Berkesempatan mengadakan tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang bagi melihat persiapan penganjuran Formula 1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026 yang akan bermula esok.
Saya turut meluangkan masa menyantuni peminat F1 yang menyertai sesi pit lane walk, selain bertemu para sukarelawan dan petugas yang gigih memastikan segala persiapan berjalan dengan baik.
Saya menghargai kerjasama erat Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC) dalam menjayakan penganjuran ini.
Penghargaan kepada seluruh pasukan penganjur, petugas dan sukarelawan atas komitmen memastikan setiap urusan terlaksana dengan teratur dan selamat.
Semoga penganjuran ini berjalan lancar dan meninggalkan kenangan bermakna buat peminat serta pengunjung, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada sukan permotoran dunia.
🇲🇾🤝🇧🇭
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#F1
Mana la ZRA jumpa Prof Madya ni!
Walaupun ahli akademik tapi cara dia terang mudah org kg faham.
1) Aircond kita kalau 1HP tenaga dia +- 700 Watt. Kipas angin pula +-70 Watt.
Pasang 1 aircond sedutan elektrik dia sama macam pasang 10 biji kipas.
Cerek elektrik, seterika pun kuat elektrik tapi kita on 10-15 minit saja, tak rasa.
Situ duduknya.
2) Lampu merah kelip² kat meter tu dia tengah kira bil kita.
Pekakas yg kuat sedut letrik lampu merah tu akan kelip laju² & sebaliknya - bila² try perati.
3) Bila Malaysia dilanda musim panas ketara, suhu luar akan cecah 37°C.
Bila kita on aircond, dia akan bekerja 2x ganda nak sejukkan rumah.
Masa tu mau tau bil akan mencanak!
4) Dulu² caj tiang, pencawang, arang batu, apa bagai ni dikira sekali secara pukal,
lani struktur bil lebih telus sebab dia tunjuk asing².
Tapi bila buat camni orang kata TNB banyak caj, padahal caj ni dah wujud sejak dulu.
5) Banyak lagi yg diceritakan, kena tonton sendiri.
Terima kasih Prof Madya! 🫱🏻🫲🏼
Rumah Cherok Tok Kun tidak akan lagi sama seperti dahulu. Rumah itu menjadi saksi kenangan keluarga yang terhimpun yakni segala gelak tawa, kisah lampau, susah dan senang yang dilalui bersama.
Hari ini abang saya, saudara Idrus Ibrahim, yang merupakan sosok yang begitu dekat dan paling senior dalam kalangan kami telah kembali menyahut panggilan Ilahi.
Selamat jalan, abang. Kehilangan ini pastinya tidak mudah, apatah lagi seorang yang membesar bersama, berkongsi akar pangkal yang sama dan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup sejak sekian lama.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, merahmati rohnya dan memberi darjat yang istimewa kepadanya.
ANWAR IBRAHIM
‼️ TERKINI ‼️
📌 Malaysia, China setuju cadangan sambung ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Kelantan
📌 Perbincangan lanjut cadangan ECRL akan diadakan bersama dengan semua pihak berkepentingan sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan
- PM @anwaribrahim
#BernamaNews
#ECRL
#Kelantan
#PMKeChina
#LawatanKerja
TNB menyambut baik keputusan Kerajaan meningkatkan aras perlindungan penggunaan elektrik daripada 600kWj kepada 800kWj sebulan, yang memberi manfaat kepada lebih 8 juta atau sehingga 90% pengguna domestik TNB.
Mulai penggunaan September hingga 31 Disember 2026, pengguna domestik dengan penggunaan 800kWj dan ke bawah sebulan akan dikecualikan daripada caj AFA, SST 8% dan caj peruncitan RM10.
Langkah ini membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup dan melindungi rakyat daripada ketidaktentuan kos bahan api global berikutan krisis di Asia Barat.
#BetterBrighter
1:05am 18 Sept 2026 - Saya tidak pernah menandatangani perintah tahanan rumah seperti yang sedang tular di media sosial. Lembaga Pengampunan masih belum bersidang. Tolong jangan sebarkan dokumen palsu ini. Setiausaha Akhbar saya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Kuasa pengampunan diraja bukan sebahagian daripada proses rayuan mahkamah, sebaliknya merupakan kuasa prerogatif belas ihsan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Bagi Wilayah Persekutuan, proses itu melibatkan pertimbangan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, dengan kuasa pengampunan terletak pada Seri Paduka Baginda.
#AWANInews
KERAJAAN MADANI PERLUAS PERLINDUNGAN BIL ELEKTRIK KEPADA PENGGUNA DOMESTIK SEHINGGA 800 kWj
Kerajaan MADANI hari ini telah memutuskan untuk menambah baik subsidi bil elektrik untuk rakyat dengan memperluaskan tahap perlindungan daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026. Langkah ini diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini.
Melalui langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax).
Sekalung penghargaan khususnya kepada pihak TNB, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera.
Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa.
Justeru itu, Kerajaan MADANI akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara.
ANWAR IBRAHIM
🤲 SOLAT HAJAT BERIKUTAN SITUASI JEREBU
Dalam menghadapi situasi jerebu yang melanda, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon perlindungan dan pertolongan daripada Allah SWT.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada segala kemudaratan,
Alhamdulillah, dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan sebentar tadi, saya telah mengumumkan beberapa ikhtiar penting bagi menangani kebimbangan rakyat, terutama terkait kos sara hidup dan tekanan kehidupan seharian.
Ikhtiar ini merangkumi kelayakan BUDI MADANI, peruntukan prasarana pendidikan untuk semua jenis sekolah, langganan percuma aplikasi AI, mempercepat rawatan dan menurunkan tempoh menunggu di klinik dan hospital kerajaan, menaikkan ambang pengecualian e-Invois serta meningkatkan dana pinjaman untuk usahawan dan peniaga kecil.
Semoga ikhtiar ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat serta memberi makna yang nyata kepada sambutan kemerdekaan tahun ini. Insya-Allah, beberapa pengumuman lain akan saya sampaikan sewaktu sambutan Hari Malaysia di Sarawak, serta Belanjawan 2027.
Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus mendengar suara serta keresahan rakyat. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan setiap kejayaan negara diterjemahkan kepada limpahan manfaat yang dirasai rakyat serta kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah.
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#YakinMADANI
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H
Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.
Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW membawa cahaya yang menerangi kehidupan manusia dengan nilai kasih sayang, keadilan, amanah dan ihsan.
Baru dapat jawapan bertulis dari Menteri berkenaan 7 Pelaburan Tabung Haji yang rugi 100%.
Paling teruk pelaburan Al Rawda.
Kalau baca, memang naik darah.
Lebih RM1.5 bilion dibayar secara upfront kepada Al-Rawda sebagai orang tengah.
Tiada jaminan bank. Due diligence hancur.
Perlindungan TH cuma nota janji yang dijamin secara peribadi.
Manfaat penginapan untuk jemaah pula tidak diterima seperti dirancang. Kutipan sewa terhenti bertahun tahun.
Billions paid yet nothing to show for it
Bayangkan hari ni Cina balik China, India balik India, bulan depan sambut merdeka orang politik tu nyanyi,
"Kita satu bangsa, kita satu negara..."
2026 dah ni, jual kaum dah tak laku.
في ماليزيا امرأة ذهبت إلى المقابر برفقة ابنتها وابنها الصغير من اجل زيارة زوجها المتوفى
وبمجرد وصول الإبن الى المقبرة ركض الى قبر والده بكل حماس وفرح وهو ينادي بابا ظنا منه ان والده يسمعه مباشره الام لم تحتمل صوت ابنها وهو ينادي على والده
وقالت ان أثر الفقد وشوق الأبناء لا يزول ابدا بمرور الوقت
الواقعه كانت في بلدة جيرتي بولاية ترينجانو
Seorang ibu yang merasa pelik macam mana tiga anaknya boleh berada di bahagian atas almari pakaian..
Meminta mereka melakonan kembali bagaimana mereka berjaya buat seperti itu.....terkejut beruk ibunya...🤣
Berita baru masuk hari ini, Moody's Rating beri penarafan Malaysia di kedudukan :
✅ A3 Stabil
Dalam keadaan geopolitik dunia tak menentu, krisis tenaga global, Moody jangka ekonomi Malaysia akan terus berkembang mengatasi negara lain yg memiliki penarafan A.
Sembang apa ni Moody?
Buktinya :
2025 - Ekonomi Malaysia tumbuh 5.2%
2026 - Suku pertama dah 5.4%
Alhamdulillah.
Menara penghantaran, tiang elektrik, pencawang dan peti pembekal bukan tempat yang sesuai untuk sebarang pemasangan bahan kempen.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan semua pihak agar tidak memasang, menggantung atau menampal bahan berkaitan Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 pada mana-mana aset milik TNB. Selain berisiko kepada keselamatan awam, tindakan ini juga boleh mengganggu akses pasukan teknikal untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemulihan bekalan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang mengancam keselamatan atau menjejaskan bekalan elektrik, sila hubungi TNB CareLine di 15454, Private Message (PM) di Facebook TNB CareLine, atau Direct Message (DM) di X @Tenaga_Nasional.