"Jangan sesekali mengesyaki diri sendiri, percayai bahawa kita telah buat yang terbaik, terima dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Seterusnya, terus tabah berjuang dalam kehidupan."——Law
#PercayaiDiriAdalahTerbaik#BBM3410
Ruang 2
Ruang merupakan peluang iaitu kesempatan seseorang menunjukkan bakat. Seseorang dikatakan genius dalam kesenian seharusnya melanjutkan kerjayanya dalam bidang yang berkaitan dengan kesenian. Kebakatan yang dimiliki akan membantunya berjaya dalam ruang kerjaya tertentu.
Ruang 1✨
Bagi saya, ruang merupakan tempat seseorang berada, sama ada menetap, belajar, bekerja, berhibur dan sebagainya. Ruang yang wujud memberi perlindungun kepada manusia daripada pancaran matahari dan hujan lebat. Jelaslah, ruang menyelamatkan kita daripada keadaan sukar.
Nilai Estetika 2.0 - Kesabaran✨🌸
Sabar itu perlu dicari,
Marah itu perlu disembunyi,
Orang yang bersabar takkan pernah rugi,
Kesakitan yang kita alami,
Akan diganti dengan bahagia yang tak pernah terlintas di hati.
Sungguh,
SABAR ITU INDAH 🤍
✨Nilai Estetika 2 ✨
Kecantikan juga dianggap indah secara estetika. Hal ini dikatakan demikian kerana, kecantikan membawa ketenangan dari pelbagai jenis presepsi manusia. Walaubagaimanapun kecantikan adalah perkara subjektif yang mempunyai berbagai jenis pendapat terhadapnya.
Nilai estetika: keunikan
Seni bina Islam mempunyai nilai estetika tersendiri apabila menekankan penggunaan geometri, kaligrafi dan motif yang menampilkan flora atau fauna sebagai perincian pada seni hiasan dalaman.
Nilai estetika sebagai medium memperlihatkan persepsi dan refleksi seseorang, cara mereka menyampaikan perasaan.
.
Contohnya, ketika matahari terbenam diperhatikan dan pancaindera membuat penilaian nilai keindahan untuk apa yang diwakili oleh alam.
Keharmonian dilihat sebagai suatu suasana yang begitu menyenangkan, mendamaikan dan mengeratkan hubungan. Suasana ini wujud dalam bentuk kekeluargaan dan persahabatan yang terjalin. Suasana ini menjadi lambang sebuah keharmonian yang paling utuh dan harus dikekalkan. 👨👨👧👦
ℕ𝕚𝕝𝕒𝕚 𝔼𝕤𝕥𝕖𝕥𝕚𝕜𝕒 𝟚.𝟘; keindahan melalui emosi.
Nilai estetika tidak perlu mempunyai ciri yang gah, tetapi cukuplah dapat dirasakan melalui tujuan atau ekspresi supaya keindahan akan terus dapat dikenalpasti sehingga menghasilkan makna yang sempurna bagi seseorang.
Nilai Estetika — Kegembiraan”
Kegembiraan amat penting dalam kehidupan setiap insan kerana ia juga merangkumi kebahagiaan, ketenangan, keharmonian dan banyak lagi. 🤍
Semoga semua sentiasa gembira dan bahagia.🫶🏻
Selamat Hari Raya semua🧕🏼
Nilai estetika- Keindahan
Bagi saya, keindahan wujud pada pemandangan. Apabila saya menjejak langkah ke sesuatu tempat yang baru, saya akan asyik mengambil gambar pemandangan di tempat itu. Saya hendak keindahan itu sentiasa dengan saya, iaitu dalam bentuk gambar.
Nilai estetika ini adalah merupakan sesuatu pandangan yang boleh kita katakan sesuatu yang indah !
.
Nilai estetika ini sinonim dengan wanita. Wanita sangat menyukai kecantikan. Kecantikan adalah bersifat subjektif. Kecantikkan ini adalah milik semua orang dari perpektif berbeza.
Nilai estetika dalam kebahagian. Tetapi, setiap pandangan orang terhadap nilai tersebut berbeza.
As semua manusia inginkan kebahagian. Merasa kebahagian dalam hidup ini sangat senang hanya bersyukur selalu dengan apa yang ada. InsyaAllah kebahagian milik kita❤