Berhentilah menayangkan drama yang menormalisasikan hubungan songsang. Jangan racuni pemikiran generasi akan datang sehingga perkara yang Allah larang dianggap biasa.
Jangan sia-siakan hari Jumaat tanpa memperbanyakkan selawat. Makin banyak selawat kita kepada Nabi ﷺ, makin dekat kita dengan Baginda di akhirat kelak.
Dajjal akan muncul dari arah Khurasan.
Dia akan disambut oleh 70,000 pengikutnya daripada kalangan Yahudi Isfahan, Iran.
Fitnah akhir zaman pasti akan berlaku.
Itulah janji Nabi ﷺ yang benar.
Jangan tinggalkan Surah al-Kahfi. Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah.
Mmg takla aku pakai duit kwsp beli insuran kesihatan. Semua insuran dlm malaysia ni scam, takyah beria nak beli. Masa kau betul susah, semua insuran cuci tangan. 1 sen pun kau takkan dpt duit tu balik. Baik guna kwsp tu bayar sendiri bil hospital
Rizq blockers:
• missing Fajr
• Overeating
• Porn
• Gossip
• Riba
•Lack of Istighfar
You ask why life feels stuck.
But you’re locking the doors yourself
Ramai yang berjuang sebenarnya. Cuma bezanya, ada yang meluahkan dan ada juga yang cuma simpan dan telan sendiri.
Apa pun perjuangan kita, sentiasa ingat setiap kepayahan pasti Allah permudahkan buat kita.
Jangan putus asa, jangan putus harap ya, nak.
Dunia ni sekejap. Sekejap yang teramat sangat.
Lepas mati, baru bermula hari yang sangat panjang. Menunggu kiamat di kubur dan hisab di mahsyar.
Sebelum kita ke Syurga atau Neraka.
Hari ni kalau diuji, semua tu sementara. Balasan akhirat nanti, lama yang tiada pengakhirannya!
Hati-hati bila kita leka buat kemungkaran tapi hidup tetap aman daripada musibah dan rezeki bertambah.
Bimbang itu tandanya kita sedang terkena istidraj, iaitu Allah membiarkan kita bersenang-senang dalam kemaksiatan dan ditambah nikmat. Bukan untuk memuliakan atau membenarkan perbuatan kita, tetapi untuk usir kita sejauh mungkin daripada-Nya.
Dalam masa yang sama, Dia tidak hantar sesiapa pun untuk tegur, nasihat atau bimbing kita semula. Dalam erti kata lain, kita hanyut tanpa petunjuk, ibarat pelayar yang sesat di lautan luas tanpa petunjuk cahaya bintang dan bulan.
Kesudahannya, di akhirat nanti kita akan terima azab maha dahsyat yang tidak terbayang akal.
حَسْبُنَا ٱللَّهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ
Tuan puan, jika selama ini kita ada melakukan kesalahan kemudian ada hamba Allah datang menegur, maka berbaik sangkalah dengan Allah SWT. Itu tandanya Dia masih sayang dan tak pinggirkan kita.
Setiap manusia ada silapnya, namun sebaik-baik pesalah adalah yang bertaubat. Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda:
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Maksudnya: "Setiap anak Adam itu melakukan kesilapan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat."
(HR Ibnu Majah)
#ustazwadiannuar