Orang selalu pesan, “Sabarlah.”
Tapi pernah tak kita terfikir, sabar tu sebenarnya macam mana?
Dulu saya ingat sabar ni sekadar diam, tahan marah dan pendam apa yang kita rasa.
Rupa-rupanya, sabar bukan hanya tentang apa yang kita tahan dalam hati. Tapi juga tentang apa yang kita tetap pilih untuk lakukan.
Saya terbaca satu artikel di Think Quran Discover yang berkongsi tentang dua bentuk kesabaran. Sabar di hati dan sabar dalam tindakan.
Contoh paling dekat, usaha kita nak perbaiki solat.
Ada hari kita bersemangat. Ada hari badan penat, fikiran melayang, nak khusyuk pun terasa susah.
Tapi kita tetap cuba. Tetap perbaiki mana yang kurang. Tetap teruskan walaupun perlahan.
Bila fikir balik, istiqamah tu bukan bermaksud kita sentiasa kuat. Kadang-kadang, kita mampu terus istiqamah kerana kita belajar untuk bersabar.
Yang menariknya, Allah berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 146:
وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
“Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.”
Terasa lain bila baca ayat ni.
Selama ni kita selalu melihat ujian sebagai sesuatu yang menyusahkan. Sedangkan di sebalik ujian, ada ruang untuk kita belajar menjadi hamba yang lebih sabar dan meraih kasih sayang Allah.
Mungkin sabar bukan tentang berapa lama kita mampu bertahan.
Tapi bagaimana kita tetap memilih untuk melakukan perkara yang baik, walaupun sedang diuji.
Ada dua lagi situasi tentang sabar yang dikongsikan dalam artikel tu. Menarik untuk kita renungkan sama-sama.
Saya tinggalkan link di sini kalau ada yang nak baca. Mudah-mudahan bermanfaat. 🤍
https://t.co/xh3pi1oYRK
𝗣𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡
BERSAMA menyeru kepimpinan UMNO supaya berhenti campur tangan di dalam pergolakan Kerajaan Negeri Sembilan dan mendengar nasihatnya sendiri sebelum ini agar krisis tersebut diselesaikan secara baik di antara Kerajaan Negeri dan Istana.
Krisis tersebut sudah ada tanda-tanda bergerak ke arah penyelesaian, seperti rentetan peristiwa berikut:
1) Dalam satu surat bertarikh 10 November 2026, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim menulis kepada Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menarik balik surat bertarikh 17 September 2026. Surat terdahulu itu menyatakan DYMM Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
2) Pada 14 November 2026, Datuk Ismail Lasim mengesahkan perkara ini kepada pihak media dan menyatakan keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh ahli-ahli EXCO.
3) Pada hari Isnin 16 November, melalui satu mesej Whatsapp jam 8:38 malam, Setiausaha Sulit Yang di-Pertuan Besar telah memaklumkan perkenan untuk beliau menghadap sebagaimana yang dipohon, dan perkara ini telah diakui terima oleh beliau. Sesi menghadap tersebut ditetapkan pada pukul 10.00 pagi, hari Jumaat, 20 November 2026.
Tidak sampai dua jam selepas Datuk Ismail Lazim disahkan diberi perkenan untuk menghadap, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengumumkan bahawa Datuk Ismail Lasim telah meletakkan jawatan.
Surat peletakan jawatan hanya dihantar ke istana lebih kurang dua jam selepas pengumuman itu dibuat dan bukan dari Datuk Ismail Lasim sendiri.
Umum mengetahui bahawa UMNO telah mensyaratkan calon-calonnya yang bertanding di dalam pilihan raya untuk menandatangani surat peletakan jawatan dengan butiran yang kosong.
Ini memberi kuasa kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Zahid Hamidi memecat atau menggugurkan mana-mana wakil rakyat yang dikira ingkar dengan arahan parti.
Pada pandangan saya, amalan ini lebih berkesan untuk mengekang wakil-wakil rakyat lompat parti dengan memberi ruang kepada parti mengosongkan kerusi terlebih dahulu.
Walau bagaimana pun, tindakan yang sama tidak boleh dibuat untuk jawatan-jawatan yang dilantik atas budi bicara dan kuasa DYMM Sultan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negeri, terutamanya jawatan Menteri Besar.
Dato’ Seri Zahid Hamidi dan kepimpinan UMNO perlu menjelaskan sama ada surat peletakan jawatan yang dihantar ke Istana bukannya datang dari Datuk Ismail Lasim, sebaliknya surat peletakan kosong yang ditandatangani lebih awal.
Tindakan UMNO “memecat” Datuk Ismail Lasim di saat penyelesaian krisis di Negeri Sembilan sudah ada perkembangan baik, melambangkan dua perkara:
i. UMNO berkeras untuk menurunkan DYMM Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir dari takhta, atas sebab-sebab yang UMNO perlu jelaskan secara terbuka kepada rakyat
ii. UMNO tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu
Saya menyeru semua kepimpinan politik menyerahkan perkara ini untuk diselesaikan secara baik dan menghormati budi bicara Istana Negeri Sembilan untuk memastikan pergolakan ini tamat dan Kerajaan Negeri Sembilan boleh mula berfungsi sejak dipilih tiga bulan lalu.
Cubaan terbaru dari kepimpinan UMNO untuk menghalang penyelesaian yang hampir dicapai ini tidak menguntungkan sesiapa, kecuali nafsu beberapa kerat sahaja.
UMNO dan PAS telah menang dalam pilihan raya. UMNO dan PAS telah berjaya meyakinkan pengundi Melayu bahawa mereka membela kepentingan Islam, orang Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu.
Demi rakyat yang mengundi mereka, sekarang adalah masa untuk UMNO merendahkan diri di depan DYMM Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir, dan masa untuk PAS bersuara bila UMNO nampak terlalu angkuh dengan kemenangan kebelakangan ini.
Bagi pihak BERSAMA
RAFIZI RAMLI
People romanticise Najib's era as a time of low government debt.
The official debt was around 50% of GDP. But when PH took over in 2018, the Treasury revealed RM1.087 trillion in debt and liabilities — 80.3% of GDP.
The difference? Hundreds of billions in government guarantees and off-budget commitments, including 1MDB robbery.
Najib left behind a much heavier fiscal burden than the headline numbers suggested.
Muhyiddin and Ismail Sabri added more debt during the pandemic.
Today, Anwar is blamed for the fiscal burden he inherited.
That's the irony of Malaysian politics.
Higher education institutions could be blacklisted from recruiting new foreign students if they fail to report missing students or those who stop attending classes.
Immigration Dept DG Zakaria Shaaban told BH that some foreigners exploit student visas as a means of entering Malaysia before overstaying.
🧵1
https://t.co/tXDS7OUECT
These findings by PAC is shocking really ! Why this happens over and over again beats any logic ! Service without any formal contract ? Millions of RM ! Why ?
@khalidkarim Say what you like but Melaka election result is a reflection of Malaysians' mindset. Corruption is acceptable.
Corrupt leaders are acceptable for as long as they come from political party of choice.
Don't blame these corrupt leaders. Blame the 95% of the Malaysian voters.
Good morning,
Sharing a little wisdom for anyone who needs it today: "Closure doesn't always come from a conversation," and "You can't heal what you keep justifying."
May your day be filled with clarity, quiet strength, and gentle moments. Wishing you all a wonderful day ahead!