Nilai estetika adalah nilai-nilai yang memungkinkan untuk menyatakan perasaan senang, kagum atau sebaliknya terhadap sesuatu perkara yang dinilai. Sesuatu nilai yang positif dapat ditonjolkan dengan jelas dari segi perwatakan luaran atau dari dalaman .
Jadilah perempuan mahal.
"Jaga adabmu, akhlakmu, kepribadianmu, harga dirimu dan iffahmu (pandangan diri) di depan laki-laki yang bukan mahram. Milikilah sifat malu dan ingat bahwa keindahanmu itu hanya bisa diperlihatkan untuk mahrammu kelak."
-Ustadzah Halimah Alaydrus
Semakin meningkat usia, semakin banyak ujian dan cabaran dihadapi. Belajar dari kesilapan yang dilakukan. Ambil pengajaran daripadanya. Perbaiki kehidupan ke arah yang lebih baik. Semoga dapat menjadi insan yang berguna.
#Kata-kataHikmah
#BBM3410
Jika hari ini kamu merasai begitu banyak halangan sehingga menyukarkan untuk melangkah ke hadapan.
.
Ingatlah bahawa masih ada kedua orang tua yang yakin dan percaya seorang anaknya pasti akan berjaya di masa hadapan!!!
- SEMANGAT-
#katakatahikmah#BBM3410
Dalam hidup ini, jangan pernah kita rasa untuk cepat berputus asa. Mengapa? Kerana sikap inilah yang membuatkan kita terus gagal dan jatuh. Jadi, setiap kerja haruslah kita melakukan dengan penuh rileks, jangan stress-stress. Okay?✨
#Kata2Hikmah#BBM3410
Diam bukan tanda aku lemah. Aku hanya tak ingin menyulitkan keadaan. Aku juga tak mahu mengguris perasaan. Jadi aku memilih untuk berdiam. Aku hanya ingin tenang. #KataHikmah#BBM3410
Nilai Estetika 2✨
Keindahan juga salah satu aspek nilai estetika. Keindahan alam semulajadi membuatkan diri ini berasa tenang melihatnya. Keindahannya juga membuatkan diri ini melupakan kerja dunia dan menjadikan diri ini lebih positif jika betul2 hayati.✨
Nilai Estetika 2.0
Ingatkan Nilai Estetika hanya terhad pada apa yang dilihat oleh mata kasar sahaja. Tetapi anugerah Allah iaitu mendengar juga merupakan satu pancaindera yang boleh kita gunakan untuk menilai nilai estetika. Lagu yang didengar boleh juga diukur nilai estetika.
✨Nilai Estetika 2 ✨
Kecantikan juga dianggap indah secara estetika. Hal ini dikatakan demikian kerana, kecantikan membawa ketenangan dari pelbagai jenis presepsi manusia. Walaubagaimanapun kecantikan adalah perkara subjektif yang mempunyai berbagai jenis pendapat terhadapnya.
Nilai Estetika 2.0
Nilai estetika adalah sebuah yang dapat dirasai dan dilihat melalui pancaindera. Kecantikan, tersusun, indah merupakan elemen-elemen yang dapat dilihat jelas dalam estetika. Nilai estetika adalah berbeza-beza mengikut pandangan indidividu.
Nilai Estetika 2.0
Nilai-nilai estetika dianggap sebagai lucu, hebat, elegan, luhur, tragis dan tidak masuk akal. Ia boleh dikatakan bahawa nilai-nilai estetika adalah orang-orang yang membuat objek dihargai sebagai "karya seni" oleh orang-orang.
✨Nilai estetika ialah nilai yang dimiliki oleh sesuatu item, peristiwa atau keadaan (kebiasaannya karya seni atau persekitaran semula jadi) dari segi kebolehannya untuk membangkitkan keseronokan (nilai positif) atau (nilai negatif) apabila dihargai atau dialami secara estetik.
- Nilai Estetika -
Merupakan suatu karya seni yang membawa kesan positif kepada yang melihatnya mengikut sudut perspektif penilaian estetika itu sendiri. Kehalusan idea dalam sesuatu karya akan memberikan makna di sebalik sesuatu yang tersurat dan tersirat dalam memahaminya.