Kita ada situasi aneh. Wakil rakyat PKR dinafikan peruntukan - tapi tak dipecat sebagai ahli. Wakil rakyat BN yang serang PM dan PH dalam PRN, peruntukan ok. Sebab itu peruntukan Ahli Parlimen perlu dipertahan untuk semua wakil rakyat tanpa kira parti dalam Akta, bukan budibicara PM ataupun Pejabat PM
Politik dendam PKR dan/atau @anwaribrahim ini akan mempercepatkan lagi proses kematian PKR/PH.
Untuk penduduk Ampang & MP AMPANG YB Rodziah Ismail saya bersimpati dengan situasi ini.
Namun inilah realiti & hakikat sebenar setelah PKR/PH memegang tampuk kuasa. Sejauh mana DAP & AMANAH akan menegur Kezaliman Anwar & PKR ini??? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Sebab itu dalam 2 sesi live saya sebelum ini, secara terang saya mengatakan SUDAH SAMPAI MASANYA rakyat menerima hakikat bahawa PH sudah tidak relevan lagi DAN BERSAMA akan menggantikan tempat mereka menggalas dinamik pentadbiran demokrasi negara.
Beriya dedahkan dokumen RCI Tabung Haji lepas tu senyap.. Sudahnya yang cerita A-Z adalah Rafizi Ramli.. Menteri PH dalam kerajaan nampak sangat tak tahu apa2.. Ceplos takyah cerita la, memang bodoh..
Laporan RCI Tabung Haji, di muka surat 68 hingga 72 telah secara jelas menyebut mengenai keraguan status bayaran zakat bagi pihak pendeposit terutamanya antara 2016 ke 2019 bila kontrak syariah bertukar.
Ada yang menyampah sebab kata saya tak sudah-sudah buat isu.
Ikut suka awaklah. Tak penting untuk awak, penting untuk ramai lagi orang lain
#bersama #tabunghaji #rafiziramli
I agree, identity politics is why PH lost.
BN has a clear identity - power.
PAS has a clear identity - religion.
What is your identity?
Reforms? You said don't rock the boat.
Anti corruption? Farhash, Albert Tei, Azam Baki, Musa Aman, and every shady deal in Selangor and the military.
Every reason you once told us not to vote BN or PAS, you undid yourself.
Zahid DNAA, selfies with UMNO, heck even scolding us to be sensitive about Najib. You told us BN is not that bad.
You tell the non Malays PAS will destroy their lives, and you tell the Malays that when PAS was in government, they allowed Magnum 4D draws. Which is which?
What is your identity, PH? What do you stand for?
The voters are not stupid. If you tell them there is no difference in voting you or BN, or PAS, then they will believe you.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
[5] He missed every other opportunity to clean up the system for good. He could have extended the tenure of Tengku Maimun, one of the most respected jurists in the land; he did not. He could have removed the controversial Azam Baki and installed a credible figure to lead the fight against corruption; he did not. He could have purged GLCs and statutory bodies of political appointees; he did not. He could have pushed through term limits for the PM and separated the powers of the AG; he did not. He could have further discredited UMNO by releasing the Tabung Haji RCI report years ago and charging all those involved in wrongdoing; he did not. He could have repealed draconian legislation; he did not. He could have moved towards a needs-based system; he did not. Instead, he pursued a political agenda that betrayed everything he had promised.
[10] Whether or not Anwar goes, the ground has already shifted. Malay voters have rejected his leadership and remain suspicious of DAP โ nothing will change that for now. That leaves the RafiziโNik Nazmi ticket as the only credible alternative standing, untainted by Anwarโs compromises and free of DAPโs baggage.
[11] The most important thing now is to ensure a ๐ฌ๐ญ๐ซ๐จ๐ง๐ ๐จ๐ฉ๐ฉ๐จ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง post-GE16 and deny UMNO-PAS a two-thirds majority. ๐๐ข๐ญ๐ก ๐๐๐ ๐๐ข๐ฌ๐๐ซ๐๐๐ข๐ญ๐๐, ๐ซ๐๐๐จ๐ซ๐ฆ-๐ฆ๐ข๐ง๐๐๐ ๐ฏ๐จ๐ญ๐๐ซ๐ฌ ๐ฆ๐ข๐ ๐ก๐ญ ๐ก๐๐ฏ๐ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ญ๐ฅ๐ ๐๐ก๐จ๐ข๐๐ ๐๐ฎ๐ญ ๐ญ๐จ ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ง ๐ญ๐จ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ โ the vehicle for the RafiziโNik Nazmi ticket โ to keep the hope of reformasi alive in the coming UMNO-PAS era.
Teruskan membaca di:
https://t.co/g98Qouy89O
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฏ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐:
๐ฃ๐๐ก๐๐ ๐จ๐๐ก ๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐ง๐๐ง๐จ๐ฆ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก ๐ญ๐๐๐๐ง ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฃ๐ข๐ฆ๐๐ง
Dalam podcast YBM Episod 57 Jumaat lalu, saya telah mengulas dengan panjang lebar keseluruhan isi kandungan laporan RCI Tabung Haji yang diwartakan kepada orang ramai minggu lepas.
Daripada banyak perkara yang disentuh di dalam laporan RCI itu, berdasarkan reaksi orang ramai terutamanya yang beragama Islam, salah satu perkara yang menimbulkan kemarahan ialah penemuan Suruhanjaya Diraja mengenai status bayaran zakat bagi pihak pendeposit.
Hal ini dinyatakan di perenggan 3.7.13 (muka surat 68) hingga perenggan 3.7.24 (muka surat 72), yang saya boleh ringkaskan seperti berikut:
i.Pada tahun 1979, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (kini dikenali sebagai Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa kontrak syariah di antara LTH dan pendeposit adalah Mudarabah.
ii.Oleh itu, LTH perlu membayar zakat bagi pihak pendeposit daripada aktiviti-aktiviti pelaburan dan perniagaan sebelum agihan keuntungan (hibah) dibuat.
iii.Sepanjang operasinya terutamanya di bawah pentadbiran Datoโ Seri Najib Razak, bermula 2009, LTH telah mula menggunakan keuntungan pelaburan untuk membiayai sebahagian subsidi haji.
iv.Suruhanjaya Diraja berpandangan ini bertentangan dengan konsep Mudarabah iaitu pengusaha (Lembaga Tabung Haji) tidak boleh dengan bebas membelanjakan keuntungan pelaburan untuk memberi sumbangan (dalam kes ini sebagai subsidi haji) dengan sewenang-wenangnya, tanpa persetujuan rakan kongsi (pendeposit).
v.Pada tahun 2016, akad deposit (kontrak syariah) telah ditukar dari Mudarabah kepada Wadiโah Yad Dhamanah, iaitu deposit dikira sebagai simpanan. LTH membayar keuntungan (hibah) kepada pendeposit untuk mengelakkan pembayaran riba.
vi.Suruhanjaya Diraja mendapati antara faktor perubahan tersebut adalah kerana LTH telah mula menggunakan sebahagian keuntungan pelaburan untuk membiayai subsidi di bawah akad Mudarabah.
vii.Kesan daripada pertukaran akad Wadiโah Yad Dhamanah telah mengubah hubungan yang boleh menyebabkan pendeposit terdedah kepada tanggungan zakat ke atas deposit yang diserahkan kepada LTH.
viii.Perkara ini dibangkitkan oleh Bank Negara Malaysia dalam suratnya bertarikh 26 Jun 2019 kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad. BNM menyatakan bahawa penzahiran berkenaan zakat kepada pendeposit mungkin tidak sama sebagai kontrak di bawah Wadiโah Yad Dhamanah.
ix.Di bawah akad Wadiโah Yad Dhamanah, LTH telah menjadi peminjam kepada deposit yang disimpan. Justeru, bayaran zakat oleh LTH pada masa itu hanya mewakili perniagaan LTH sebagai sebuah institusi, manakala pendeposit sepatutnya perlu membayar zakat simpanan iaitu 2.5% dari jumlah simpanan.
x.LTH menukar kontrak syariah dari Wadiโah Yad Dhamanah kepada Wakalah hanya dalam Disember 2019.
xi.Suruhanjaya Diraja berpendapat semasa LTH membayar zakat di bawah akad Wadiโah Yad Dhamanah iaitu dari 2016 hingga 2019, pembayaran zakat oleh LTH sebenarnya zakat yang kena dibayar oleh LTH, dan bukan zakat yang perlu dibayar oleh pendeposit.
xii.Ia juga bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995, yang tidak membenarkan LTH meminjam dan tidak tertakluk kepada pembayaran zakat.
Maklumat lanjut mengenai persoalan status bayaran zakat bagi pihak pendeposit LTH boleh dibaca di dalam laporan RCI tersebut.
Oleh itu, saya menyeru tindakan-tindakan berikut dari pihak yang berkenaan:
1)Perdana Menteri dan Menteri Agama perlu menjelaskan apakah tindakan kerajaan untuk menangani perkara ini yang menimbulkan keresahan di kalangan pendeposit Tabung Haji, terutamanya bagi tempoh 2016 hingga 2019. Adakah Kerajaan Madani, setelah mengambil alih, telah melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tempoh 2016 hingga 2019 itu?
2)Institusi ilmuan agama, termasuk Muzakarah MKI dan mufti-mufti perlu memberi panduan kepada pendeposit dan nasihat kepada kerajaan/LTH untuk merungkai perkara ini dengan segera; dan
3)LTH perlu mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan apa yang telah dibuat untuk melepaskan pendeposit-pendeposit dari tanggungjawab Islam membayar zakat, tatkala mereka ingat zakat-zakat itu telah dibayar oleh LTH.
๐ฏ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
You abandoned your base for 3.5 years. We pleaded, begged, screamed.
You said you didn't want to rock the boat, this was a coalition government.
From Azam Baki and Farhash, to ostracizing Rafizi and destroying PKR and PH from within. Meanwhile, UMNO said screw you and used you to clean their image.
95% of the Chinese and Indians voted for you and you spat on them.
25% of Malays in urban areas voted for you but you were more interested in Kelantan and Kedah.
The wave that began in 2007 will end in 2027. Yes, you became Prime Minister but the cost was the entire movement.
Rest in peace, Pakatan.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฏ๐ญ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐:
๐ญ๐ฌ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐จ, ๐ฑ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ข
Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi.
Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015.
Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Datoโ Seri Najib Razak dahulu.
Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji.
Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad.
Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Datoโ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun.
Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji.
Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok:
i.Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit;
ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu โbail-outโ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun);
iii.Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain);
iv.Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan
v.โBail outโ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen โbail outโ itu pada tarikh matang.
Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah:
a)Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan;
b)Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan
c)Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji.
Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras.
Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu.
Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji.
Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini.
Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Datoโ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji.
Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam.
๐ฏ๐ญ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
The RCI into Tabung Haji found that staff bonuses exceeding two monthsโ pay between 2014 and 2017 required the finance ministerโs approval.
The finding raised questions over the roles of then finance minister Najib Razak, as well as former second finance ministers Johari Ghani and Husni Hanadzlah.
๐งต1
Apa yang berlaku di Malaysia, berkenaan cabaran demokrasi memuaskan hati rakyat, adalah sebahagian dari trend dunia.
Di mana-mana, pencabar kerajaan jadi popular semasa mereka pembangkang, terutama parti-parti yang memainkan sentimen - sentimen anti-pendatang, sentimen perkauman, sentimen agama, sentimen nasionalis.
Bila mereka ganti kerajaan, rakyat terus tidak puas hati kerana masalah tidak selesai, expectation rakyat tidak dipenuhi.
Kitaran ini berterusan.
Dalam dunia ke arah AI, semua cepat dihujung jari. Semua mesti cepat seperti kehidupan rakyat, jadi semua yang kerajaan buat, kalau tidak berhati-hati dirasakan lambat.
Sebab itu business as usual tidak lagi sesuai.
Cabaran utama ialah hilangnya social and economic mobility - jurang kaya miskin makin melebar.
Parti-parti politik tidak berani mencabar aturan ekonomi yang menentukan soal gaji, jaringan keselamatan sosial, who provides and pays for which public goods.
Selagi ini tidak dirungkai, kitaran ini akan berterusan dan demokrasi jadi tunggangan, bukan dipercayai boleh selesai masalah masyarakat.
Kita sambung lagi bincang tentang pelaburan KWAP dalam eFishery. Saya berpengalaman sebagai auditor. Itu kerja saya sejak muda.
Setiap skandal kerajaan yang saya bongkar sebelum ini semuanya bermula daripada tiga penyata yang sama.
1 - Income statement. Penyata untung rugi. Berapa pendapatan? Berapa perbelanjaan? Berapa untung?
2 - Balance sheet atau kunci kira-kira. Berapa aset, berapa hutang, berapa duit di bank, berapa masuk untuk saham?
Kedua-dua ni bersaling kait. Untung rugi daripada income statement akan masuk ke bahagian equity dalam balance sheet. Semuanya sepatutnya balance out. Itulah keindahan perakaunan yang bertahan selama ini iaitu debit dan kredit. Kalau ada satu kaki di debit, mesti ada satu kaki di kredit.
Tetapi orang selalu lupa penyata yang ketiga:
3 - Cash flow statement
Kalau syarikat itu untung, dan untung dia nampak cantik, kemudian ia diletakkan dalam balance sheet. Kita perlu pergi check satu perkara sahaja. Duit itu betul-betul masuk ke dalam tidak? Sepadan atau tidak dengan untung yang dilaporkan?
Income statement boleh cakap apa dia nak cakap. Balance sheet boleh cakap apa dia nak cakap.
Tapi cash flow?
Bila invois itu direka, duit itu memang tak pernah ada.
Ini bukan forensik yang rumit. Ini penyata ketiga. Penyata yang mana-mana auditor sepatutnya membuka terlebih dahulu.
Jadi saya cuma nak tahu satu perkara.
Macam mana due diligence dibuat?
Macam mana auditor mengesahkan angka-angka ini?
Dan apa sebenarnya yang mereka jumpa sebelum pelaburan ini diluluskan?
Tonton kupasan lanjut isu pelaburan KWAP dalam eFishery di Podcast YBM #56 di saluran YouTube saya:
https://t.co/G4qBFITyfM
Malaysians are very tolerant towards corruption and poor integrity.
While the same Malaysians can become crazy in many petty racial/ religious/ polical issues.
Menjawab soal @WongChen_MY dan @cheanchung tak dapat akses peruntukan ahli Parlimen, PMX Anwar Ibrahim menyatakan peruntukan ini adalah untuk rakyat, bukan untuk mereka.
Ini respon saya. Jawapan PMX tak melambangkan komitmen kepada reformasi dan keadilan.
RM167 juta wang pencen rakyat lesap dalam kes pelaburan KWAP ke dalam syarikat startup Indonesia, eFishery. Pengasasnya pun sudah dipenjara.
Bukan cerita semalam. Bukan minggu lepas.
Dah lebih setahun.
Satu dunia dah lapor. Pelabur antarabangsa dah bincang. Semua orang tahu.
Tapi di Dewan Rakyat?
Sunyi.
Saya tertanya-tanya. Macam mana perkara sebesar ini boleh tak dibangkitkan?
Pembangkang ada lebih 70 orang Ahli Parlimen. Campur BN, lebih 100 orang.
Setahun.
Seorang pun tak bangun tanya?
Kalau bukan Wong Chen yang bangkitkan pertanyaan, entah sampai bila RM167 juta duit pencen rakyat ini terus berlalu tanpa sesiapa yang meminta penjelasan.
Sebab itu saya selalu kata, kita terlalu taksub pada angka.
Kita fikir lagi ramai Ahli Parlimen, lagi kuat semak imbang.
Hakikatnya belum tentu.
Yang menentukan bukan jumlah kerusi.
Yang menentukan siapa yang buat kerja.
Sebab seorang Ahli Parlimen yang rajin membaca laporan, menyemak angka, dan berani bertanya soalan yang betul boleh memberi lebih banyak tekanan daripada seratus orang yang hanya memenuhi kerusi.
Itulah bezanya.
Sebab itu bila orang tanya kenapa saya masih berkeras hendak bina BERSAMA, walaupun orang kata parti kecil, tak ramai wakil rakyat, tak mungkin menang - jawapan saya mudah:
Kalau ada empat atau lima orang daripada kami yang betul-betul menjalankan amanah mereka, boleh menggegarkan Dewan Rakyat.
Lebih daripada seratus orang yang memilih untuk diam.
Akhirnya politik bukan soal siapa paling ramai.
Politik soal siapa yang sanggup buat kerja.
Ikuti kupasan penuh saya berkenaan pelaburan KWAP dan eFishery di Podcast YBM Episod 56:
https://t.co/yq5UVtVeYp