Jangan tinggalkan solat hanya kerana merasakan diri masih banyak dosa.
Kita tidak perlu menunggu menjadi baik untuk mula menjaga solat. Sebaliknya, jagalah solat sambil kita berusaha memperbaiki diri.
Datanglah kepada Allah walaupun hati masih berantakan. Berdirilah di atas sejadah walaupun hidup belum tersusun.
Kerana solat bukan hadiah untuk mereka yang sempurna. Solat adalah kewajipan dan jalan pulang bagi hamba yang masih mahu berubah.
Jangan bersedih apabila segala perancangan kita tidak menjadi seperti yang kita mahukan. Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.
Ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita. Pandanglah dengan penuh kegembiraan kerana kita insan yang dipilih-Nya.
Jadilah isteri yang qanaah.
Qanaah bukan bererti berhenti berusaha atau menolak nikmat yang lebih baik. Sebaliknya, ia adalah sifat hati yang sentiasa bersyukur, reda dengan ketentuan Allah, tidak tamak terhadap dunia dan tidak membandingkan rezeki sendiri dengan orang lain.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada setiap isteri hati yang qanaah, menenangkan rumah tangga dengan rasa syukur serta menjadikan setiap keluarga dipenuhi keberkatan, kasih sayang dan sakinah.
#UWAkongsi #Qanaah #KeluargaSakinah #Syukur #Reda #Dakwah #UstazWadiAnnuar
Bahkan yang terbaik pun tidak bisa menulis ulang takdir.
Cristiano Ronaldo akhirnya harus menerima kenyataan pahit bahwa dirinya memang tidak pernah ditakdirkan untuk memenangkan Piala Dunia. Meski telah menjaga fisik di level tertinggi hingga usia 41 tahun demi memimpin Portugal di enam edisi berbeda, ambisi besarnya selalu kandas jauh sebelum menyentuh partai puncak.
Kegagalan ini membuktikan bahwa kerja keras luar biasa sekalipun kadang tidak berdaya melawan garis takdir, menyisakan satu ruang kosong yang selamanya tidak akan pernah bisa ia isi.
This is the end. The Final Dance is over. The King leaves without his crown 💔
Disaat Allah memberi ujian. Diamlah seribu bahasa, senyumlah tanpa kata, rasai nikmat ujian dari Allah kerana ujian itu tanda Allah sayang kepada kita.
Dua benda jangan bagi hilang dalam kamus hidup lelaki:
1.Kekal Rajin. Tak kira apa keadaan pun, mesti buat sesuatu. Jangan duduk saja tanpa hasil.
2.Kekal Cari Jalan. Ketentuan itu urusan Tuhan, cari jalan itu urusan kita. Susah macam mana pun, cari sampai jumpa.
Kita tak ada "back-up" kaya-raya. Bil kena bayar sendiri. Sakit, penat, atau sedih itu semua normal (part of the process).
Buat sampai jadi. Bila dah jadi, bantu orang lain pula sebab kita tahu betapa peritnya hidup di bawah.
Lantak pi orang nak kata apa, yang penting kita berusaha.
Untung orang yang berpuasa. Walaupun dia boleh sahaja minum sedikit tanpa sesiapa pun tahu, namun dia tetap tidak melakukannya. Kerana kejujuran itulah, Allah mengistimewakan ibadah puasa dan merahsiakan ganjaran pahalanya.