Novel berkonsepkan time-travel:
• Bagaikan Puteri (Ramli Awang Murshid)
• May - Terpasung di Lorong Waktu (Rozanna)
• Bidan (Nil)
• Pada Masa Yang Terhenti (Osman Deen)
• Terperangkap Di Anteseden (Iqbal Rafiuddin)
• Mengejar Mimpi Sempurna (Auni Zainal)
Ada lagi tak?
MEMPERKENALKAN... KOLEXI ✨📚📤
KOLEXI adalah projek remaja Fixi untuk hasilkan sebuah boxset mini yang mengandungi 15 buku. Ia sesuai untuk bukan sahaja milik peribadi tapi perpustakaan ~ termasuk perpustakaan sekolah.
Setiap buku mini menampilan seorang penulis Malaysia dengan karya yang ditulis abad ini. Setiap buku akan mengandungi beberapa cerpen dengan total jumlah perkataan sekitar 8k-12k.
Penyelenggara: Fiwaz (lahir 2002).
🖋 Genre: Segala jenis fiksyen
🗣 Bahasa: Bahasa Melayu (termasuk terjemahan dari bahasa lain di Malaysia). Cerpen yang pernah diterbitkan dialu-alukan.
👨⚖️Disaring dan dinilai oleh panelis remaja (lahir selepas 2006)
📄 Isi borang dan muat-naik manuskrip anda di: https://t.co/PRE9vh9fqx
💰 Penulis terpilih akan menerima royalti pendahuluan
📅 Tarikh akhir penghantaran: 31 Mac 2026
#Kolexi #Kolexi2026
Super happy for two things today, alhamdulillah. Satu sebab harini the whole family members gather at my house. Dua sebab anak kembar saya dah ada di Kinokuniya 💖
RAMPASAN DI KEDAI FIXI
Pada 7:30 pm semalam (25 Jun 2025) empat pegawai penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) datang ke @kedaifixi dan rampas dua novel kami iaitu JELIK dan JELIK: 2 oleh @IsmiFaIsmail untuk "dikaji". Mereka tidak bayar, mereka hanya ambil dua buku berkenaan dan tinggalkan dokumen.
Ini bukan kali pertama pegawai KDN datang ke sebuah kedai buku untuk buat rampasan sebegini. Proses ini menyusahkan staf kedai yang sepatutnya layan pelanggan yang ada duit.
Jadi cadangan kami kepada Menteri Dalam Negeri @saifnasution: Sila beri duit belanja kepada pegawai-pegawai anda. Setiap buku RM28 je, jadi total RM56. Setelah mereka beli, mereka boleh "kaji" sepuas hati mereka. Dan kami taklah rasa sakit hati sebab terlepas jualan RM56 untuk hari itu. (Kedai buku bukannya untung banyak pun.)
Amacam?
***
Nak sokong kami?
https://t.co/1xsBTECKdj
https://t.co/LWuizB0cBJ
Syurga buku lama ♥️
Sekali masuk, memang susah nak keluar
Ada banyak kedai buku terpakai di sini
Ada komik, buku sejarah, agama, falsafah dll
Kalau Penang ada Chowrasta
Bangi/Kajang ada Hentian Buku Selangor!
📍Hentian Kajang (Ting 2)
📅 Setiap hari (10 am - 6 pm)
Ada manuskrip best dan pernah terfikir … alangkah indahnya kalau orang lain pun boleh rasa dan hayati cerita yang kita tulis?
📩 Hantarkan manuskrip (sinopsis dan 3 bab pertama) termasuk biodata anda ke: [email protected]
📌 Idea besar tak perlu dibiar terperam.
announcing my first ever signing session with FIXI. Saya akan berada dua hari di sana untuk berjumpa dengan rakan taulan & sahabat pembaca. Can’t wait! Nanti dah keluar tarikh dengan Prolog Media, saya roger okay?
Bismillah…
Untuk diri sendiri. Mungkin juga kamu, atau mungkin juga sesiapa yg ingin membaca.
Mungkin waktu Pbakl atau mungkin selepas waktu itu. Uja merancang moga semuanya termakbul.
Terima kasih semua team terutama editor buku nipis.
Terimalah
#LANGITYANGBELUMTERANG