Buat anak-anak Johor, pulanglah dan tunaikan tanggungjawab menentukan masa depan negeri ini.
Berilah peluang kepada HARAPAN untuk berkhidmat dengan jujur, membawa kepimpinan yang bersih dan berintegriti, serta memastikan hasil pembangunan benar-benar memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN 🔺🚩
#HARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#YakinHARAPAN
Selamat mengundi buat para pengundi awal PRN Johor esok. Lakukan yang terbaik untuk negeri ini.
Pilihlah calon HARAPAN!
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN 🔺🚩
#HARAPAN#MemaknaiHARAPANRakyat#YakinHARAPAN
Mengakhiri program di Johor bersama masyarakat Serom, saya menyeru para pengundi agar memberikan mandat kepada HARAPAN supaya ikhtiar membangunkan negeri ini dapat diteruskan secara lebih tersusun, meyakinkan dan berkesan demi manfaat seluruh rakyat.
Pilihan raya bukan sekadar soal memilih parti atau individu. Yang lebih utama ialah menentukan haluan Johor untuk tahun-tahun mendatang serta masa depan yang ingin kita wariskan kepada anak-anak.
Inilah masanya rakyat membuat pilihan yang akan mencorakkan kestabilan politik, mengukuhkan ekonomi, meningkatkan keyakinan pelabur, membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta menjamin kesejahteraan generasi akan datang.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN 🔺🚩
#HARAPAN
#MemaknaiHARAPANRakyat
#YakinHARAPAN
Ikuti langsung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Peluncuran Program Pembaharuan Teksi Madani Nasional di Dataran Merdeka.
#AWANInews https://t.co/rGh5Pk5X6Y
KENALI CALON PAKATAN HARAPAN PRN JOHOR
Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon-calon HARAPAN untuk memimpin negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang.
Insya-Allah, amanah ini akan dipikul dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan sesekali disia-siakan.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” (Surah An-Nisa: 58)
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN🔺🚩
#PakatanHARAPAN
#MemaknaiHARAPANRakyat
#YakinHARAPAN
Lawatan ini membuktikan eratnya persahabatan Malaysia-Turkmenistan, di samping membuka peluang kerjasama strategik yang lebih luas.
Paling utama, kejayaan diplomasi tenaga negara diterjemahkan melalui pengukuhan peranan PETRONAS serta pemeteraian beberapa perjanjian penting yang bakal memperluas penglibatan Malaysia dalam sektor minyak dan gas Turkmenistan.
Saya merakamkan penghargaan kepada Presiden Serdar Berdimuhamedov atas komitmen memperkukuh hubungan kedua-dua negara.
🇲🇾🇹🇲
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗥𝗨 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗗𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗛
#Seremban : Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat di Negeri Sembilan memberi mandat kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 untuk terus mentadbir negeri itu.
Perdana Menteri berkata sokongan itu penting bagi membolehkan mandat diberikan sepenuhnya kepada Datuk Seri Aminuddin Harun dilantik semula selaku Menteri Besar supaya masa depan negeri lebih terjamin.
📸 fotoBERNAMA
#BernamaImages
#BernamaNews
@anwaribrahim
Malam tadi di Batu Pahat bersama rakan-rakan pimpinan Pakatan Harapan dan ribuan rakyat Johor yang hadir menyaksikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Johor.
Alhamdulillah, kehadiran luar biasa ini meskipun pelancaran digerakkan dalam tempoh yang singkat membuktikan semangat dan harapan rakyat Johor untuk melihat politik yang lebih matang, bersih dan berpaksikan masa depan terus menyala.
Johor adalah negeri yang kaya dengan potensi dan peluang. Atas usaha berterusan Kerajaan MADANI, pelaburan mengalir masuk dan projek strategik berkembang pesat. Namun ekonomi negeri ini masih mempunyai ruang yang besar untuk melonjak lebih jauh.
Pakatan Harapan berpegang pada prinsip yang jelas. Setiap projek yang dilaksanakan mesti membawa manfaat langsung kepada rakyat. Setiap dasar harus mengangkat martabat dan memperbaiki kehidupan rakyat. Setiap wang negara mesti diurus dengan amanah dan tanggungjawab.
Benar, dalam tempoh tiga tahun setengah ini, tidak semua masalah dapat diselesaikan. Namun satu perkara yang tidak akan kita kompromi ialah integriti. Negara ini terlalu kaya untuk rakyatnya terus terbeban akibat ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa oleh pemimpin yang tamak haloba dan hanya mahu memperkaya diri dan keluarga.
Pilihan raya negeri ini juga adalah medan untuk rakyat menolak politik kebencian, prasangka serta perpecahan kaum dan agama. Rakyat mahukan pemimpin yang bicara soal pekerjaan, rumah mampu milik, pendidikan yang berkualiti dan kehidupan yang lebih terjamin untuk rakyat, bukannya politik yang tandus idea lalu menjadikan sentimen kaum dan agama sebagai modal kempen setiap hari.
Apa yang saya lihat malam tadi memberi keyakinan yang besar. Orang Melayu, Cina, India berhimpun dengan satu harapan yang sama. Mereka tidak disatukan oleh kebencian atau prasangka, sebaliknya dipertemukan dengan cita-cita yang sama untuk membina negeri dan negara yang lebih adil, maju dan bermaruah.
Dalam beberapa minggu lagi, rakyat Johor akan membuat pilihan. Gunakanlah kuasa itu dengan bijaksana. Tolak politik yang memecah-belahkan rakyat. Pilih politik yang menyatukan, membela dan membawa harapan. Pilih masa depan Johor yang lebih adil, maju dan bermaruah. Pilih Pakatan Harapan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Pakatan Harapan berpegang pada satu prinsip yang jelas sepanjang lebih tiga tahun mentadbir: tidak boleh curi wang rakyat. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh diberi ruang untuk berakar dalam negara ini.
Pakatan Harapan akan terus mempertahankan prinsip keadilan untuk semua. Negara tidak boleh mempunyai satu undang-undang untuk rakyat biasa dan satu lagi untuk orang kaya dan golongan berpengaruh. Maruah tidak terletak pada retorik atau slogan, tetapi pada keberanian menegakkan kebenaran, memelihara amanah dan memastikan setiap rakyat mendapat layanan yang sama di sisi undang-undang.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Berdukacita menerima khabar pemergian sahabat baik, Allahyarham Cikgu Abas Awang yang telah kembali ke rahmatullah semalam.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar, khususnya buat keluarga KEADILAN di Pahang.
Jasa, pengorbanan dan komitmen Allahyarham terhadap perjuangan serta pembangunan insan akan terus terpahat dalam ingatan mereka yang pernah mengenali dan bersama-sama berjuang dengannya.
Saya dan Azizah mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Al-Fatihah.