Menurut Dr Zakir Naik dlm forum Convention Sunnah minggu lalu, ada beberapa amalan sunnah yg "top tier" boleh kita utamakan dahulu sblm yg lain.
1. Qiamullai - Bangun utk tahajjud, berdoa pd Allah. Waktu ini, Allah sgt dekat dgn kita. Beribadah dlm hening pagi ni mmg boleh buat jiwa² yg serabut jadi tenang.
2. Solat sunat sebelum solat Subuh. Ikut hadith, orang paling kaya kat dunia ni, adalah org yg solat sunat 2 rakaat sblm Subuh.
3. Kemudian, solat Dhuha in between selepas terbit matahari - sblm masuk waktu Zohor.
Ada banyak lg. Tp top 3 ni, cuba amalkan dulu buat sebulan sekali, kalau dah terbiasa, seminggu sekali, kalau lagi terbiasa, seminggu berkali², kalau power lagi, boleh buat tiap hari. Anda boleh tengok perubahan hidup jika amalkan ni.
Laksanakan yang wajib, perbanyakkan amalan sunat, dan tinggalkan berbuat dosa. Allah akan lapangkan jiwa² kita dan permudahkan urusan² kita. InshaAllah.
Para provider terutama lelaki, jadikanlah masjid-masjid sebagai tempat ‘rehat jasad & minda’ setelah penat urusan kerja selesai.
Waktu Maghrib sehingga Isyak sangat digalakkan.
Bila nak workout?
Jogging bukan workout.
Workout yang dimaksudkan adalah, strength training.
Latih otot tu, nanti metabolism akan catch up balik, badan akan lean, kalis gemok, kuat!
Bukan jogging saja, bukan jogging saja, bukan jogging saja..
Ramai harap kematian kita kelak adalah mati yang tidak menyakitkan dan mudah. Kalau boleh kita semua nak mati dalam tidur.
Kematian seperti dibunuh, kemalangan ngeri, lemas, kebakaran, jatuh dsb nampak seperti kematian yang tidak baik pada sisi pandang masyarakat kita.
Hakikatnya, kematian seperti dibunuh, bukanlah tanda kematian yang Allah tak redha. Cara kematian, bukan penentu syurga dan neraka seseorang muslim.
Malah sahabat besar yang dijamin syurga seperti Saidina Umar mati dibunuh ketika sedang mengimami solat Subuh. Saidina Usman mati dibunuh pemberontak khawarij di rumahnya. Yang bunuh juga muslim. Saidina Ali juga mati dibunuh pemberontak ketika sedang menuju ke masjid untuk solat.
Cucu baginda Nabi, Saidina Hasan mati diracun dalam makanannya dan Saidina Hussin juga mati dibunuh. Begitu juga sahabat besar seperti Zubair dan Talhah.
Semua mereka sahabat besar dan ahli keluarga Nabi saw. Mereka semua disayangi Nabi dan sebahagiannya dijamin syurga.
Berhenti kaitkan kematian yang pada pandangan kita teruk, sebagai kematian yang buruk dan bakal pengaruhi akhirat seseorang. Seperti fahaman budaya melayu kebiasaannya.
Kata ustaz, boleh jadi penderitaan sakit kronik selama beberapa tahun sebelum seseorang mati, jadi pahala besar yang hapuskan banyak dosa-dosa yang mereka lakukan ketika mereka masih muda dan sihat.
Bila dah mati seseorang, khalas. Urusan mereka di dunia telah selesai. Kita ambil pengajaran dan panduan. Berhenti kata buruk kepada si mati dan doakan untuk si mati jika mereka muslim.
Begitulah cara pandang yang sepatutnya sebagai seorang muslim yang baik.
Kita tak hidup lama. Rancanglah akhirat kita sebaiknya.
Kalau susah, susah ni sekejap je. Kalau orang tak sukapun, sekejap je.
Dekat dunia kita ada pilihan. Kanan kiri depan atau belakang.
Tapi di akhirat ada 2 saja. Syurga atau neraka. Kalau tak ke syurga, kemana lagi kita?
Bagaimana nak rasa cukup dengan kehidupan sekarang?
1. "Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu, dan jangan melihat kepada orang yang berada di atas kamu.
Itu lebih wajar agar kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberikan kepada kamu."
[Jami' Tirmidzi 2513]
2. "Sesiapa antara kamu yang bangun pagi dalam keadaan aman di rumahnya, sihat tubuh badannya, dan memiliki makanan untuk hari itu, maka seolah-olah seluruh dunia telah dihimpunkan untuknya."
[Jami' Tirmidzi 2346]
Bila kerja zakat ni kerap dapat jumpa,
Pemuda usia tak sampai 30 tahun, minta kirakan zakat. Gaji dia RM22,000 sebulan.
Beberapa minit kemudian, ada sorang abang 40an datang mohon bantuan zakat. Gajinya RM1,500 dengan isteri tak bekerja dan anak 4 orang.
Dua kehidupan berbeza, tapi menggambarkan hakikat dunia sebenar. Rezeki itu benar-benar ujian serta milik Allah.
Namun indahnya Islam ini, di sebalik perbezaan begini, ada satu sistem yang menyatukan mereka iaitu zakat.
Ia bukan sekadar rukun Islam yang wajib, tapi 'jambatan penghubung' antara si kaya dan si susah. Tanpa mereka saling mengenali. Yang memberi tidak tahu siapa yang menerima, dan yang menerima tidak tahu siapa yang memberi.
Yang kaya disucikan hartanya, yang susah diringankan beban hidupnya.
Terima kasih semua pengeluar zakat. Semoga hidup anda selalu baik-baik, bertambah kaya dan berkat rezekinya, Ameen.
May Allah grant every brother the strength to overcome the sins of consuming P*rnography
Such deeds:
Destroy marriages
Harm imaan
Ruin self confidence
impact mental health
Compromise physical health
Impair s*xual performance
Affect ones ability to focus
Tank productivity
Lead to increased depravity
It’s one of the biggest trials not just for our youth, but also for the grown ups amongst us, even the married ones
Perhaps a man’s wife goes to the shops or to do the school run so he has 10 minutes alone to himself and what does he do? He loads up a video and ‘cheats’ by getting pleasure from watching another man sleep with the woman that he finds attractive
Perhaps A man no longer feels satisfied by his wife because his wife isn’t like the women he watches and his wife doesn’t do the depraved things the women he watches do. So he stops fulfilling her needs, then the marriage breaks down
Perhaps rather than busying himself with religious obligations or studies or work or fitness or business, a man wastes his time and energy on a video. Then afterwards he feels lazy and unproductive, any drive and discipline drained from him by the content he’s consuming
You’d be surprised and horrified by the number of men, particularly and sadly amongst the Muslims, who are fighting such demons
Apa sahaja belanja yang kita berikan kepada orang yang memerlukan, ingatlah sabda Rasulullah SAW :
لعلك ترزق به
Terjemahan : Mudah-mudahan kamu mendapat rezeki disebabkan dia.
Dahulu saya pernah menulis : “Kadang, kita ‘membeli’ rezeki dengan tujuan untuk menambah rezeki.
Ada dua orang adik beradik pada zaman Rasulullah SAW. Seorang berkerja mencari rezeki manakala seorang lagi menuntut ilmu bersama Rasulullah SAW. Yang berkerja itu menampung keperluan saudaranya yang tidak berkerja.
Suatu hari, yang berkerja mencari rezeki ini datang bertemu Nabi SAW dan mengadu bahawa saudaranya tidak membantu dia mencari rezeki. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya :
لعلك ترزق به
“Mudah-mudahan kamu mendapat rezeki disebabkan dia”.
Ingat, salah satu asbab mendapat rezeki adalah menampung dan menanggung keperluan orang lain, lebih-lebih lagi para penuntut ilmu yang memerlukan.
Aku jawab persoalan ini sebagai seorang Muslim, dengan dua lensa:
Pertama, sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat
Kedua, daripada pengalaman peribadi dan pemerhatian yang aku nampak sendiri.
Dan sebelum kita pergi lebih jauh,
Jika yang membaca tweet ini termasuk dalam golongan yang masih yakin bahawa “Perbankan Islam” hari ini benar-benar bebas daripada riba’, atau menganggap ia solusi sempurna yang Allah redha, maka tulisan ini bukan untuk kau.
Kau boleh pergi minum air rendaman kaki panel syariah bank dan teruskan hidup macam biasa. Tulisan ini untuk mereka yang benar-benar mahu mencari jalan keluar. Yang sanggup susah, asalkan tidak menzalimi diri dengan riba’. Yang masih ada sekelumit rasa takut kepada Allah dalam urusan harta dan kehidupan.
Segala perbincangan tentang harta dan riba’ mesti bermula dengan satu kesedaran paling asas: dunia ini hanyalah tempat singgah sementara. Kita diciptakan bukan untuk menetap di sini selama-lamanya, tetapi untuk diuji. Sama ada kita tunduk kepada sistem Allah, atau sistem manusia yang menyimpang dari fitrah.
Apabila hati seorang Muslim benar-benar memahami hakikat ini, dia tidak lagi melihat dunia dengan pandangan orang yang mahu mengakar di dalamnya. Dia akan berfikir seperti seorang pengembara, yang cukup sekadar memiliki apa yang perlu untuk meneruskan perjalanan, bukan membina istana di padang pasir yang sementara.
Rasulullah bersabda:
"Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah seorang pengembara, atau seorang yang melintas jalan."
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Dan seorang pengembara tidak membeli sesuatu dengan hutang yang menjadikannya terikat sepanjang hayat. Dia tahu perjalanan ini pendek, dan kemewahan di tengah jalan bukan tujuan.
Beli kereta. Jawapan paling mudah tetapi paling susah untuk diterima: beli secara tunai.
Ya, sesederhana itu.
Dan ya, sesusah itu.
Realitinya, tak semua orang mampu beli kereta baharu berharga RM70,000 ke atas tanpa pinjaman.
Tetapi siapa kata kita wajib beli kereta baharu?
Kita cuma perlu kenderaan yang berfungsi untuk memenuhi keperluan hidup, bukan simbol status untuk dilihat berjaya.
Pasaran Malaysia penuh dengan kereta berharga bawah RM20,000 dari model lama yang masih kuat, hingga kereta kecil yang boleh dibeli dengan tunai hasil simpanan beberapa bulan.
Nak lebih berhati-hati, upahlah kawan atau pomen yang boleh dipercayai untuk periksa keadaan kereta sebelum beli. Dan kenal pasti bengkel yang jujur untuk urusan penyelenggaraan selepas itu. Mungkin boleh tanya @Pelabur_Bijak
dia ada bengkel.
Ia memang memerlukan sedikit usaha dan kesabaran tapi begitulah sifat jalan halal. Ramai orang enggan melalui jalan ini bukan kerana mereka tak mampu, tetapi kerana mereka malas berfikir dan lebih selesa memilih “jalan mudah” yang sudah biasa.
Mereka kata,
“Kalau beli kereta lama pening kepala kalau rosak.”
Lalu mereka memilih untuk membeli kereta baharu melalui pinjaman bank “Islamik” yang penuh dengan akad batil dan manipulasi istilah semata-mata untuk merasa "tenang."
Padahal ketenangan itu bukan kerana bebas daripada masalah, tapi kerana sudah terbiasa hidup dalam riba’ yang disyariahkan.
Isu rumah lebih besar, kerana nilainya lebih tinggi. Namun prinsipnya sama: jika mahu bebas riba’, beli secara tunai.
Kedengaran mustahil? Mungkin, tapi bukan tidak boleh.
Majoriti orang tidak mampu membeli rumah tunai dalam masa singkat. Maka solusinya bukan dengan berpaling kepada riba’, tetapi dengan kembali kepada gaya hidup yang lebih ringan, menyewa.
Menyewa sering dilihat sebagai kegagalan dalam paradigma moden, tetapi sebenarnya ia lebih dekat kepada hakikat seorang Muslim yang melihat dunia sebagai tempat persinggahan.
Jika terpaksa berpindah dari satu rumah ke rumah lain, anggaplah itu sebagai latihan mujahadah.
Bukan semua ketidakselesaan itu keburukan; kadang-kadang, ia adalah tarbiah Allah untuk mengajar kita jangan terlalu melekat pada dunia.
Dalam masa yang sama, kumpul sedikit demi sedikit. Bina simpanan untuk beli tanah dan rumah kecil di atasnya dengan tunai, walaupun ambil masa bertahun-tahun. Biar lambat, asalkan berkat. Kalau tak tercapai benda ni sebelum mati pun takde hal, bukan kat sini rumah abadi.
Tidak dinafikan, hidup tanpa riba’ memang struggle. Ia menuntut kesabaran, perancangan, dan pengorbanan di saat majoriti manusia mengamalkannya.
Tetapi inilah realiti iman. Orang beriman tidak mencari kemudahan dunia dengan menukar redha Allah kepada kesenangan sementara.
Ramai memilih pinjaman riba’ atas alasan “semua orang pun buat.” Mereka mahu nampak “stabil” ada rumah, ada kereta, ada gaji bulanan tetap.
Namun mereka tidak sedar kestabilan itu dibina atas kebatilan. Sedikit sahaja krisis ekonomi atau kehilangan kerja, semuanya runtuh.
Sedangkan orang yang menolak riba’ mungkin kelihatan susah, tetapi dia hidup dengan dada yang lapang. Tiada hutang tersembunyi. Tiada kontrak syubhah.
Akhirnya, semuanya kembali kepada cara pandang (worldview). Kita boleh melihat dunia ini seperti orang kebanyakan, sebagai tempat untuk “membina kehidupan,” “naik taraf,” dan “mengejar keselesaan.”
Atau kita boleh melihatnya seperti yang Allah dan Rasul ajar tempat singgah untuk diuji sebelum kembali kepada tempat sebenar.
Jika kita melihat dunia sebagaimana pandangan yang Allah dan Rasul dah ajar, maka kita akan mula menilai sesuatu bukan berdasarkan kesenangan semata-mata, tetapi keredhaan.
Dan bila hati mula mencari redha, riba’ bukan lagi pilihan, walau seluruh dunia mengatakan ia normal.
Jalan hidup tanpa riba’ bukan jalan yang senang. Tapi ia jalan yang membawa ketenangan sebenar kerana ia seiring dengan fitrah dan perintah Allah.
Membeli kereta tunai, menyewa rumah, hidup sederhana semua itu mungkin nampak “mundur” di mata dunia moden. Tapi di sisi Allah, mungkin di situlah kemuliaan yang sebenar.
Pada skala yang lebih besar, boleh ke YouTube Ustaz Noor Derus, beliau ada kupas bagaimana sistem wakaf & real business boleh bantu Muslim dalam isu pemilikan rumah.
Enam Ciri Golongan Munafik Yang Berkaitan Dengan Solat
1- Malas dalam melaksanakan solat.
2- Menunjuk-nunjuk kepada manusia semasa melakukan solat.
3- Melewatkan solat.
4- Solat dengan begitu laju (seperti patukan ayam).
5- Kurang mengingati Allah SWT di dalam solat.
6- Meninggalkan solat secara berjemaah.
Rujuk : Al-Solat, Ibnu Al-Qayyim (1/283)
Tak sangka dah 11 tahun usia rakaman ini. Sampai sekarang kalau dengar masih menitik air mata. Rupanya ketenangan jiwa adalah anugerah Allah SWT yang paling kita dambakan. “Apabila Allah SWT memberikan sakinah ke dalam kehidupan seseorang, segala rintangan terasa kecil.” - DrMAZA