Misi GSF.
2 sukarelawan Malaysia, Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana) dan Razali Awang tidak dapat dihubungi sejak Israel memintas dan melakukan provokasi ke atas kapal flotilla pagi tadi.
Kadang-kadang kita tengok hidup orang lain, terus rasa down.
Member dah ada kereta.
Dah kahwin.
Dah kerja elok.
Kita?
Gaji RM1,700. Saving kosong. Hidup cukup makan.
This is my advise for you:
Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM
Sosok Pak Lah pasti meninggalkan bekas yang mendalam kepada rakyat dan negara.
Berehatlah, Pak Lah. Malaysia ternyata terhutang budi atas jasa sang negarawan yang membumi.
Nadeera mempersembahkan tribute Medley 13 Hits Biduanita Negara Siti Nurhaliza 🫶 Sumpah sedap nak mampus dia deliver semuaaaaa lagu-lagu ni back to back!! gila!! Koleksi Gemilang tapi versi lagu2 Siti Nurhaliza 🔥 #Magisiti2025
Cuba amalkan selepas solat Subuh & Asar sebanyak 7 kali setiap hari. Insha Allah, semoga dipermudahkan segala urusan dan dibuka pintu-pintu penyelesaian utk segala jenis masalah. 🤲🏻
satu je nak pesan. jangan pernah sesekali percaya sesiapa kat tempat kerja. banyak yang talam dua muka, gunting dalam lipatan. draw the line at work. work is work, mingle around but never get into personal. do not get attached.
cukup masa, balik.