Tahniah penguatkuasa. So tak ada istilah penguatkuasa berani dengan orang Melayu saja.
Dorang buat je rampasan, cuma kadang-kadang benda tak viral, so orang tak nampak.
ADDENDUM & SEMAKAN KEHAKIMAN
ADDENDUM ni senang cakap, maksudnya LAMPIRAN. Tambahan dari apa yang diputuskan.
Februari 2024, saya antara yang tertunggu apa keputusan pengampunan Najib Razak. Ramai yang menanti apa Kerajaan nak buat. Sebab Najib Razak mintak pengampunan penuh dan lepas bebas. Kita tahu Agong lama dah habis tempoh 31 Jan, dan dia dah dengar rayuan pengampunan.
Ketika itu, Media luar negara dah keluarkan gossip. Najib dapat pengampunan separuh. Kena pressure lepas 2 hari, Kerajaan umumkan. Itulah keputusan yang dibuat. Hukuman Najib dikurangkan dari 12 tahun ke 6 tahun penjara. Bersama RM50juta denda dari RM210juta sebelumnya.
Makanya, Kerajaan dibantai kiri dan kanan. Majlis Penguam cabar keputusan pengampunan separuh Najib. Mereka tak setuju kes berprofil tinggi sebegitu senang2 dapat ampun separuh. Pada masa yang sama, geng UMNO mengamuk. Mana dia pengampunan penuh?
Kerajaan bertahan, pertahankan apa yang Agong dah buat keputusan. Tiada ketika itu timbul isu Tahanan Rumah, seorang pun tak berbunyi. Media luar negara pun tak dapat gossip sebegini.
Mana datang nya titah tambahan? Addendum atau Lampiran kepada Titah Pembebasan Awal?
Ia datang 6 bulan selepas itu, bilamana Tengku Zhafrul bisik2 dengan pemimpin UMNO, ada titah tambahan. Pergi lah risik2an. Makanya Presiden UMNO buat affidavit. Katanya dia dengar itu Lampiran memang ada. Lampiran Titah mintak Najib kena tahanan rumah sahaja.
Eh… ada pulak Titah Tambahan? Maknanya bukan diskaun sahaja, Najib dapat bebas dari penjara? Lepak rumah belaka????
Makanya, kena lagi Kerajaan dibantai kiri dan kanan. Penyokong sendiri yang marah hari tu Najib dapat ampun separuh, mengamuk lagi. Apahal ni? Dahlah dapat diskaun, dapat tahanan rumah lagi.
Yang geng Umno pulak. Pressure juga. Mana dia keadilan kepada Bekas Presiden mereka? Mereka nakkan Najib keluar Penjara.
Makanya Peguam Najib mulakan proses Semakan Kehakiman. Meminta Mahkamah campur tangan. Semakan ke atas keputusan Lembaga Pengampunan, dia nakkan tahanan rumah, bukan dipenjara. Berlandaskan Titah Tambahan tadi. Yang sampai sekarang tiada siapa mengaku ada original copy.
Najib menang semalam bukanlah lah bermaksud dia dah dapat tahanan rumah.
Semakan Kehakiman ni ada dua proses ya. Satu kena lepas proses Leave/ Kebenaran. Maknanya Mahkamah kena setuju dulu anda ada hak nak cabar keputusan Kerajaan. Lepas Mahkamah putuskan level 1, barulah kita dengar fakta kes, boleh ke idak Najib dapat apa yang dia nak.
Yang semalam tu Najib lepas stage 1. Maknanya Mahakmah dah bagi dia hak cabar keputusan Lembaga Pengampunan. Bukan sahaja bagi diskaun ya, dia nak juga tambahan tahanan rumah dan bebas penjara.
Itu level kedua, sama ada Najib dapat ke idak panjang lagi ceritanya.
*************************
Lagi satu dari episod ni. Pengundi sudah boleh nampak perangai politikus Malaysia.
2018 kononnnya “nak Selamatkan Malaysia. Kita nak Malaysia Baharu. Jatuhkan lah Penyamun dan Penyangak 60 tahun. Nak sekongkol komunis DAP pun tak apa. Buat apa sahaja asal dia jatuh jua”.
2024 katanya pula “Najib dizalimi. Kita kena tegakkan hak peribadi. Ini semua salah DAP!”
Sama je perangai depa dengan British. Pecah dan perintah yang diguna. Hanya kerana kemaruk kuasa.
Yang pastinya, mereka akan berdrama bila ada kepentingan.
Isunya, rakyat dan negara siapa yang tengokkan?
Salam hormat,
Liyana Marzuki