Terus melangkah walau jalanmu tak seindah ekspektasimu. Ingat, jalan menuju kesenangan itu perlu langkah demi langkah.
"Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."
#Motivasi#BBM3410
Ruang 1.0
Ruang adalah salah satu elemen asas yang terdapat dalam gambar untuk memberi keseimbangan kepada gambar tersebut. Dan kadang-kadang ruang tersebut dapat memberi ketenangan kepada orang yang melihatnya.
-// Ruang 1.0”
Dari segi makna tersurat, ruang dapat didefinisikan sebagai sesuatu kawasan yang dapat membolehkan seseorang untuk melakukan sesuatu di kawasan itu. Ruang tu juga dapat dibezakan sama ada ruang yang besar ataupun kecil.
Itulah ruang bagi saya.
Ruang 1.0✨
Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Jadi, kenapa ada sesetengah manusia yang tidak memberi ruang kemaafan kepada mereka? Sedangkan ruang kemaafan itulah sangat berharga bagi mereka.✨
Ruang 2.0
Ruang untuk diri sendiri itu sebenarnya kebahagiaan yang dicari. Dengan menikmati ruang itu kita dapat mengenali diri sendiri, memahami tingkah laku orang lain, mengenali sang pencipta. Nak cari ruang diri sendiri tu satu je iaitu muhasabah diri.
Ruang 2.0
Sebagai seorang pelajar memang memerlukan ruang untuk bertenang daripada melakukan tugasan yang tak pernah henti. InsyaAllah ada hasil yang baik menanti.
Ruang 2.0
Ruang antara waktu mengajar kita bahawa masa tidak dapat diputar kembali. Waktu yang berlalu meninggalkan kenangan yang akan dirindukan sepanjang hayat.
Ruang 2.0
Manusia pada hari ini lebih banyak mengejar masa yang takkan pernah habis. Itu semua demi memenuhi keperluan dan kehendak hidup mereka. Namun, mereka tidak menyedari bahawa ruang masa yang sebenar-benarnya untuk mereka bersama orang tersayang berakhir begitu sahaja. 🌸
Fikiranku adalah ruang peribadiku. Apabila jiwaku merasa lelah, aku akan kembali ke ruang peribadiku. Pada ketika itulah aku dapat merasakan nyamannya ketenangan.
- Sha Hana
Hidup ini penuh dengan cerita indah yang memiliki ruang tersendiri di dalam hati. Walau rasanya berat menjalani pahitnya hidup, kau akan tetap mengenangnya sebagai kisah yang manis kelak.
- Sha Hana
> Nilai Estetika 2.0 <
Harmoni? ya, harmoni juga merupakan salah satu nilai estetika yang utuh untuk mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain. Harmoni juga dapat menjamin kita supaya dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. <3
Nilai Estetika
Tenang. Tenang itu abstrak. Mudah untuk kita peroleh tapi sukar untuk kita capai. Dikala kita sibuk dengan duniawi, ketenangan adalah diperlukan untuk pergi seketika daripada kesibukan. Ya, apabila sudah tenang, pada saat itulah kita merasakan selesanya bertenang.
Nilai estetika sebagai medium memperlihatkan persepsi dan refleksi seseorang, cara mereka menyampaikan perasaan.
.
Contohnya, ketika matahari terbenam diperhatikan dan pancaindera membuat penilaian nilai keindahan untuk apa yang diwakili oleh alam.
- Nilai Estetika -
Merupakan suatu karya seni yang membawa kesan positif kepada yang melihatnya mengikut sudut perspektif penilaian estetika itu sendiri. Kehalusan idea dalam sesuatu karya akan memberikan makna di sebalik sesuatu yang tersurat dan tersirat dalam memahaminya.
Nilai estetika dalam kebahagian. Tetapi, setiap pandangan orang terhadap nilai tersebut berbeza.
As semua manusia inginkan kebahagian. Merasa kebahagian dalam hidup ini sangat senang hanya bersyukur selalu dengan apa yang ada. InsyaAllah kebahagian milik kita❤
Nilai estetika- Keindahan
Bagi saya, keindahan wujud pada pemandangan. Apabila saya menjejak langkah ke sesuatu tempat yang baru, saya akan asyik mengambil gambar pemandangan di tempat itu. Saya hendak keindahan itu sentiasa dengan saya, iaitu dalam bentuk gambar.
Keharmonian dilihat sebagai suatu suasana yang begitu menyenangkan, mendamaikan dan mengeratkan hubungan. Suasana ini wujud dalam bentuk kekeluargaan dan persahabatan yang terjalin. Suasana ini menjadi lambang sebuah keharmonian yang paling utuh dan harus dikekalkan. 👨👨👧👦
✨ Nilai Estetika✨
Bagi ku nilai estetika adalah sesuatu perkara yang menghasilkan reaksi positif atau negatif dari seseorang, haiwan, karya seni, fesyen, objek, pemandangan, peristiwa dan sebagainya. Nilai estetika juga merupakan hasil penilaian individu lain.
Nilai estetika adalah nilai-nilai yang memungkinkan untuk menyatakan perasaan senang, kagum atau sebaliknya terhadap sesuatu perkara yang dinilai. Sesuatu nilai yang positif dapat ditonjolkan dengan jelas dari segi perwatakan luaran atau dari dalaman .
Nilai Estetika 2.0 - Kesabaran✨🌸
Sabar itu perlu dicari,
Marah itu perlu disembunyi,
Orang yang bersabar takkan pernah rugi,
Kesakitan yang kita alami,
Akan diganti dengan bahagia yang tak pernah terlintas di hati.
Sungguh,
SABAR ITU INDAH 🤍