Orang dah biasa duduk dalam parti yang takde harapan menang tenang je respon hatta hilang deposit.
Dia dah pernah hadap benda ni.
Dia cuma ulang semula. Parti berbeza.
Mereka yang tak tenang sekarang ialah yang join parti bila parti tu dah kuat & sekarang menuju kejatuhan.
Pakatan selama ni survive sbb ada PAS, kemudian Bersatu, kemudian pertembungan antara UMNO dengan Bersatu.
Now that Bersatu is dead, and Chinese will never accept PAS, Pakatan has met its dead end.
Anwar Ibrahim could be the only PM from the Progressives in our history.
Pengundi #JohorJaya yang saya kasihi,
Rakyat telah membuat pilihan, dan saya menerima keputusan ini sepenuhnya. Saya mengucapkan tahniah kepada Puan Chan San San daripada Barisan Nasional atas kemenangan yang jelas dan saya doakan beliau dikurniakan kekuatan untuk berkhidmat kepada kawasan ini dengan sebaik-baiknya.
Sejujurnya, saya langsung tidak berasa sedih.
Kepada 2,051 pengundi yang menandakan undi di sebelah nama kami, terima kasih. Anda bukan mengundi sebuah jentera kemenangan. Anda mengundi nilai yang kami perjuangkan, walaupun tahu peluangnya tipis. Pada fasa yang penuh ketidaktentuan ini, yang paling menyentuh hati saya ialah kalian, penyokong awal yang sanggup meletakkan kepercayaan kepada kami. Pada tahun-tahun mendatang, BERSAMA akan berusaha agar tidak mengecewakan kepercayaan ini.
BERSAMA hanya digerakkan lebih kurang empat puluh hari sebelum hari penamaan calon usianya kini baru lima puluh hari lebih. Tanpa dana besar, tanpa kelebihan penyandang; yang ada hanyalah keyakinan dan kerja keras. Seperti yang saya tegaskan sepanjang kempen: BERSAMA tidak mengambil jalan pintas. Kami memilih jalan yang paling sukar tetapi paling kukuh, selangkah demi selangkah, membina sebuah parti yang benar-benar profesional, pelbagai dan rasional, serta menyampaikan idea dasar yang ingin kami bawa untuk Malaysia dengan jelas kepada para pengundi. Kami semua sedia maklum bahawa ini adalah perjalanan jangka panjang sekurang-kurangnya sepuluh tahun.
Justeru, walaupun kami belum memenangi kerusi, Johor Jaya kini mengenali BERSAMA.
Sama ada keputusan hari ini ditafsirkan sebagai baik atau buruk, bagi saya ia tetap satu permulaan yang berani.
Kepada para sukarelawan BERSAMA:
Kalian yang mengorbankan malam dan hujung minggu untuk berkempen dari pintu ke pintu; yang meredah panas terik menyusuri rumah pangsa, taman perumahan dan kampung; yang memanjat tangga dan bekerja hingga lewat malam agar bendera dan kain rentang kita berkibar di seluruh Johor Jaya. Keputusan ini tanggungjawab saya seorang; pengorbanan kalian adalah tanda kasih kepada komuniti ini dan ia tidak dapat dinafikan oleh sebarang keputusan pilihan raya.
Kepada para penyokong BERSAMA:
Janganlah berdendam dan jangan berpaling daripada proses demokrasi ini. Respons yang betul terhadap kekalahan ialah bekerja lebih keras, mendengar dengan lebih teliti dan kembali sebagai pihak yang lebih layak diberi amanah.
Akhir sekali, dua patah kata secara rasional: PRN Johor kali ini sekurang-kurangnya memperlihatkan bahawa gabungan-gabungan parti utama telah kehilangan sifat kepelbagaian.
Inilah yang perlu dimuhasabahkan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan; dan inilah juga ruang yang perlu diisi oleh BERSAMA dengan usaha berganda.
@partibersamamy akan terus berakar, terus berusaha.
Johor Jaya, kita akan bertemu lagi.
KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026
Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini.
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding.
Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media.
Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi.
Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%.
Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi.
Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum.
Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini.
Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda.
Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026.
Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu.
Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini.
Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti.
Rafizi Ramli
11 Julai 2026
Inilah wajah benar Malaysia, ada rakan2 dari pelbagai kaum dan mencerminkan komposisi dan kepelbagaian sebenar rakyat Malaysia. @partibersamamy ini baru ditubuhkan kurang dua bulan dan sudah dapat menarik perhatian sebegini. Marilah kita bawa gelombang Kancil dari Johor ke seluruh negara nanti. Ayuh rakyat Johor dan Malaysia, marilah kita bangkit dan memperjuangkan Malaysia yang lebih baik dan terang.
Sekurang kurang nya parti 40 hari lengkap isytihar harta. Parti konon reformasi pun tak mampu buat. Kalau dah parti kecil & nyamuk tak payah layan lah. Korang kan kuat. Fokus lawan Umno je lah
Saya Lau Yi Leong, Calon No. 2, mewakili BERSAMA, untuk DUN N.42 Johor Jaya.
Kerajaan perlu dipantau. Rakyat perlu wakil yang berani bersuara, bukan yang duduk diam.
11 Julai, Johor Jaya ada pilihan baharu.
Mari kita buat kerja.
#BERSAMA#JohorJaya#PRNJohor16