Jalan Sg Merab ni kami dah komplen sokmo. Sebab kami hadap laluan ni hari hari.
Esok buat tar baru, lusa dia korek balik. Apa ada harta karun ke kat situ, asyik korek kambus?
Realitinya, Malaysia amalkan sistem di mana kabel kabel kita tanam dalam jalanraya, bukan pada tiang tepi jalan macam di Thailand.
Bila nak baiki, korek. Kemudian tampal balik.
Masalahnya, kurang pengawasan mutu kualiti turapan oleh sub kontraktor.
Tapi ini ialah “masalah kecil” bagi mereka yang dipertanggung-jawabkan untuk memastikan kualiti turapan yang sepatutnya.
Sebab dia rasa akhirat nanti dia tak disoal, janji hujung bulan dapat gaji.
Lepas ni akan keluar statement - “diharapkan pengguna akan bantu buat aduan laluan yang rosak agar pihak berkuasa boleh baiki.”
Itu interim action, tak kan selamanya rakyat jadi QC kau. Berapa gaji kami.
Ni rider ni dah kena gini, guaner?
Harap pihak Coway Malaysia boleh ambil tindakan.
Pelupusan tilam dengan cara buang tepi jalan? Kami sudah serahkan pada SWCorp untuk tindakan lanjut juga.
Punca pencemaran air. Tak habis jual kuah laksa, die buang je 4-5 tong kat sungai sebelah 🥲
Tak silap kalau area Klang Valley, ke Putrajaya, pasar malam ada tangki air tempat kumpul sisa
Selepas 4 tahun sedap menunggang agama dan diangkat oleh para penyokong yg "Wala", akhirnya hari ni kena reman juga dia ni.
Semoga dipermudahkan urusan utk tersungkur bagi penunggang² agama sekalian.