Zaman dulu, ada belanjawan alternatif; pembangkang bincang & buat tawaran cadangan SEBELUM kerajaan bentang bajet.
Zaman sekarang kau tunggu bentang lepas tu komplen itu tak kena, ini salah. Cadangan?
Bro, nama dia Pertikaian Nasional, bukan Cadangan Nasional.
Yang orang duk mengamuk ni dah kenapa?. Siap pertikai undang undang mana ni. Ni sama ada anda tak baca Perlembagaan Persekutuan atau anda mengamuk tak tentu pasal
Tunjukkan Belanjawan kepada YDPA adalah sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia lah
Amalan ni dah dibuat sejak dulu lagi. Zaman Najib buat, Zaman Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri pun sama
YDPA berhak tahu urusan kerajaan di bawah Perkara 40 Perlembagaan Malaysia dan kena memberi perkenan untuk belanjawan Malaysia di bawah Perkara 99 Perlembagaan Persekutuan
Tahukah anda semalam Ketua Audit Negara bentangkan laporan prestasi kewangan tahun 2024 di parlimen.
Sebelum nak masuk detail, ada perkara yg sgt menarik perhatian!
TERIMAAN Kerajaan:
2024 RM326 bilion ✅
2023 RM315 bilion
Dalam masa sama PERBELANJAAN Kerajaan:
2024 RM405 bilion ✅
2023 RM407 bilion
Bahasa mudahnya kita dapat duit lebih banyak dari tahun sebelumnya, tapi dalam masa sama kita belanja lebih rendah dari tahun sebelumnya!
Hat ni penyebab kita berjaya kurangkan defisit.
Padu. 💪🏻
Kes URA ni simple ja. Sebab Menteri yg bentang Cina, lalu dijadikan isu perkauman Cina nak rampas tanah Melayu.
Walhal isu URA dah dibincangkan masa @AnnuarMusa jadi Menteri Wilayah circa 2020 lagi.
Kalau Pembangkang cerdik sepatutnya mereka sokong URA tapi desak pemaju yg dilantik adalah UDA sendiri.
Sebab UDA bukan developer yg kejar untung semata-mata.
Tu kalau Pembangkang cerdik.
Ini dia Cikgu Bahasa Inggeris yg cipta fitnah adik Zara dibunuh dgn cara dimasukkan dalam mesin basuh.
Dah diberkas PDRM & bakal dituduh di mahkamah.
Semoga hilang pencen!
Kau bayangkan kalau 4 orang berdiri rapat2 dalam 1 meter persegi.
Untuk dapat 500,000 orang, kau kena ada 125,000 m persegi. Padang Dataran Merdeka tu termasuk padang dan jalan sekitar, 82,000m persegi.
Ini dalam keadaan padang tutup, macamana kau boleh declare 500k?
1/
“Tiada seorang pun berlatar belakang pendidikan Islam.”
kata Mohd Sayuti Omar — sambil meneliti biodata lima teknokrat Rafizi.
Cambridge? Oxford? Johns Hopkins? Meh.
Yang penting: bila masa kau belajar tafsir dan balaghah?
Mari kita bedah.
2/
Rafizi bukan lantik mereka untuk jadi imam solat zuhur Kementerian Ekonomi.
Mereka ini dilantik untuk:
→ bina dasar gaji progresif
→ rancang pelan tenaga negara
→ bangunkan sektor semikonduktor
→ struktur semula ekosistem syarikat pemula
Tapi nampaknya, dosa mereka — tidak cukup “berbau agama”.
3/
Ini bukan kritik dasar.
Bukan juga pertikaian fakta.
Ini ialah komentar nostalgia, rindu zaman di mana setiap pemimpin mesti ada latar belakang agama… walaupun tugas dia audit syarikat GLC.
4/
Sayuti tak kritik idea.
Tak kritik keberkesanan dasar.
Tak tanya pun:
→ Apakah hasil NETR?
→ Berapa syarikat telah dibina di bawah JSSEZ?
→ Bagaimana rekod integriti pasukan ini?
Yang dia risau:
“Takde satu pun ambil bidang agama?”
5/
Kita sayang Islam.
Tapi Islam tak pernah suruh letak CV pengajian pondok sebagai syarat wajib gubal dasar ekonomi.
Kalau semua benda mesti berlabel ‘Islam’,
nanti kena soal juga:
→ “Mana mufti dalam pasukan Formula 1 negara?”
6/
Yang lucunya, jika lima orang tu datang dari universiti Arab, belajar Syariah dan Usuluddin,
walaupun tak tahu beza antara EBITDA dengan ESG,
pasti ada yang akan kata:
“Inilah barakah sebenar dalam pentadbiran.”
7/
Kita bukan tolak agama.
Kita cuma letak orang yang betul, di tempat yang betul.
Ekonomi? Serah pada pakar ekonomi.
Fatwa? Serah pada mufti.
Kalau semua nak buat semua, negara kita kekal di zaman majlis syura bayangan Twitter.
8/
Kritik MSO ni bukan mahu kualiti.
Ia mahukan simbol. Simbolisme Islamik.
→ Tak cukup kalau dasar baik,
→ Mesti disalut dengan kosmetik keagamaan.
Macam nak makan kek tapi hanya puas bila ada cop halal walaupun tak baca label kandungan.
9/
Kalau kita benar mahu kemajuan,
maka soalnya bukan: “Belajar agama atau tak?”
Tapi: “Buat kerja atau tak?”
Negara kita bukan kekurangan agamawan.
Kita kekurangan pentadbir yang jujur, cekap, dan tak menjilat kuasa.
10/
Dan itu yang Rafizi cuba buat.
Dia lantik orang yang:
→ Tinggalkan gaji besar
→ Turun dari menara gading dan syarikat dana
→ Datang bantu negara — tanpa publisiti besar
Tapi kita soal:
“Tapi dia ada sanad ke tak?”
11/
Benang ini bukan untuk puja Rafizi.
Tapi untuk ingatkan:
Jika kita mahu sistem yang adil dan maju,
kita tak boleh letak agama sebagai senjata menilai orang.
→ Gunakan agama untuk nilai diri sendiri.
→ Gunakan fakta untuk nilai dasar.
12/
Akhir kata:
Bukan semua yang tak pakai jubah itu lalai.
Bukan semua yang bawa Excel sheet itu lupa akhirat.
Dan bukan semua kritik yang guna nama Islam itu… ikhlas.
Selamat berfikir.
— tamat —