Teleskop tercanggih dan paling berkuasa berjaya merakam imej Matahari paling jelas setakat ini!
Saintis berjaya merakam imej paling tajam permukaan Matahari yang boleh dilihat menggunakan teleskop suria paling berkuasa di dunia. Dengan menggunakan kamera berkelajuan tinggi yang dipasang pada Teleskop Suria Daniel K. Inouye milik Yayasan Sains Kebangsaan Amerika Syarikat di Hawaii, peralatan tersebut mampu merakam sehingga 740 frame sesaat, dengan 2,000 dedahan imej digabungkan untuk menghasilkan setiap imej saintifik yang diperincikan.
Rakaman yang dikeluarkan oleh Balai Cerap Suria Kebangsaan Amerika Syarikat (US National Solar Observatory) menunjukkan struktur terang yang padat berpusar di sekitar kawasan magnetik gelap di permukaan Matahari. Corak riak halus dan pusaran turut kelihatan di bahagian tepinya apabila aliran plasma bersuhu amat tinggi bergerak pada kelajuan yang berbeza.
#AWANInews
𝗨𝗠𝗡𝗢
1. Dahulu UMNO besar dengan wakil rakyat yang terbanyak ialah wakil rakyat UMNO.
2. UMNO mendominasi Barisan Nasional.
3. Sekarang UMNO menjadi parti kerdil dalam Pakatan Harapan yang terpaksa tunduk dan sokong DAP dan Keadilan.
4. Tiga suku dari ahli UMNO dan penyokong sudah tolak UMNO.
5. Yang tinggal hanya wakil rakyat dan penyokong yang mengikut arahan Zahid supaya undi DAP.
6. UMNO yang kononnya tidak akan terima Anwar dan DAP sekarang menjadi alat Anwar dan DAP.
7. Matlamat UMNO bukan lagi memperjuang bangsa, Negara dan agama.
8. Matlamat UMNO hanyalah untuk selamatkan Zahid Hamidi dari dihukum kerana rasuah, seleweng wang.
9. Itu sahajalah perjuangan UMNO sekarang.
10. Parti yang mengagal Malayan Union British, memerdekakan negara dan membangunnya sehingga dikenali sebagai Harimau Asia, sudah jadi pengikut buntut PKR/DAP dan alat Zahid Hamidi.
11. Syabas UMNO.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 September 2024
Perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan @DrZahidHamidi. Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan mesti undur segera. He may be President in name, but he has no moral authority left to decide on behalf of UMNO.