juta setahun. Nilainya agak kecil pada waktu itu, tetapi sangat bermakna. Hari ini, setelah berpuluh tahun berlalu, saya melihat sendiri bagaimana gagasan ini berkembang dan terus memberi manfaat luas kepada rakyat terbanyak.
Walhasil, menyaksikan kelangsungan inisiatif Pasar Tani hingga ke hari ini ternyata menjentik ruang perasaan yang terdalam. Inisiatif kecil yang dimulakan pada masa lalu kini terpasak sebagai legasi yang terus memartabatkan petani dan pengeluar tempatan, mengurangkan jurang harga, dan yang terpenting ia mampu mengangkat maruah petani, nelayan dan penternak kita.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Seluruh umat Islam di Malaysia berduka menerima perkhabaran kemangkatan Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi. Kita kehilangan seorang ulama besar yang cakna denga ilmu dan hikmah yang telah banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat keseluruhannya.
Mewakili rakyat Malaysia, saya menzahirkan simpati dan takziah buat seluruh warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia yang pastinya menangisi pemergian besar ini.
Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya bersama para anbiya’ dan solihin.
Al-Fatihah.
Doa tulus daripada seluruh masyarakat mengiringi misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Semoga usaha ini menjadi sinar harapan buat rakyat Gaza yang sedang diuji dan menjadi saksi kepada kesatuan nurani kemanusiaan sejagat.
🇲🇾🇵🇸
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#FreePalestine
Bermula 30 September ini, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak.
Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu.
Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan MADANI dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan kita hari ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Yg aku heran ni, kes mcm ni yg membawa keburukan 15 juta kali ganda berbanding dgn pasang bendera terbalik takde pulak nak pergi serang si Tan Sri ni.
Ni lah kisah orang yg suka membuli. Hanya membuli org yg dia berani shj. Yg satu agama, pangkat tinggi diaorg bacul.
Munafik.
Kerajaan hormat hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, dan ia dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini.
Namun, prinsip kebebasan juga menuntut kita untuk bertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang.
Insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.
Saya telah menggesa pihak berkuasa untuk segera menjalankan siasatan dan lekas memberkas dalang dan penyerang yang bertanggungjawab mencederakan.
Berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.
Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat.
ANWAR IBRAHIM
Foto: Utusan
Sumud Flotilla is a humanitarian mission carrying food and medical supplies to Gaza in more than 50 boats. With no access to Gaza by air or land, the international sea remains the last hope. They will do everything they can to help everyone in Gaza who has been trapped without food and healthcare for far too long. There are no weapons on board and any attack against this mission must be firmly condemned. Let us pray for our brothers and sisters in Palestine and on board the Sumud Flotilla🇵🇸
Usai meraikan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, saya dan Azizah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berangkat ke China atas jemputan Presiden Xi Jinping.
Saya dijadualkan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), menyaksikan perarakan hari kemenangan sempena 80 tahun tamat perang dunia kedua, serta beberapa pertemuan penting lain.
Insya-Allah, semangat Jalur Gemilang dan sorakan rakyat Malaysia yang bergema di Dataran Putrajaya pagi tadi saya bawa bersama dalam misi kali ini untuk terus membimbing langkah kita di pentas dunia. Demi Malaysia! ✊🇲🇾
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Amanat Hari Kebangsaan bukan sekadar ucapan, tetapi wadah untuk kita mengenang perjuangan silam, menyemai semangat patriotisme, serta memperkukuh azam demi masa depan negara yang lebih gemilang.
Ikuti amanat ini secara langsung menerusi semua saluran media tempatan.
Ayuh semarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan tanah air kita dengan semangat MADANI dan jiwa yang benar-benar merdeka!
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Antara perkongsian video dan foto dari warga maya susulan gempa bumi bermagnitud 4.1 menggegarkan Segamat, Johor awal pagi tadi.
📹📸 Video dan Foto Awam
#digitalbernamatv#gempabumi#segamat#johor
Insya-Allah, Ahad ini akan bersama berhimpun di Dataran Merdeka bagi menyatakan solidariti buat saudara kita di Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis.
Himpunan ini juga menjadi titik mula kepada gerakan delegasi aktivis yang bakal membawa bantuan ke Gaza hujung bulan ini.
Ayuh kita semarakkan panji-panji keadilan dan kemanusiaan di Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza. Semoga doa dan usaha ini menjadi kekuatan untuk saudara kita terus bangkit dalam perjuangan memerdekakan bumi Palestin.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Selamat Ulang Tahun, YAB Perdana Menteri 🇲🇾🎉
Seluruh warga Pejabat Perdana Menteri mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-78 kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
@anwaribrahim
(1/2)