๐๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ
๐ญ๐ฑ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฃ๐ฅ๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก, ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐จ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
Pilihanraya Negeri Sembilan yang akan bermula dengan penamaan calon pada hari Sabtu ini (18 Julai 2026) ada beberapa perbezaan ketara dengan PRN Johor baru-baru ini.
Pertama, persaingan di antara PH dan BN adalah lebih sengit di Negeri Sembilan, termasuk faktor PH sebagai kerajaan negeri.
Kedua, keputusan PRN Negeri Sembilan berkemungkinan mempengaruhi isu-isu lain yang terheret sama dengan pertembungan politik semasa, termasuk konflik yang melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Mengambil kira isu-isu ini serta kekangan masa dan sumber, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ berpendapat adalah lebih strategik agar fokus ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ beralih kepada Pilihanraya Negeri Melaka yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarang.
Oleh itu, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ tidak akan menyertai PRN Negeri Sembilan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka.
Mesyuarat persediaan awal PRN Melaka akan diadakan pada hari Selasa, 21 Julai 2026 untuk mengenal pasti kerusi dan mula menyaring calon-calon, agar calon-calon dapat diumumkan lebih awal.
Satu majlis terima kasih kepada sukarelawan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ yang telah berkhidmat di PRN Johor dengan kehadiran calon-calon PRN Johor juga akan diadakan di Ibu Pejabat ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ pada hari Ahad, 19 Julai 2026 bermula jam 830 malam.
Majlis seterusnya akan bersambung dengan acara tontonan perlawanan akhir Piala Dunia ditempat yang sama, bermula jam 1230 tengah malam, Isnin 20 Julai 2026.
Ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, sukarelawan dan orang ramai yang berkelapangan dijemput hadir ke Ibu Pejabat BERSAMA di Puchong untuk dua majlis ini, yang menjadi sebahagian dari persediaan memasuki PRN Melaka kelak.
Untuk mengesahkan kehadiran dan tempat, anda digalakkan mendaftar di laman acara ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ di pautan https://t.co/nOUTHK88GI
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dan sukarelawan yang berkobar-kobar bersedia digerakkan ke PRN Negeri Sembilan, walaupun penat di PRN Johor masih belum reda.
Kami berharap tempoh masa yang lebih lama memberi ruang kepada ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ masuk ke PRN Melaka dengan lebih bersedia, di samping pertimbangan-pertimbangan lain yang telah diambil kira.
Selamat mengundi kepada pengundi-pengundi Negeri Sembilan, Insya-Allah kita akan berjumpa di Pilihanraya Umum ke-16 kelak.
๐ญ๐ฑ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak BERSAMA
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐ก๐๐ ๐ก๐๐ญ๐ ๐ ๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐
๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ญ๐๐
HQ @partibersamamy dijangka siap minggu ini.
Esok, Insya-Allah saya umumkan program pertama di sini.
Terima kasih kepada semua ahli BERSAMA dan rakyat yang menyumbang.
RM10 RM20 anda membantu parti baru ini bertapak.
Satu benda yang aku rasa penat tetapi berbaloi sepanjang kempen ni: perkenalkan IRL sebagai platform kempen.
Jujur cakap, mula-mula kami memang risau. Takut takda orang tengok. Takut buang masa.
Tapi kenapa IRL?
Sebab dengan IRL, kami terpaksa jujur, tak berlapik, tak boleh main potong-potong ayat. Orang nampak kita yang sebenar, bukan versi yang dah polished untuk poster. Itu yang kami nak bina.
Kepercayaan yang datang dari authenticity, bukan gimik.๏ฟผ
Ramai tanya, lepas kempen ni continue tak?
Insyallah, kami akan continue.
Especially bila bukan musim PRN. Sebab perjuangan BERSAMA ni bukan bermusim. Kami nak dekat dengan rakyat bukan sebab nak undi, tapi sebab itu tanggungjawab kami sepanjang masa.
BERSAMA, kita teruskan.
SHOUTOUT to the team. Ameer, Aiman and Faez sebab sama2 gila nak try benda baru.๏ฟผ
๐จ BREAKING: An American hip-hop rapper has released a diss track titled โWHISTLE MAFIAโ protesting alleged FIFA and referee bias toward Argentina and Messi. ๐ณ๐ต๐ถ
No importa que borren el video, habrรก miles de cuentas subiรฉndolo de nuevo y esta serรก una de ellas. Jamรกs olvidaremos el atraco a Cabo Verde, Egipto y Suizaโฆโ๐ป
Tony Pua is entitled to his opinion, but I fear he is also constructing his own alternate reality.
Rather than ask why so many Johoreans rejected his PH colleagues in favour of BN, he chooses to blame @partibersamamy voters for daring to seek an alternative to the same stale slate of dinosaur parties.
On what basis does Tony assume that all those who voted for BERSAMA would have voted for PH - they might have voted for other parties or stayed at home altogether.
Votes must be earned. They do not belong to any party or coalition by right. This lack of introspection and humility is precisely one of the reasons why voters are turning away from PH.
BERSAMA will continue working to offer Malaysians a more constructive and credible alternative to all the current parties and coalitions.
Keputusan Pilihan Raya Negeri Johor 2026 bukanlah seperti yang diharapkan oleh @partibersamamy .
Namun begitu, kami amat berterima kasih kepada semua pengundi yang telah memberikan sokongan dan memilih kami.
Dari lubuk hati saya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua calon dan sukarelawan yang telah bekerja keras serta berkorban tanpa mengenal penat sepanjang tempoh kempen.
Walaupun kami tidak berjaya memenangi sebarang kerusi kali ini, kita tetap boleh berbangga dengan keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh sebuah parti yang masih muda.
BERSAMA tidak akan melupakan segala pengorbanan yang telah anda semua lakukan demi negara dan parti.
Perjalanan kita masih panjang.
Kekecewaan seperti ini adalah sebahagian daripada perjuangan.
Namun, dengan ketabahan dan disiplin, saya yakin BERSAMA mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada politik Malaysia serta merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat.
Janganlah kita berputus asa. Sebaliknya, gandakan usaha untuk menghadapi medan pilihan raya yang akan datang, termasuk di Negeri Sembilan.
Marilah kita terus bekerja supaya lebih ramai rakyat Malaysia mengenali perjuangan kita, memahami apa yang ingin kita capai demi negara, dan bersama-sama menyertai gerakan ini.
Kita mungkin mengalami satu kemunduran sementara di Johor.
Namun perjuangan kita untuk membina sebuah Malaysia yang mengangkat martabat dan kesejahteraan seluruh rakyatnya baru sahaja bermula.
Parti Bersama has been accused by Tony Pua of being a โspoilerโ that contributed to BNโs victory. A few points should be made, in addition to those that have already been made by @Thevesh
1. Far-fetched to assume BERSAMA votes are transferrable to PH.
While BERSAMA's votes in Bukit Batu and Perling indeed larger than the winning majority, Tonyโs argument makes a much bigger assumption: that every vote for BERSAMA would have gone to PH had BERSAMA not contested.
Some BERSAMA voters were fence-sitters. Some voted for BERSAMA precisely because they were unhappy with PH. Without BERSAMA, they might have stayed home, or even voted for BN. One could just as easily argue that BNโs majority in Bukit Batu and Perling might have been larger without BERSAMA. Neither claim can be proven simply by adding and subtracting votes.
2. Johor Jaya contradicts the spoiler narrative.
Johor Jaya was a PH-held seat that fell to BN. Yet BERSAMA received only 2,051 votes, far below BNโs winning majority. Applying Tonyโs own logic, BERSAMA should have been a spoiler there, but we clearly did not determine the outcome there.
3. BERSAMA did not change the result in any UMNO-won seat.
In all the seats contested by BERSAMA, PH and UMNO, where UMNO emerged victory, PH would still have lost even if 100% of BERSAMAโs votes had been transferred to PH.
4. Votes belong to voters, not politicians/political party.
In a democracy, no party is entitled to anyoneโs vote. A vote for BERSAMA is not a PH vote that has been โtaken awayโ. They cannot assume that every voter who rejects them naturally belongs to their camp. Tonyโs argument therefore appears to cherry-pick Bukit Batu and Perling to support a convenient narrative, while ignoring the other 13 seats contested by BERSAMA.
Many of us have long respected Tony Pua for his work on 1MDB. That is why this attack is particularly disappointing.
Instead of pointing fingers at a party that is barely two month old, it's best that PH/DAP leaders start reflecting on their own performance.
Terima kasih kepada setiap rakyat Johor yang memilih BERSAMA.
Setiap undi yang diberikan kepada sebuah parti yang baru berusia 50 hari adalah satu amanah yang besar.
Kami tidak mengambilnya sebagai angka di atas kertas. Kami menerimanya sebagai tanda bahawa di luar sana ada rakyat Malaysia yang percaya kepada agenda yang dibawa BERSAMA dan nilai-nilai yang kami perjuangkan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli dan sukarelawan BERSAMA yang datang dari seluruh negara untuk membantu kempen ini.
Ada yang memohon cuti daripada kerja. Ada yang memandu berjam-jam dari luar Johor. Ada yang menggunakan wang sendiri untuk untuk minyak, tol, makan dan tempat tinggal.
Ramai yang tinggal hampir dua minggu di Johor semata-mata mahu membantu sebuah parti yang belum pun mempunyai wakil rakyat.
Mereka menjadi PACA dari awal pagi hingga selesai pengiraan undi.
Mereka memasang bendera di bawah panas dan hujan.
Mereka mengangkat kerusi, mengedarkan risalah, dan melakukan seribu satu kerja yang kebanyakan orang tidak pernah nampak.
Tiada elaun yang lumayan. Tiada jaminan kemenangan.
Yang ada hanyalah keyakinan bahawa perjuangan ini berbaloi. Bahawa BERSAMA mampu menjadi wadah untuk membina politik yang lebih berprinsip dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Perjuangan seperti ini tidak akan pernah dibina oleh seorang individu.
Ia dibina oleh ribuan rakyat biasa yang sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang sendiri kerana percaya perubahan tidak akan datang jika semua hanya menunggu orang lain melakukannya.
Kepada semua yang mengundi BERSAMA, kepada semua yang berkempen, kepada semua yang menyumbang, dan kepada semua yang mendoakan kami, saya ucapkan terima kasih.
2,737, Larkin.
Nombor ni adalah nombor keramat. Ini adalah jumlah undian daripada setiap insan yang meletakkan kepercayaan dan inginkan perubahan. Jikalau boleh, saya teringin sangat untuk berjumpa satu demi satu daripada 2,737 pengundi saya, untuk berterima kasih sebab
๐๐๐ฅ๐ช๐ฉ๐ช๐จ๐๐ฃ ๐๐ฃ๐ ๐๐ช๐ ๐๐ฃ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐ข๐๐ฉ. ๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐๐ง๐ข๐ช๐ก๐๐๐ฃ.
Kami sedar perjalanan ini tidak akan mudah. Kami tahu membina sebuah gerakan politik yang benar-benar mengembalikan kuasa kepada rakyat tidak akan berlaku dalam masa 50 hari.
KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026
Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini.
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding.
Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media.
Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi.
Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%.
Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi.
Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum.
Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini.
Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda.
Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026.
Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu.
Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini.
Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti.
Rafizi Ramli
11 Julai 2026
Americans are so funny
They assassinated our leader and his family, and when Iranians chanted โDeath to Americaโ and โKill Trump,โ they said Look! theyโre terrorists
F***ing hypocrites ๐
๐บ๐ธJD Vance 5:00 PM: "Iran has been at war with us for 47 years."
๐บ๐ธTrump 6:00 PM: "Iran has been at war with us for 47 years."
๐บ๐ธCaroline: "Bro, This is the first time I have heard of a '47 year warโ with Iran ๐ฎ๐ท
And How many Americans has Iran killed on US soil? Its Zero ๐๐ฅ
Caroline has single handedly exposed Trumpโs propaganda. What a brave lady ๐
Ekonomi Johor berkembang 8.0% pada 2025, kdar tertinggi dalam negara.
Tapi adakah poket rakyat Johor turut semakin tebal?
Gaji median naik sekitar 4.7%, tetapi inflasi Johor 2.3%, antara tertinggi dalam negara. Selepas ditolak kenaikan harga barang, gaji sebenar rakyat hanya naik sekitar 2.4%.
Sebab itu ramai masih rasa terhimpit: makanan makin mahal, sewa makin tinggi, komitmen makin berat.
GDP tinggi memang penting. Tapi kalau tidak diterjemahkan kepada gaji lebih baik, kos hidup lebih munasabah dan pekerjaan lebih berkualiti, ia hanya tinggal angka atas kertas.
Johor perlukan ekonomi yang benar-benar masuk ke poket rakyat, dan juga pembangkang yang lebih berkaliber.
#Johor #JohorBahru #EkonomiRakyat #KosSaraHidup #Gaji #PartiBERSAMA #JomBersamaFahamMalaysia
Saya bertukar kerjaya sekejap hari ini menjadi promoter Powerbank Kancil edisi khas pertama.
Batch pertama akan mula dijual malam ini pada Ceramah Finale BERSAMA di Paragon Market Place, Johor Bahru, bermula jam 8.00 malam.
Siapa cepat, dia dapat menjadi salah satu pemilik pertama Powerbank Kancil BERSAMA.
Jadi jangan lupa malam ini kita jumpa di Ceramah Finale BERSAMA:
๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ ๐ญ๐ฌ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐๐๐บ๐ฎ๐ฎ๐)
๐ ๐ด.๐ฌ๐ฌ ๐บ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ
๐ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ด๐ผ๐ป ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ฒ๐ ๐ฃ๐น๐ฎ๐ฐ๐ฒ (๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ง๐ฎ๐บ๐ฝ๐ผ๐ถ)
๐ ๐๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ ๐ธ๐ฒ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ ๐๐ถ๐ป๐ถ:
https://t.co/1RZHNOXipD
Kita jumpa malam ini.