Nilai estetika dalam kebahagian. Tetapi, setiap pandangan orang terhadap nilai tersebut berbeza.
As semua manusia inginkan kebahagian. Merasa kebahagian dalam hidup ini sangat senang hanya bersyukur selalu dengan apa yang ada. InsyaAllah kebahagian milik kita❤
Menangislah
Karena air mata bukanlah tanda kelemahan,
tetapi bukti bahawa kita masih memiliki perasaan.
Namun ingatlah
Dalam hidup, memang akan ada masa kita akan tersandung dan jatuh.
Tapi kehidupan ini bukan tentang jatuhnya,
tapi tentang bangkitnya.
#MotivasiDiri#BBM3410
"Kalau kita nak hidup senang macam orang yang senang, kenalah bersusah payah dahulu sebelum senang. Kerana kesenangan hidup dan kekayaan tidak datang tanpa diusahakan"
#KatakataHikmah#BBM3410
ℝ𝕦𝕒𝕟𝕘 𝟚.𝟘
Bagi aku, apabila mula menyebut perkataan ruang. Perkara yang aku dapat fikirkan adalah ruang untuk diri sendiri. Setiap orang perlu memberi ruang kepada diri sendiri untuk lebih mengenali diri dan mendapatkan ketenangan yang dimahukan.
Kalau nak dikira kawan itu, memang tak terkira kawan yang kita ada tapi bila berbicara tentang sahabat, sabahat tu sahaja yang sentiasa ada dengan kita. Sahabat sahaja yang sentiasa cari masa dengan kita bukanya bila ada masa free je dengan kita
#katahikmah#BBM3410
Semakin meningkat usia, semakin banyak ujian dan cabaran dihadapi. Belajar dari kesilapan yang dilakukan. Ambil pengajaran daripadanya. Perbaiki kehidupan ke arah yang lebih baik. Semoga dapat menjadi insan yang berguna.
#Kata-kataHikmah
#BBM3410
Ruang 2.0
Manusia pada hari ini lebih banyak mengejar masa yang takkan pernah habis. Itu semua demi memenuhi keperluan dan kehendak hidup mereka. Namun, mereka tidak menyedari bahawa ruang masa yang sebenar-benarnya untuk mereka bersama orang tersayang berakhir begitu sahaja. 🌸
Ruang 2.0
Sebagai seorang pelajar memang memerlukan ruang untuk bertenang daripada melakukan tugasan yang tak pernah henti. InsyaAllah ada hasil yang baik menanti.
Ruang 2.0
Ruang antara waktu mengajar kita bahawa masa tidak dapat diputar kembali. Waktu yang berlalu meninggalkan kenangan yang akan dirindukan sepanjang hayat.
"Ruang 2.0"
Ruang masa adalah paling bermakna dan berharga. Hargailah ruang masa yang diperolehi kerana masa tidak menunggu kita tetapi kita perlu mengejar masa itu. Jangan bazirkan masa dan gunakan sebaiknya. Masa itu emas :)
Ruang 1.0
Ruang masa adalah perkara terpenting sekali. Perkara yang paling ku ingini sekali adalah kembali ke masa lalu. Betulkan salah silap yang pernah ku lakukan. Tidak mahu dalam salah membuat keputusan sehingga mengguriskan banyak perasaan.
"Ruang 1.0"
Definisi ruang boleh diungkapkan dalam pelbagai makna. Jika ingin menjadi seorang yang lebih baik. Berusahalah dan cari sedikit ruang untuk memperbaiki diri walaupun terasa diri ini tidak mampu kerana tanpa mencuba kita tidak tahu hasilnya ;)
✨Nilai Estetika 2 ✨
Kecantikan juga dianggap indah secara estetika. Hal ini dikatakan demikian kerana, kecantikan membawa ketenangan dari pelbagai jenis presepsi manusia. Walaubagaimanapun kecantikan adalah perkara subjektif yang mempunyai berbagai jenis pendapat terhadapnya.
> Nilai Estetika 2.0 <
Harmoni? ya, harmoni juga merupakan salah satu nilai estetika yang utuh untuk mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain. Harmoni juga dapat menjamin kita supaya dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. <3
✨Nilai Estetika 1✨
Apakah makna nilai estetika? Jadi nilai estetika dari sudut kecantikan sebenarnya bersifat makro. Kerana kita tidak sepatutnya menilai kecantikan daripada rupa semata-mata. Kecantikan yang sebenar adalah apabila kita mengangkat tingginya ahklak dalam diri.🤍
Nilai estetika adalah nilai-nilai yang memungkinkan untuk menyatakan perasaan senang, kagum atau sebaliknya terhadap sesuatu perkara yang dinilai. Sesuatu nilai yang positif dapat ditonjolkan dengan jelas dari segi perwatakan luaran atau dari dalaman .
ℕ𝕚𝕝𝕒𝕚 𝔼𝕤𝕥𝕖𝕥𝕚𝕜𝕒 𝟚.𝟘; keindahan melalui emosi.
Nilai estetika tidak perlu mempunyai ciri yang gah, tetapi cukuplah dapat dirasakan melalui tujuan atau ekspresi supaya keindahan akan terus dapat dikenalpasti sehingga menghasilkan makna yang sempurna bagi seseorang.
Nilai Estetika 1✨
Apa erti nilai estetika buatku? Bagiku ianya dilihat dari aspek kecantikan. Kecantikan yang perlu dipandang bukanlah dari luaran, tetapi perlulah diihat dari dalaman. Barulah kita tahu kecantikan budi dan akhlak seseorang itu. Kecantikan rupa itu sementara.🤍
Keindahan adalah seni mempersonakan. Dengan hanya sekali pandang sahaja mata akan terus terpana. Memang, pandangan setiap manusia berlainan jadi gambaran untuk kata indah berlainan di mata setiap manusia. Percaya dan yakinlah dengan diri sendiri, maka sisi indahmu akan terpamer.
Nilai estetika - Keindahan
Saya akan ungkapkan nilai keindahan kepada sebuah pemandangan. Pemandangan yang indah dapat memberikan aura yang tenang dan damai kepada seseorang. Walaupun hanya sebuah pemandangan tetapi dapat memberikan kesan yang positif kepada perasaan seseorang.