Malam ini saya melancarkan Kenderaan Elektrik Weststar Maxus MIFA 9.
Tahniah kepada Weststar yang menyambut komitmen kerajaan dalam merancakkan pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) di negara kita.
Ia juga seiring dengan matlamat kerajaan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024, iaitu mempercepatkan penerimaan EV dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam pelbagai sektor.
EV juga menjanjikan untuk menangani perubahan iklim kerana industri automotif menyumbang kira-kira satu perlima daripada pelepasan global.
Kerajaan juga menyediakan dasar yang kukuh dan jelas terkait industri EV antaranya dengan melanjutkan pengecualian duti import bagi komponen EV pemasangan tempatan sehingga Disember 2027, memberikan pengecualian cukai eksais dan jualan sepenuhnya kepada kenderaan pemasangan tempatan (CKD) serta melanjutkan pengecualian duti bagi kenderaan import sepenuhnya (CBU) sehingga Disember 2025.
Selain itu, kerajaan turut menawarkan potongan cukai sehingga RM300,000 untuk syarikat yang menyewa kenderaan elektrik bukan komersial dan mengecualikan cukai jalan untuk EV sehingga 31 Disember 2025.
#MalaysiaMADANI
Amanah akan digalas dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab.
Tugas berat ini akan saya pikul berpandukan kehendak dan nurani rakyat bersama pasukan.
#DemiPertiwi
Just realized a guy just got 10k RT because I blocked him 4 years ago for being sarcastic (and is now unblocked). 10k!
But can we get the same energy and RT my new music? Like support my art as much as you support news like that lol🙏🏽❤️
https://t.co/LmXLauZ0it