Sumud Flotilla is a humanitarian mission carrying food and medical supplies to Gaza in more than 50 boats. With no access to Gaza by air or land, the international sea remains the last hope. They will do everything they can to help everyone in Gaza who has been trapped without food and healthcare for far too long. There are no weapons on board and any attack against this mission must be firmly condemned. Let us pray for our brothers and sisters in Palestine and on board the Sumud Flotilla🇵🇸
Almighty. Help us remember that You are always with us and we're never alone. We can't face tomorrow with all its uncertainty on our own. We need You now more than ever. Keep our hearts firm. Aameen.
Duhai Allah
Lindungilah usiaku dari hal yg sia sia, jgn biarkam ibadahku trbuang prcuma oleh pikiran buruk yg mmbuat aku trluka
Mohon jgn sibukan aku dg apa yg mmbuatku gundah
Ya Rabb temani langkah perempuan yg mudah menangis ini, Bimbing aku utk sll di jln yg Engkau Ridhoi
“Kalau Allah sayang, kenapa Dia uji?”
Soalan ini bukan @muzzashark sahaja yang tanya.
Ramai yang fikir perkara yang sama.
Cuma tak semua berani luahkan.
Tapi sebelum kita bincang tentang ujian, kita kena tanya satu soalan yang penting:
Apa tujuan hidup kita sebenarnya?
12 Ramadan.
Jika ada dua nama Allah SWT yang kita perlu seru pada setiap kali kita ditimpa kesusahan, apakah nama itu?
Nabi Muhammad SAW ajarkan kepada kita untuk menyeru al-Hayy dan al-Qayyum.
Apakah rahsia di sebalik dua nama ini sehingga menjadi sebab terkuat untuk mendapat bantuan-Nya?
#30hari30doa
Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman dosa yang terlalu banyak, dan sungguh tiada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau. Maka, ampunilah aku dengan keampunan dari sisi-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Antara sudut yang jarang diambil perhatian atau mungkin orang tak pernah tahu pun ialah tentang siapa menantu dan cucu-cucu Nabi Muhammad ﷺ.
Sampai tahap orang hanya ingat cucu Nabi hanyalah Al-Hassan & al-Hussain sahaja. Padahal Nabi ada ramai cucu lain. Cucu perempuan pun ada! Nabi sangat manjakan.
Tambahan, Nabi sebenarnya ada bekas menantu. Ya, bekas menantu!
Ruqayyah anak perempuan Nabi awalnya adalah isteri kepada Uthbah bin Abu Lahab. Begitu juga dengan Ummu Kulthum, isteri kepada ‘Utaibah bin Abu Lahab.
Abu Lahab sebenarnya bukan hanya pakcik Nabi dari sebelah bapa bahkan juga besan Nabi sendiri! Bila turun ayat 1 surah al-Masad, “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!”, Abu Lahab suruh kedua anak lelakinya itu ceraikan kedua-dua anak perempuan Nabi Muhammad ﷺ.
Barulah munculnya watak Uthman bin Affan dalam hidup Nabi, bukan hanya sebagai seorang sahabat yang beriman dengan ajaran yang Nabi bawa bahkan sebagai seorang menantu yang menjaga dan membela anak-anak perempuan Nabi yang diceraikan kerana permusuhan.
Uthman berkahwin dengan Ruqayyah dulu hingga beliau meninggal kemudian Nabi kahwinkan pula dengan Ummu Kulthum.
Nabi sangat sayangkan Uthman sebagai menantu. Nabi sangat percayakan Uthman sampai-sampai Nabi pernah kata:
لو كن عشرًا لزوّجتهنّ عثمان
Seandainya aku ada 10 anak perempuan, aku akan kahwinkan semuanya dengan Uthman!
Sebab itu belajar sirah sangat penting. Supaya kita faham kebenaran dan tak termakan neratif-neratif buruk tentang ahli keluarga Nabi Muhammad ﷺ.
Yang lebih penting, dengan belajar sirah secara berstruktur, baru kita sedar yang kita sebenarnya tak kenal banyak lagi hal tentang Nabi Muhammad ﷺ dan keluarganya. Kita rasa macam dah cukup tahu tapi hakikatnya kita tak pernah tahu.