Kalau minat sesiapa kat social media ni, check la dulu profile dia.
Kalau suka membawang, mengumpat, kutuk orang sana sini, tak payah la dm orang gitu.
Nanti habis dia canang kat semua. Orang gini bukan takat tak patut dijadikan pasangan, nak jadikan kawan pun kena fikir 100x.
Kesian tengok orang yang dm cara baik untuk berkenalan kena exposed.
Tu ikhtiar dia nak cari jodoh kot. Kau tak berminat dah la. Tak payah malukan dia.
Poyo betul.
Hari yang ke-547.
Dalam bulatan itu bukan burung.
Tapi tubuh manusia yang melayang selepas dibedil Z.
Lebih tinggi daripada kepulan-kepulan asap.
Dengan suara-suara jeritan yang tak sempat didengari.
Dan tubuh-tubuh ini takkan dapat dikenal pasti lagi.
Tiada nama. Tiada wajah.
Hilang dalam puluhan ribu lagi angka kematian.
Ingatlah bahawa mereka ini bukan statistik.
Mereka ialah manusia yang punya cerita dan derita.
Makin lama, makin jijik drama Melayu yang beragama Islam ni. Keluar pula di bulan puasa. Langsung tiada hormat.
Cerita pasal ustazah berperangai jelek.
Ustaz kahwin empat.
Bapak makan anak.
Banyak adegan soft porn.
Semuanya membawa fitnah pada agama.
Guna ticket lakonan, semua jadi halal.
Nak bawa masyarakat ke mana dengan cerita begini? Drama dan hiburan begini semuanya menjahanamkan umat.