Ibu suruh anak OKU telan parasetamol sebelum tikam leher mangsa, bunuh diri
MELAKA – Seorang wanita ditemui maut dipercayai menikam dirinya sendiri menggunakan pisau selepas cuba membunuh anak lelakinya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Kota Laksamana di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, lelaki OKU (mental) berusia 26 tahun berkenaan bagaimanapun terselamat, namun mengalami kecederaan di bahagian leher akibat ditikam.
Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, kejadian itu diketahui selepas pemuda tersebut menelefon neneknya memberitahu lehernya telah ditikam oleh si mati.
Katanya, dia bersama beberapa ahli keluarga lain termasuk nenek mangsa, iaitu ibu kepada si mati telah bergegas ke lokasi dan mendapati pemuda berkenaan telah keluar dari rumah dalam keadaan baju berlumuran darah.
“Kami kemudian telah masuk ke dalam rumah bersama-sama mangsa untuk menukar bajunya dan terlihat ibunya tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di bahagian ruang tamu.
“Mangsa beritahu ibunya telah menyuruhnya menelan sejumlah parasetamol dan tidur dalam keadaan tidak berbaju sebelum kemudian tiba-tiba menikam lehernya menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi, hari ini.
Tambahnya, si mati yang berusia 56 tahun selepas itu dikatakan menikam perutnya sendiri sehingga rebah dan dipercayai meninggal dunia.
“Sebelum kejadian sikap ibunya berubah menjadi pendiam dan tidak mahu mendengar apa yang ahli keluarga cakap, seperti tertekan.
“Kami syak dia ingin pergi (mati) bersama anaknya, dia seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak dengan mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik, sulung berusia 28 tahun,” katanya.
Ujarnya, si mati bekerja sebagai guru tadika dan tinggal berdua bersama anak OKU berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
12 Julai 2023, 11:58 pm
PESANAN RINGKAS TAPI PENTING
Kalau kalian sakit mata, dan doktor beri ubat titis yang mengandungi dexamethasone, mohon jangan pakai lebih daripada seminggu tanpa bertanya doktor. Kalau pakai lama sangat, boleh menyebabkan:
Ikuti thread ini...
this is just another casual reminder to dont skip retinol if youre 20s above. sape je nak berkedut & nampak tua padahal umur baru 21 😭✋🏻 surely not me.. ni my fav for beginners, good molecules retinol. i tak pernah purging guna this one 😍
5 JANGAN UNTUK ANAK SIHAT
1) Jangan kata anak ada demam guna tangan. Tangan tak ada tulis nombor suhu 37, 38 atau 40°C.
2) Jangan biar anak cirit birit di rumah dan harap dia akan baik sendiri. Itu redha tak bertempat.
⚠️
Hampir setiap rumah ada tong gas memasak ni,
bila-bila masa sahaja insiden letupan tong gas memasak ni boleh jadi pada kita.
Ini Thread ringkas tentang ;
A) Langkah mencegah kebocoran tong gas
B) Langkah mencegah letupan tong gas ketika kebocoran telah berlaku