Terkesima tengok.. Iklan macam ni sepatutnya masuk TV arus perdana.. Diikuti oleh semua kementerian..๐ค๐๐ป
Pertandingan video TikTok Kesihatan Pergigian 2026
By PKD Kampar, Perak
TT: Shah_azman
@rafiziramli Yb any comment on healthcare subsidies? Nobody likes to touch on this issue but as medical professional in public sector, its not sustainable .
@hdxsp@Khairul17309988@FaktaBukanAuta Org bodoh je loan 400k beli jam hahahahahahha diam jelah bang . Sy fhm bang nak husnuzon tapi makin bang try hard jawab makin nampak benak ubi
@hdxsp@FaktaBukanAuta Bang gaji pat pun around 20-30k, xlogik utk dia ada jam tu dgn gaji camtu. Utk penjawat awam ada aset mewah especially jam harga 400k mmg layak utk investigate.
@jedimaster909@noratraveller Bos, point lain betul. Yg no 3 tu salah. Uni Padjajaran, Bandung is recognised by mmc since 90s lagi. Even jpa hantar student sama
Siapa yang tak pernah dengan orang Melanau Mukah bercakap, camni bunyi bahasa dia.
P/s Bahasa Melanau ni banyak dialect mengikut kawasan masing masing di Sarawak. Mukah tak sama dengan Rajang or Matu Daro. Paling beza Melanau Bintulu, dorang asal Italy.
Ehh fuck @FIFAcom Jonathan Anak Irazabal is from Petrajaya cibai, his father used to work at Electra House jual dompet Alien Workshop dulu. Nang Anak Sarawak.
His mom went to SMK St Joseph's since Form 1
FIFA have revealed them all. This does not seem like a technical error. Like I said, the Football Association of Malaysia (FAM) have to come clean and the Malaysian government as well.
These findings are damning. The fact that the NRD was quoted by the committee says a lot.
Hollywood's miracle drug just destroyed 1,800 lives.
Ozempic users developed a horrifying disease overnight.
And it can't be cured.
Now, Ozempic is facing a $2 BILLION lawsuit.
Here's the devastating side effect they kept quiet:
๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐
Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.
Oleh itu, saya terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia biasa yang menyokong kempen saya. Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua.
Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan. Sejak kempen bermula, saya mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangan saya terhadap pelbagai isu: daripada perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikan isu-isu ini.
Saya faham rasa kecewa dan putus asa di kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.
Saya juga manusia biasa, tidak terkecuali daripada rasa yang sama, walaupun seketika. Hampir separuh usia dewasa saya, lebih tepat, hampir 27 tahun, telah saya curahkan kepada perjuangan ini: daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.
Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa. Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.
Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.
Saya terjebak di dalam gerakan reformasi (sebelum pun PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme. Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat. Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.
Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat. Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global. Semua ini mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia.
Saya menyertai PKR kerana idealisme ini dan manfaatnya kepada rakyat. Saya tidak menyertai PKR demi jawatan atau kedudukan Menteri, apatah lagi untuk membina kekayaan. Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.
Saya kekal dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana saya percaya PKR baru berlari anak. Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu.
Saya tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu. Masyarakat mesti berubah lebih cepat daripada kerajaan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif - cita-cita kita yang masih dalam pembikinan.
Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.
Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.
Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.
Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.
Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.
Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.
๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
๐ฎ๐ฐ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMBANGKANG
ย
1.ย ย ย ย Sebagai Ketua Pembangkang, saya mengikuti dengan teliti perkembangan semasa berhubung pengumuman kadar tarif timbal balik (reciprocal tarif) 24% yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Malaysia seperti diumumkan Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini. Perkembangan ini adalah serius dan membimbangkan kerana ia mengheret ekonomi negara terjerumus ke dalam situasi tekanan โtiga serangkaiโ atau tripple shock akibat kesan global, cabaran dalaman dan dasar fiskal yang belum disesuaikan.
ย
2.ย ย ย ย โ Sebelum pelaksanaan peningkatan tarif timbal balik ini, nilai lebihan dagangan negara pada tahun 2024 telah merosot kepada RM136.88 bilion berbanding RM214.10 bilion pada tahun 2023 dan RM255.10 bilion pada tahun 2022. ย Standard & Poor (S&P) juga telah melaporkan bahawa Indeks Pengurusan Perolehan atau Purchasing Managerโs Index (PMI) bagi sektor pembuatan negara mengalami penguncupan bagi tempoh 26 bulan dari 27 bulan terakhir. Selain itu, tekanan perniagaan akan lebih hebat apabila kenaikan tarif asas elektrik terhadap industri berkuatkuasa pada Julai 2025.
ย
3.ย ย ย ย Sehubungan itu, saya menyeru Kerajaan untuk segera melindungi kepentingan dan meredakan kebimbangan para pemain industri eksport tempatan termasuk industri pembuatan dan Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) yang bakal terjejas teruk akibat kenaikan kos perniagaan serta kelembapan permintaan pasaran global berpunca daripada kenaikan tarif tersebut.
ย
4.ย ย ย ย Bagi tujuan itu, antara langkah segera yang wajar dipertimbangkan oleh Kerajaan adalah melalui pelaksanaan penangguhan cukai (tax delay) serta penubuhan satu dana bantuan khas berbentuk geran padanan ataupun pinjaman kewangan kepada pemain industri tertentu, agar mereka tidak gulung tikar atau terpaksa mengurangkan bilangan pekerja bagi menyesuaikan diri kesan cabaran global mahupun domestik.
ย
5.ย ย ย ย Kerajaan juga mempunyai keupayaan yang cukup untuk menyediakan insentif eksport yang lebih segar dan menarik kepada pemain industri bagi membolehkan mereka mencipta ruang, peluang dan keupayaan yang lebih baik untuk menerokai pasaran baharu bagi menangani dampak pelaksanaan tarif timbal balik tersebut.
ย
6.ย ย ย ย Saya turut mengambil maklum dan mengalu-alukan pendekatan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui platform Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi ASEAN 2025 bagi merangka tindak balas yang selaras dalam kalangan negara ASEAN terhadap dasar baharu Amerika Syarikat.
ย
7.ย ย ย ย Bagi memulihkan keyakinan rakyat serta pemain industri terhadap segala pendekatan yang akan diambil, saya menyeru Kerajaan untuk bersikap jujur, terbuka dan berpijak kepada bumi yang nyata apabila berbicara dengan semua pihak berkenaan kesan ketidaktentuan ekonomi global hari ini. Kerajaan tidak boleh berselindung disebalik angka-angka di atas kertas kerana penyelesaian kepada masalah rakyat dan negara bergantung kepada pelan tindakan yang berasaskan realiti, bukan ilusi.
DATOโ SERI HAMZAH ZAINUDIN
KETUA PEMBANGKANG
5 April 2025, Kuala Lumpur