Menangislah
Karena air mata bukanlah tanda kelemahan,
tetapi bukti bahawa kita masih memiliki perasaan.
Namun ingatlah
Dalam hidup, memang akan ada masa kita akan tersandung dan jatuh.
Tapi kehidupan ini bukan tentang jatuhnya,
tapi tentang bangkitnya.
#MotivasiDiri#BBM3410
Ruang
Setiap manusia memerlukan ruang untuk diri sendiri. Mungkin untuk muhasabah diri, mungkin juga untuk menenangkan diri dari segala emosi sedih, gembira, kecewa, dan lain-lain. Mereka memerlukan ruang untuk bangkit kembali ✨
𝑹𝑼𝑨𝑵𝑮
Dalam hidup, aku sangat perlukan ruang untuk diriku sendiri. Aku sentiasa berikan waktu dan masaku untuk perkara lain sampai lupa yang aku juga perlukan ruang untuk bersendiri. Manjakan diri, pujuk diri 🧚🏻♀️
- 𝓝𝓾𝓢𝔂𝓪
Ruang 2
Bagi ruang, ruang ialah sebuah tempat yang membolehkan aku untuk melakukan apa jua kegiatan, tidak kira yang ataupun ringan. Aku sangat suka akan ruang yang luas supaya aku bebas bergerak. Ruang yang luas juga menyebabkan fikiranku lebih tenang.
🌸RUANG 2.0🌸
Selain itu, ruang juga adalah suatu tempat ataupun sudut yang mempunyai kebebasan untuk bergerak. Ruang yang luas akan memberikan pandangan yang luas dan tenang. Namun, ruang yang sempit akan kelihatan kecil dan ruangan bergerak tidak begitu bebas.
Ruang 2.0
Ruang itu juga meliputi sesuatu rongga yang tiada batasannya. Bagi aku, begitu jugalah kuandaikan dengan sebuah ruang kemaafan yang sebenarnya tersedia luas bagi seseorang yang berani merendahkan egonya dengan mengalah agar tidak mahu mengeruhkan keadaan yang ada.
Ruang
Terkadang, setiap orang pasti memerlukan ruang untuk menyendiri.
Baik kecil atau besar, bukanlah saiz ruang yang menjadi ukuran. Kerana, ruang yang dimaksudkan adalah ruang privasi untuk seseorang mencari ketenangan tanpa sesiapa yang menemani.
Nilai Estetika 2.0: Keseimbangan 💖
Keseimbangan mencakupi hubungan baik antara satu sama lain.
Ianya bermula hubungan seseorang dengan dirinya, hubungan sesama manusia dan hubungan alam didiaminya.
Perhubungan melalui keseimbangan menjamin kesejahteraan dalam kehidupan🏙️
> Nilai Estetika 2.0 <
Harmoni? ya, harmoni juga merupakan salah satu nilai estetika yang utuh untuk mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain. Harmoni juga dapat menjamin kita supaya dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. <3
Nilai Estetika 2.0
Nilai estetika adalah sebuah yang dapat dirasai dan dilihat melalui pancaindera. Kecantikan, tersusun, indah merupakan elemen-elemen yang dapat dilihat jelas dalam estetika. Nilai estetika adalah berbeza-beza mengikut pandangan indidividu.
🌸Nilai Estetika 2.0🌸
Nilai estetika adalah nilai yang memungkinkan untuk menyatakan sensasi suka, kagum atau tidak senang yang dihasilkan ketika karya, sukan, orang, objek, haiwan, antara lain dihargai.
Atas sebab ini, makna nilai estetik boleh dianggap positif atau negatif.
Estetika 2.0
Pandangan setiap manusia berbeza-beza. Mungkin itu cantik bagi kamu tapi tidak bagi aku. Mungkin itu cantik bagi aku tapi tidak bagi kamu. Begitulah kehidupan. Tidak semua boleh menerima baik buruk kita. Hanya yang setia tidak memilih paras rupa.
Nilai Estetika 2.0
Nilai-nilai estetika dianggap sebagai lucu, hebat, elegan, luhur, tragis dan tidak masuk akal. Ia boleh dikatakan bahawa nilai-nilai estetika adalah orang-orang yang membuat objek dihargai sebagai "karya seni" oleh orang-orang.
Di balik pahitnya hidup, terlakar 1001 kemanisan yang sering kali kita nafikan pabila musibah datang bertandang. Kita adalah manusia "kerdil" yang hidup dalam cerita dongeng lakaran Maha Pencipta. Ketahuilah bahwa manisnya hidup akan terasa setelah lelah berjuang.
- Sha Hana
Nilai Estetika 2.0
Nilai estetika itu ada di mana-mana sahaja yang kita dapat lihat, dalam diri kita juga ada nilai estetika tetapi bagaimana cara kita menonjolkannya. Sifat yang baik akan memberi gambaran nilai estetika yang positif seperti gembira dan sebaliknya...
Nilai estetika,💫
Kemeriahan Syawal...
Senyuman terukir ditambah air mata syawal gugur saat berkumpul sanak saudara menggambarkan emosi kekeluargaan
Kasih sayang yang abadi
Keindahan Syawal...
Bunga api berkecai di langit
Bunyi mercun meriam memecahkan sunyi
Estetika dalam emosi
Nilai Estetika 2.0
Pada aku, estetika itu suatu nilai yang memerlukan penghayatan yang memerlukan ketelitian melalui cara penglihatan atau pendengaran dalam mencari makna yang tersirat dalam sesebuah karya seni.
Jadinya, lebih banyak kita menghayati, banyaj yang akan dihargai.
✨Nilai estetika ialah nilai yang dimiliki oleh sesuatu item, peristiwa atau keadaan (kebiasaannya karya seni atau persekitaran semula jadi) dari segi kebolehannya untuk membangkitkan keseronokan (nilai positif) atau (nilai negatif) apabila dihargai atau dialami secara estetik.