Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
Turut berdukacita atas pulangnya ke rahmatullah, tokoh pendidikan tersohor negara, Allahyarhamah Tan Sri Asiah Abu Samah, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Sosok Allahyarhamah amat dekat di sudut hati saya sebagai mantan pengetua ketika saya menuntut ilmu di Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah melakar legasi besar dalam ekosistem pendidikan Malaysia, khususnya menerusi peranan utamanya memperkasa kurikulum kebangsaan, memartabatkan dasar bahasa, dan menggerakkan penerbitan buku teks asas negara.
Semoga Allah mengampuni roh Allahyarhamah dan tempatkannya bersama para solihin. Aaminn YRA
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Didoakan agar sabar dan tabah atas kehilangan ini.