Mayat kanak-kanak berusia 9 tahun yang lemas di Kajang ditemui sebentar tadi. Mangsa terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyut arus deras ketika cuba mengutip bola Jumaat lalu.
@BuletinTV3
Foto ihsan Bomba
Timb Pengerusi NGO antara 3 ditahan disyaki seleweng dana zakat RM230 juta. 18 kenderaan mewah disita, 32 akaun bank berjumlah RM120 juta dibeku.
@BuletinTV3
Pengerusi, Bendahari NGO dan pengarah syarikat direman 4 hari bagi bantu siasatan kes kemuka dokumen mengandungi butir matan palsu program sumbangan makanan asas berjumlah RM5 juta.
@BuletinTV3
Seleweng dana RM900k: Ketua Pengarah & Pengarah jabatan agensi kerajaan dibebas dengan jaminan SPRM. Turut disita, gajet, barangan elektrik, peralatan sukan bernilai RM57k
@BuletinTV3
Pengarah NGO dan penolong pengarah syarikat ditahan SPRM seleweng dana awam RM500,000. Kedua-dua suspek direman 4 hari di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi
@BuletinTV3
Remaja warga Britain yang hilang sejak tiba di Malaysia Jun lalu, ditemui selamat. David Balisong, 17, ditemui sepasukan polis di sebuah hotel di Jalan Pudu, KL jam 7 malam tadi. Ketua Polis KL, Datuk Fadil Marsus sahkan perkara berkenaan.
@BuletinTV3
300 tan ewaste dan jentera bernilai RM8.2 juta dirampas hasil serbuan di sebuah kilang memproses ewaste haram di Sungai Petani, Kedah. 6 pekerja warga asing ditahan.
@BuletinTV3
Sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan tentera tumpas. 10 individu ditahan termasuk empat pegawai kanan. Dipercayai kaut rasuah cecah RM3 juta-Sumber SPRM
@BuletinTV3
Polis serbu 'private party' di sebuah banglo di Subang Jaya. 38 remaja berusia 18-27 diperiksa. 4 disyaki terlibat edar dadah ditahan. 12 termasuk 3 warga asing ditahan kerana positif dadah.
@BuletinTV3
Suami isteri antara empat ditahan berhubung kes rasuah perolehan tender RM180 juta. SPRM rampas wang tunai RM7.5 juta disimpan di dalam rumah suspek.
@BuletinTV3
Lelaki warga asing ditahan polis selepas bertindak kelar leher bekas teman wanitanya di Subang Jaya.
Kedua-duanya adalah penuntut universiti swasta berusia 21 dan 20 tahun. Mangsa dihantar ke PPUM untuk rawatan.
@BuletinTV3
Kes bunuh pelajar universiti di Cyberjaya-polis tahan tiga suspek di JB dan Gemencheh. Suspek berusia 19 & 20 tahun itu dipercayai kenalan mangsa. Suspek akan direman pagi ini.
@BuletinTV3
Insiden bot terbalik di Port Klang-Operasi mencari dua lagi mangsa pasangan suami isteri akan disambung pagi nanti. Bot yang terbalik ditunda ke jeti untuk tindakan lanjut. Setakat ini, 3 disahkan maut, seorang selamat.
@BuletinTV3
3 termasuk seorang bayi maut selepas bot membawa 6 penumpang terbalik di Pelabuhan Klang. Dua lagi mangsa masih hilang, seorang selamat. Semua warga tempatan.
@BuletinTV3