37/50
Buku yang menceritakan tentang telatah kekeluargaan. Setiap bab akan diselitkan nota kaki buat ibu bapa dalam mendidik anak. Sebagai anak, boleh relate betapa berat tugas dan tanggungjawab ibu bapa.
Muhasabah diri, muhasabah situasi & siap sedia untuk menjadi lebih baik.
36/50
Buku ni mengajar kita untuk sentiasa bersangka baik kepada Allah.
'Benarlah apabila seorang mukmin bersangka baik kepada Tuhannya, pasti hatinya sentiasa tenang dan jiwanya sentiasa aman.
Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa.'
The Global Sumud Flotilla sails with only one purpose to deliver food, baby formula, and lifesaving medical aid for ๐ต๐ธ.
No weapons. No aggression. Nothing but hope.
And yet, this peaceful mission is being attacked. The world must see the cruelty & inhumanity of ๐ฎ๐ฑ.
Saya menerima maklumat daripada pasukan aktivis dan sukarelawan Malaysia selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi Global Sumud Flotilla.
Saya menggesa agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera! Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza. Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan.
Dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah telah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersama Israel.
Flotila tersebut bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia. Ia membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terus dipaksa hidup melarat di bawah sekatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat. Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli.
Selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada terus mendesak dan menuntut agar kezaliman dan perampasan yang telah berlarutan sejak sekian lama dihentikan.
Foto: Reuters
35/50
Bagi aku, buku ni agak berat dihadam. Tentang Kota Romantika yang dibina untuk rasa girang dan gembira semata- tetapi hakikatnya penuh kepalsuan. Qis antara penduduk yang mula berasa kewujudan nilai kemanusiaan selain daripada kegembiraan, mula bangkit mencari makna hidup.
34/50
Buku ni karya terjemahan. Ia mengisahkan tentang kisah hidup Takako yang menetap sementara di kedai buku pakciknya di Jimbocho- selepas murung putus cinta. Pelbagai peristiwa dihadapi Takako yang akhirnya membangkitkan semangatnya untuk terus hidup dan menghargai buku.
33/50
Kesunyian merupakan satu fasa dalam mendewasa, sebahagian daripada hidup. Bila baca buku ni, boleh tahu pov lain tentang sunyi dan bersendiri. Apa yang penting, cara kita mengisi masa bersendiri/dilanda perasaan sunyi. Sayangi diri dan dapatkan bantuan sekiranya perlu.
32/50
Novel ni mengisahkan tentang Tasnim Amani yang membawa diri ke Jepun selepas kematian ibunya. Di sana dia menumpang di kedai cenderahati Tn Takanabe, mempelajari tentang seni kintsugi- baik pulih tembikar. Pentingnya rasa kebergantungan pada Tuhan untuk tenang dalam hidup.
31/50
Bagi aku novel ni sad ending. Tentang kisah hidup Kirana yang tetibe jadi tertuduh untuk suatu kes jenayah. Wrong timing, wrong place i guess. Nak dijadikan cerita, keluarga pula jenis tak membantu. Ada plot twist, di mana persahabatan menjadi satu pengkhianatan. So sad~~
30/50
Buku ni mengisahkan tentang catatan kehidupan penulis selama setengah tahun semenjak kematian isterinya yang tercinta. Ketabahan penulis dalam membesarkan tiga orang anak lelaki sangat wow. Hargailah insan tersayang sementara masa masih ada. Mati tidak mengenal usia.
29/50
Final siri komik Misi. Buku kalini macam novel bergambar. Kisah Zahid yang diuji dengan penyakit terminal. Tentang kisah persahabatan mereka yang sangat awesome. Banyak part yang mengundang rasa sebak. Sesungguhnya kematian adalah sebaik2 peringatan. Hidup mesti ber-Misi!
28/50
Buku ni kompilasi catatan diari penulis, seorang pemandu kereta mayat. Ada kritikan sinis yang diselitkan tentang agama/sosial/politik. Menarik untuk dibaca. Cuma bahasa tu kadang rasa macam tak sesuai. Kisah yang diceritakan mungkin ada unsur israeliyat, kena hati2 sikit.
27/50
Buku ni sebenarnya sequel Kanvas. Tapi aku terus baca je buku ni as stand alone. Ok juga. Lebih kurang macam cerita Korea tajuk W: Two worlds apart. Cerita dalam cerita. Tentang lukisan bertukar menjadi realiti. Sampai melibatkan seseorang terbunuh. Tak cliche.
we don't always read books to seek new information, or even to escape from harsh reality.
there are times when we read simply to feel that we are not alone.
26/50
Random sikit genre buku kalini. Ada kritikan halus terhadap individu lelaki/wanita dan masyarakat amnya. Ada part yang aku setuju, ada part yang aku tak berapa berkenan juga. Menarik topik2 yang diketengahkan- dari zaman bujang sampai keibubapaan. Resepi ringkas pun ado.