"Dalam hidup ni, kita jangan terlalu berharap mencari kebahagiaan yang akan tercipta. Sebaliknya, kebahagiaan itu perlu dicipta sendiri dan kita yang mulakan. Sebab hanya diri kita yang tahu dan rasa apa itu gembira, ceria dan bahagia dalam kehidupan."
#Katakatahikmah#BBM3410
Fikiranku adalah ruang peribadiku. Apabila jiwaku merasa lelah, aku akan kembali ke ruang peribadiku. Pada ketika itulah aku dapat merasakan nyamannya ketenangan.
- Sha Hana
-// Ruang 1.0”
Dari segi makna tersurat, ruang dapat didefinisikan sebagai sesuatu kawasan yang dapat membolehkan seseorang untuk melakukan sesuatu di kawasan itu. Ruang tu juga dapat dibezakan sama ada ruang yang besar ataupun kecil.
Itulah ruang bagi saya.
Ruang 2
Bagi ruang, ruang ialah sebuah tempat yang membolehkan aku untuk melakukan apa jua kegiatan, tidak kira yang ataupun ringan. Aku sangat suka akan ruang yang luas supaya aku bebas bergerak. Ruang yang luas juga menyebabkan fikiranku lebih tenang.
Ruang 1.0
Setiap manusia tak semuanya mempunyai ruang untuk meluahkan rasa dalam hidup mereka. Kadang kala manusia lebih banyak mendiamkan diri daripada berbicara demi menjaga setiap isi hati orang disekeliling mereka ❤️❤️
Ruang 2.0
Dalam kehidupan kita diberikan ruang untuk memaafkan dan meminta maaf. Memaafkan dan meminta maaf adalah harapan untuk kembali jalan yang damai. Perkataan "maaf" bukanlah mudah tapi ia memiliki kekuatan luar biasa untuk membangun hubungan yang lebih indah.
Ruang 2.0
Sesekali aku memerlukan ruang untuk bersendiri. Jauh dari orang sekeliling. Memerlukan masa untuk muhasabah diri. Penat dengan dunia. Penat dengan persekitaran. Perlukan ruang untuk berfikir. Perlukan rehat. Perlu untuk kumpulkan semangat aku semula.
Ruang 1.0✨
Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Jadi, kenapa ada sesetengah manusia yang tidak memberi ruang kemaafan kepada mereka? Sedangkan ruang kemaafan itulah sangat berharga bagi mereka.✨
Ruang 2.0
Manusia tidak terlepas dari kesilapan yang mereka lakukan. Manusia diberi ruang dan peluang untuk kembali ke jalan yang benar. Ruang yang ada janganlah dipersia. Penuhkan ruang dengan perkara yang baik dan berfaedah agar ruang yang kita usahakan berdampak positif.
Ruang 2.0
Kadang, kita perlukan ruang untuk diri kita bersendiri. Bukan mahu menjauh dari semua orang, cuma diri ini perlukan masa untuk berfikir semula setiap perkara yang telah berlaku sepanjang kehidupan ini. Ambil masa bermuhasabah diri untuk menjadi seorang yang lebih baik.
Ruang 1.0
Bagi aku, ruang bersama dengan keluarga sangatlah penting. Gunakan dan hargailah segala ruang dan peluang yang masih ada di depan mata untuk mencipta memori indah bersama. Jangan sampai kita menyesal suatu hari nanti memikirkan ruang yang kita abaikan.💪✨🤍
Ruang
Terkadang, setiap orang pasti memerlukan ruang untuk menyendiri.
Baik kecil atau besar, bukanlah saiz ruang yang menjadi ukuran. Kerana, ruang yang dimaksudkan adalah ruang privasi untuk seseorang mencari ketenangan tanpa sesiapa yang menemani.
RUANG 1.0
Pada pandangan peribadi saya, ruang merupakan suatu waktu seseorang ingin menghabiskan masa untuk dirinya sendiri. Misalnya, mendengar gemersiknya deruan ombak merupakan ruang dan masa terbaik saya dalam melepaskan lelah di dada mahupun di minda.
Ruang ?
Ruang ini boleh ditafsirkan dalam dua bentuk iaitu abstrak & konkrit. Ruang abstrak ialah sebagai contoh memberikan ruang untuk seseorang berfikir dan ruang konkrit ialah seperti ruanh tamu, ruang dapur dan banyak lagi.
Ruang 1.0
Ruang? Semua orang perlukan ruang masing-masing untuk hidup dengan tenang. Berikan ruang kepada diri dan orang lain agar hidup lebih bermakna.