Ketua Penerangan @UPKOMalaysia | Ketua Bahagian @UPKOLibaran | Certified Financial Planner | Doctor of Philosophy (PhD) | MSc (Project Mgmt) | B.Eng (C&S)
Dinamik dalaman politik UMNO antara perkara yang ditanyakan oleh moderator dalam Podcast YBM Episod 29.
Politik hari ini bukan betul-betul stabil. Ia lebih kepada terapung, tak tentu arah. UMNO sendiri pun sedang berpecah. Di peringkat akar umbi, ramai yang cenderung bersama PAS, dan masih sukar menerima DAP serta Anwar Ibrahim.
Tetapi di peringkat kepimpinan tertinggi, khususnya yang berada dalam Kabinet, kecenderungannya berbeza. Mereka lebih mahu kekal bersama kerajaan, sama ada atas sebab realistik, sebab kepentingan, atau gabungan kedua-duanya.
Sebab itu, isu โMuafakat Nasionalโ bukan keputusan UMNO semata-mata. PAS juga ada pertimbangan dan kira-kira sendiri. Akhirnya, semua pihak bergerak perlahan. Banyak bercakap, tapi tindakan sangat terhad.
Masalah utama UMNO sebenarnya bukan soal siapa kawan atau lawan. Masalahnya, UMNO tidak berani potong kerugian.
Najib sudah disabitkan kesalahan. Isu 1MDB pula terus jadi beban. Namun, tiada pemimpin kanan yang berani menyebut secara terbuka bahawa parti perlu berpisah dengan beban ini dan membersihkan diri. Sedangkan fakta mudahnya, UMNO kalah dua pilihan raya berturut-turut pada 2018 dan 2022, dan isu Najib serta 1MDB adalah antara faktor besar kekalahan itu.
Selagi kepercayaan bahawa โNajib masih popular, 1MDB hanya fitnah, dan jika Najib kembali UMNO akan menangโ terus dipegang, selagi itulah UMNO kekal lemah. Kita semua sekadar jadi penonton, tengok dari jauh sambil makan popcorn.
Tonton kupasan penuh dalam Podcast YBM Episod 29 di sini:
https://t.co/f7A5refWPH
Congratulations to @realDonaldTrump on his remarkable political comeback and victory in the US presidential election. This new chapter brings renewed opportunities, and weโre ready to move forward with optimism, collaboration and shared purpose.
The United States remains Malaysiaโs largest source of foreign investment and a vital player in the Asia-Pacific region. As ASEAN Chair in 2025, Malaysia hopes that America will reinvigorate its engagement with Southeast Asia. We also urge the US to use its considerable influence to help end the devastating violence and loss of life in Palestine and Ukraine.
We look forward to working closely with the incoming president to foster mutual benefits for the people of both our nations.
Photo: Getty Images
KERAJAAN PERLU MENGHENTIKAN TINDAKAN PIHAK WHATAPP MEMBERI KUASA KEPADA ADMIN GROUP WHATAPP MEMASUKKAN AHLI GROUP MEREKA SECARA PAKSA DALAM KOMUNITI WHATAPP!
Saya ingin memaklumkan bahawa pihak Whatapp (Meta) telah menyekat no whatapp 0123320000 saya. Ini menyebabkan no itu hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan biasa sahaja. Sehubung dengan itu, mulai hari ini saya akan menggunakan no 0133338958 untuk Whatapp dan kekal dengan nombor 0123320000 untuk terima panggilan.
Ini merupakan kali ke 3 pihak whatapp menyekat no saya atas kelemahan sistem mereka sendiri. Walaupun pihak SKMM dan Pejabat Menteri Komunikasi sendiri telah memaklumkan kepada Whatapp berhubung kelemahan sistem mereka, namun pihak Whatapp nampaknya terlalu angkuh dan masih enggan menerima kelemahan sistem mereka dan membuka sekatan.
Saya tidak kisah jika saya disekat kerana saya menghantar video-video penjelasan isu semasa untuk mempertahan kerajaan kepada individu yang tidak saya kenali. Namun, video-video penjelasan isu semasa tersebut saya hantar hanya kepada mereka yang menyertai Komuniti Whatapp Media Perpaduan, Kerajaan Madani dan Penerangan UMNO.
Masalah yang timbul sehingga whatapp saya disekat adalah akibat penyalahgunaan kuasa pihak whatapp yang memberi kuasa kepada kesemua admin group whatapp untuk memasukkan ahli group mereka kedalam mana-mana komuniti whatapp yang mereka suka tanpa kebenaran ahli group. Apabila admin sesebuah group memohon untuk menyertai komuniti whatapp kami, sudah tentulah kami akan meluluskan permohonan mereka diatas keyakinan mereka mahukan maklumat dari kami. Malangnya, ada ahli group yang tidak setuju dimasukkan secara paksa oleh admin group tadi telah membuat laporan kepada pihak whatapp setelah menerima video melalui komuniti whatapp kami.
Lebih mengecewakan, tanpa menyiasat punca sebenar permasalahan ini berlaku, saya pula sebagai admin komuniti whatapp telah dihukum atas kelemahan sistem whatapp sendiri dan keangkuhan whatapp yang langsung tidak mahu mendengar penjelasan kami dan cuba perbaiki kelemahan sistem mereka. Sepatutnya, whatapp menjaga orang seperti kami yang sudah lebih 10 tahun memberikan sokongan kepada whatapp dengan menggunakan sistem broadcast list mereka sehingga ke sistem komuniti whatapp kini.
Amat mendukacitakan, kini kesemua kenalan whatapp saya tidak boleh menghubungi saya dan kebanyakan ahli komuniti kami tidak dapat menerima jawapan kepada isu semasa yang biasa kami hantar setiap hari. Sudahlah posting-posting kami berhubung isu Palestin ditutunkan oleh pihak Meta, kini usaha kami untuk mempertahan kerajaan melalui video-video pendek pula disekat okeh pihak Meta melalui whatapp. Bahan-bahan pihak pembangkang, lambat pula diambil tindakan oleh pihak Meta. Sudah tiba masanya kerajaan menyegerakan kewajipan mempunyai lesen operasi kepada semua media sosial yang perlu diperbaharui setiap tahun. Kerajaan perlu memastikan pemilik-pemilik Media Sosial seperti Meta ini tidak diberikan kuasa penuh untuk menentukan siapa yang bakal memerintah negara ini dimasa depan.
Datoโ Lokman Noor Bin Adam
Ketua Sekretariat Media Perpaduan
18hb Jun, 2024
P/S : Sesiapa yang mahukan maklumat isu semasa secara terus dari saya, sila sertai Telegram Channel saya. Klik Join di https://t.co/DtqXeJYTbq
Terima kasih kepada semua pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Saya hargai dan saya tidak lupa dukungan kalian.
#MalaysiaMADANI
Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi.
Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini.
Al-Fatihah.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kejayaan itu hasil sokongan padu semua anggota dan kerjasama antara pucuk pimpinan serta seluruh warga Bank Rakyat.
https://t.co/VWgP672Ccy
"Kalau kita lihat dari segi kos efektif ialah membina pusat rawatan kanser yang berhampiran dengan pesakit, itu yang saya lihat, kalau kita buat mengikut zon ia lebih sesuai untuk kita laksanakan.
https://t.co/NKahDrul5l
Kesemua 16 usahawan itu adalah bimbingan agensi-agensi di bawah Kuskop iaitu SME Corporation Malaysia (SME Corp.), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), UDA Holdings Berhad, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan TEKUN Nasional.
https://t.co/Ty5lUK1ysV
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, meskipun projek infrastruktur besar seperti lebuh raya dan tebatan banjir itu penting tetapi bagi rakyat, isu seperti tandas sekolah, parit tepi rumah atau pagar masjid juga penting.
https://t.co/wHnktG3ZW5
#KUSKOP menerusi @TEKUNasional memperuntukkan RM5 juta untuk disalurkan kepada usahawan dibawah Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT). Seramai 1,000 orang usahawan informal-mikro dijangka bakal menerima manfaat drp skim ini. Berita penuh: https://t.co/fJef6x1NEi
#EwonBenedick
Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 2 Tahun 2023. Mesyuarat pada kali ini telah meneliti pembentangan dari Bank Negara Malaysia, Kementerian Ekonomi dan Majlis Penasihat Kementerian Kewangan (ACFIN).
#MalaysiaMADANI