MP Tanjong Karang terima peruntukan lebih RM200,000 selepas sokong PM
Antara program dilaksanakan termasuklah Jualan Madani selain beberapa peruntukan kepada institusi masjid, surau dan sekolah.
#SinarHarian#peruntukan
https://t.co/oH6hAFluyb
Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dihadiri ahli-ahli Majlis termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Dato’ Sri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
MTN adalah majlis tertinggi terkait dengan penetapan hala tuju dan dasar strategik sektor tenaga negara.
Sejajar dengan gagasan Ekonomi MADANI, pengurusan peralihan tenaga yang berkesan memerlukan pendekatan keseluruhan negara (whole-of-nation) bagi memastikan kesepaduan perancangan dan pelaksanaan dasar dalam mengimbangi trilema tenaga iaitu jaminan bekalan tenaga, akses kepada bekalan tenaga dan kelestarian alam sekitar.
Saya tegaskan kepada ahli MTN kepentingan Kerajaan memberi fokus kepada agenda peralihan tenaga yang telah direncanakan melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Ini termasuklah mempercepatkan penyediaan rangka kawal selia Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), mekanisme Akses Pihak Ketiga bagi sektor bekalan elektrik dan mekanisme pasaran tenaga boleh baharu (RE Exchange).
Untuk itu, mesyuarat telah meneliti kemajuan projek dan inisiatif rintis perdana (Flagship) NETR.
Sebanyak 10 projek flagship telah bermula dan dipantau secara rasmi serta melibatkan pelaburan yang sedang dimuktamadkan berjumlah RM60.7 bilion.
Mesyuarat juga telah membincangkan mengenai jaminan bekalan gas dalam konteks peralihan tenaga dan keterjaminan bekalan elektrik di semenanjung.
#MalaysiaMADANI
“Ajaran The Ahmadi sangat jelas bertentangan dengan syariat Islam. Kita tidak mahu generasi anak-anak muda terpengaruh dengan ajaran tersebut”.
YB Senator @DSDrNaim , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
#MalaysiaMadani#pelantransformasialfalah#JAKIM