Pemergian Suara Azan Yang Dikenali, Ustaz Abu Bakar Sairi Kembali Ke Rahmatullah
Oleh Mynewshub
SHAH ALAM, 27 Mac – Seorang tokoh yang dikenali melalui alunan azan yang merdu di pelbagai aplikasi dan masjid, Ustaz Haji Abu Bakar bin Haji Sairi dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada Khamis.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.31 pagi, 26 Mac 2026 di kediamannya.
Allahyarham sebelum ini merupakan mantan bilal di Masjid Negeri Shah Alam serta Masjid Bukit Jelutong, dan dikenali ramai kerana suara azannya yang sering menjadi pilihan dalam aplikasi azan serta rakaman digital.
Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar, khususnya dalam kalangan masyarakat yang pernah menimba ilmu serta mendengar alunan azannya yang menyentuh jiwa.
Menurut kenalan dan anak murid, Allahyarham merupakan seorang insan yang sangat baik, rendah diri serta tidak lokek berkongsi ilmu, khususnya dalam bidang berkaitan azan dan ibadah.
“Beliau banyak mengajar dan berkongsi ilmu. Semoga segala amal jariah yang disampaikan menjadi pahala berterusan buat Allahyarham,” kata seorang individu yang pernah berguru dengannya.
Difahamkan, suara Allahyarham pernah menjadi rujukan dan inspirasi kepada ramai bilal serta individu yang ingin memperbaiki bacaan azan mereka.
Orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
RASMI!
PM @anwaribrahim mengesahkan yg Kerajaan Republik Islam Iran telah membenarkan kapal2 tangki minyak Malaysia utk melalui laluan khas di Selat Hormuz utk bekalan minyak di Malaysia.
Alhamdulillah. Insya Allah bekalan minyak cukup utk Malaysia bila kapal2 ini sampai.
Alhamdulillah saya bersama mshaffuan dan Nicholas chin diberikan kepercayaan dari Astro Shaw untuk menghasilkan sebuah short teaser untuk Astro Shaw Cinematic Universe : The Beginning.
Selamat menonton semua
Ya Allah, kembalikan nikmat ibadah kami yang dulu.
Berikan kami kekuatan untuk taubat dan pulih dari semua maksiat yang kami lakukan sekarang.
Berilah kemudahan untuk kami dekat dengan perkara kebaikan, dan jauhkanlah kami dari semua yang menyebabkan kaki semakin jauh dari-Mu.
Ya Allah, sampaikanlah kami ke Bulan Ramadan dan kami semua dapat beribadah di dalamnya. Jadikan Ramadan kali ini jadikan kami muslim yang lebih baik dari sebelumnya.
Ameen!
Fasha Sandha pakai tudung dalam #doayangterlindung ni sumpah paling lawa paling syantikkkkk. Auto lebih muda
Sorry kak fasha. Bila scene akak free hair tu terus rasa nampak lebih tua 😅 akak pakai tudung jubah tu semua cantik2 😍😍😍😍🥰🥰🥰🥰🥰 suka !
Nak order burger benjo pukul 11.59pm on new year’s eve. Pastu bila rider sampai, nak cakap kat dia:
“apa ni bang, saya tunggu dari tahun lepas, sekarang baru dapat?”
Dengar ceramah Dr MAZA, dia terserempak dengan doktor pakar kerajaan. Sembang punya sembang, Dr MAZA tanya, kenapa tak terima peluang bekerja di hospital swasta yg gaji berlipat kali ganda lebih besar.
Doktor pakar itu cakap, dia teringat pesanan isteri dia yg juga doktor pakar, "Kalau kita pergi ke hospital swasta, siapa nak rawat orang miskin?"
Pesanan ini dia ingat sampai bila-bila dan antara sebab dia tak keluar dari hospital kerajaan.
Besar pengorbanan.