'Saya mimpi ayah pesan jangan sedih'
"Ayah pesan jangan sedih sebab ayah tak boleh jaga kakak dah lepas ni."
Demikian luahan sayu anak sulung kepada pasangan maut enam beranak yang ditemui bersama kereta Proton Iswara di Sungai Korok, Jitra, Putri Qisya Nur Izzat, 12, ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Menurut Putri Qisya, ketika pesanan itu diberikan, dia berbaring di atas paha ayahnya, Muhammad Azim Izat Ishak, 32, yang sedang duduk di sofa.
Artikel: https://t.co/oSGo9bzoAz
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉
📅 25–27 Julai
🕘 9 pagi – 12 tengah malam
📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keretaenamberanakditemui #enamberanakditemui #SungaiKorok #KarnivalSiangMalam
Rakyat Yaman tengok Iran serang Israel macam tengok bola hahaha
Iran melancarkan serangan ke atas Tel Aviv bermula Jam 4 Pagi tadi waktu Malaysia
4 gelombang serangan sudah dilancarkan sekarang ini
Ia turut mengena Ibu Pejabat Tentera Israel The Kirya
Penguat Kuasa MBI Ditumbuk Ketika Operasi, Polis Siasat Insiden Kekecohan di Restoran Menglembu
IPOH, 17 April 2025 – Seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dilaporkan ditumbuk ketika menjalankan operasi sitaan terhadap sebuah restoran di Taman Rasi Jaya, Menglembu, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 6.43 petang daripada anggota penguat kuasa MBI berusia 40 tahun yang mendakwa menjadi mangsa serangan semasa menjalankan tugas rasmi.
Menurut siasatan awal, kekecohan berlaku apabila seorang pekerja restoran tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan menyita kerusi dan meja premis susulan aduan daripada Jabatan Kesihatan MBI.
“Suspek telah mengeluarkan kata-kata kesat serta cuba menghalang operasi, sebelum berlaku insiden tumbukan terhadap salah seorang anggota penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
Pihak polis turut mengambil keterangan beberapa saksi dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Sheikh Fateeha Iman di talian 010-2908095 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Insiden yang tular di media sosial itu mencetuskan pelbagai reaksi, dengan beberapa video memaparkan detik kekecohan turut dimuat naik pengguna internet.
Sementara itu, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Wong Kar Keat memaklumkan satu sesi pertemuan akan diadakan antara Ahli Majlis MBI, ADUN kawasan, Jabatan Penguat kuasa dan pemilik restoran untuk memberi penjelasan lanjut.
Beliau juga menasihati semua pihak agar tidak mempolitikkan insiden ini atau mengaitkannya dengan sentimen perkauman. - MYNEWSHUB