Banyak rezeki yang kita tak perasan selama ni.
1. Bangun pagi masih hidup, rezeki.
2. Gaji bulanan RM2000, rezeki.
3. Bos tak berkira, rezeki.
4. Anak-anak sihat, rezeki.
5. Sarapan nasi lemak RM2, rezeki.
6. Kereta Bezza habis bayar, rezeki.
7. Parent selalu mendoakan, rezeki.
Bila orang kata korban jangan upload, kena jaga sensitiviti agama lain, akan memburukkan Islam, aku akan buka video ini, lihat betapa bagus Islam ajar adab sembelihan dsn ihsan kepada haiwan, hingga mereka rela demi Tuhan.
Halal Islamic slaughter
Mengadu dirogol bapa punca remaja perempuan dipukul teruk
**Video remaja dipukul tidak sesuai untuk diletakkan di sini....tapi boleh tonton di Channel Telegram Mynewshubviral di https://t.co/vG8Lc7pjCd
REMBAU - Tindakan remaja perempuan berusia 17 tahun mengadu kepada teman wanita bapanya yang dia dirogol lelaki tersebut merupakan faktor dia dipukul teruk oleh suspek.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik itu memberitahu telah dirogol suspek yang juga bapa kandungnya tahun lalu.
"Pada 12 November 2023, jam lebih kurang 2 petang, suspek telah masuk ke dalam bilik mangsa dan ketika itu hanya mereka saja yang berada di rumah.
"Suspek yang hanya memakai seluar dalam terus meluru ke arah mangsa serta menolaknya ke atas katil," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, mangsa cuba menjerit, namun suspek bertindak menutup mulutnya dengan tangan lalu merogolnya.
Ujarnya, suspek turut memberi amaran kepada mangsa supaya tidak memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa.
"Bagaimanapun pada Selasa lalu (23 Januari) jam lebih kurang 10.45 malam telah berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek.
"Suspek yang dalam keadaan mabuk telah bertindak memukul mangsa menggunakan tangan serta beberapa alatan seperti kerusi plastik, bakul kain plastik dan meja seterika," katanya.
Hazri berkata, siasatan mendapati, suspek dan ibu kandung mangsa telah bercerai semasa mangsa berusia empat tahun.
Jelasnya, sejak itu dia tinggal bersama neneknya di Rantau, namun hanya tinggal dengan suspek sejak Jun 2022.
"Mangsa telah tinggal di rumah pekerja disediakan majikan suspek di Kampung Kendong Baru, Kota dan turut tinggal di situ iaitu teman wanita suspek berusia 44 tahun.
"Mangsa juga bersekolah di sebuah sekolah di Tampin dan bekerja sambilan sebagai pelayan kedai makan di medan selera di Tampin setelah selesai waktu persekolahan sejak awal tahun ini," katanya.
Selain itu katanya, hasil pemeriksaan ke atas mangsa yang dijalankan di Hospital Tampin mendapati, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluannya.
Hazri berkata, teman wanita suspek telah pun hadir ke Balai Polis Kota tengah hari pada Rabu untuk memberi keterangan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman untuk kelakuan sumbang mahram akan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun, dan juga akan dihukum dengan sebatan," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, mangsa luka di bahagian kiri kepala dan menerima 12 jahitan selain turut luka di bahagian tangan kanan dan lebam di bahu kanan akibat dipukul bapa kandungnya.
Berdasarkan keterangan mangsa, dia telah ditendang pada bahagian perut dan senjata digunakan ialah kerusi, raga menyimpan pakaian dan besi papan seterika.
Teman lelaki mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada polis dan ekoran itu suspek berusia 47 tahun telah ditahan di hadapan rumahnya dalam keadaan mabuk dan telah dibawa ke Balai Polis Kota untuk tindakan lanjut.
Kredit: Sinar Harian
Artis tu bipolar. Kalau dia tengah tak sihat, apa dia buat kita skrol je. Tak perlu kasi highlight dan maki.
Kawan aku ada bipolar. Masa dia tak sihat, aku teman dia naik ambulans. Dia kata dia nampak Dajjal dalam ambulans. Dia suruh aku baca Surah Kahfi. Aku baca jelah.
Semua orang patut belajar affiliate marketing in 2024!!!
Salah satu cara yang senang untuk gain side income especially for students.
Yang ada free time tu pls buat. Serious tak rugi and berbaloi.
Ni antara commission affiliate i pernah dapat:
Nak, berehatlah. Jangan kerap scroll media sosial.
Orang zaman dahulu, kalau malam, pasti lihat langit, merenung bulan dan bintang.
Apa yang lalu dalam fikiran adalah memikirkan betapa hebatnya kuasa Allah SWT.