Dah besar ni baru tahu ada je orang yg tak solat, sebab parents tak solat, atau sebab diri sendiri tak solat. First time jumpa pun waktu degree. Kat tempat kerja pulak makin ramai yang saya jumpa.
Kadang rasa kita (saya) ni mungkin tak cukup bersyukur, sesungguhnya lahir dalam keluarga yang jaga solat, ada ibu bapa yang push kita suruh kita solat, kejutkan kita subuh, kejutkan waktu tido petang suruh bangun solat, semua tu rezeki dari Allah, bahkan rezeki yang begitu besar dan mungkin jauh lebih berharga daripada rezeki-rezeki yg kita selalu agung-agungkan.
Mungkin dah lama kita ni kaya, tapi kita tak perasan kekayaan yang Allah bagi kita. Terima kasih Allah.
Moga Allah kurniakan kita taufiq dan hidayah.
I *KEJAMNYA PENGGANAS KOMUNIS*
Dalam bulan kemerdekaan dan menjelangnya ulang tahun pembentukan Malaysia eloklah kita imbau peristiwa kekejaman anasir komunis di negara tercinta ini.
Peristiwa serangan hendap pengganas komunis ke atas anggota keselamatan kita di Ulu Legong berlaku pada 29 Oktober 1981. Serangan ini mengakibatkan 7 anggota tentera terbunuh. Perut mereka ditoreh, isi perut sengaja diburaikan, kemaluan dipotong, mata dicungkil, kepala hancur dek peluru yang bersarang, jenazah dilentangkan di atas jalan, diikat pada wiper kereta dan lain-lain. Tujuh orang perajurit kita terkorban dan jenazah mereka dizalimi sezalim-zalimnya. Serang hendap ini menjawab persoalan siapakah sebenarnya pengganas komunis.
Kisah serangan hendap ini saya petik daripada buku "Serang Hendap Ulu Legong" oleh Brig. Jen. Dato' Dr. Mohd Radzi Abd Hamid;
Kompeni Bravo Batalion 22 RAMD sebenarnya merupakan satu pasukan baharu yang ditugaskan mengawasi di Kampung Lalang dan sekitar. Jadi Chin Peng menyangkakan kumpulan inilah yang telah menyerang mereka walhal serangan itu dilancarkan oleh kompeni sebelumnya.
Pada hari kejadian, ketika serang hendap berlaku, Kampeni Bravo bergerak dari markas menuju ke Kampung Lalang pada sekitar jam 9 pagi. Ada dua versi dalam cerita ini; pertama, Batalion 22 RAMD keluar untuk mencari bekalan makanan manakala versi kedua mengatakan mereka mendapat panggilan untuk membantu menyiapkan sebuah rumah tauke cina yang terbakar. Tauke Wong namanya. Memandangkan ia hanya tugasan santai-santai dan mereka langsung tidak menjangkakan akan berlakunya serangan komunis, 9 orang tentera ditugaskan untuk pergi ke Kampung Lalang dengan menaiki truck Volvo Motar berkapasiti 2 tan.
Suasana hutan tebal kiri dan kanan dengan jalan sempit menghubungkan satu kawasan ke kawasan yang lain. Siapa yang tinggal di kawasan Baling sana tahu la keadaan yang berbukit bukau di sekelilingnya. Salah satu faktor yang menyebabkan Ulu Legong ini dipilih sebagai tempat persembunyian pengganas komunis pada ketika itu adalah kerana faktor kawasan yang bergunung-ganang selain faktor geografinya yang bersempadan dengan Thailand. Jadi ia memudahkan pergerakan komunis menyusup keluar masuk.
Hinggalah tiba di satu jambatan, kenderaan yang dinaiki mereka dibedil dengan peluru roket pemusnah kereta kebal (bazooka) dari arah atas kawasan bukit. Kalau kena memang berkecai habis. Peluru bazooka tadi berdesup terus tepat menghentam enjin hadapan truck Volvo Motar mengakibatkan dentuman kuat dan terus membuatkan askar-askar di dalam trak tercampak.
Akibatnya pemandu trak mati di tempat kejadian manakala yang lain mengalami kecederaan. Anggota yang tercampak keluar segera mencari tempat perlindungan walaupun pada ketika itu berada dalam keadaan cedera parah dengan darah membuak-buak keluar dari tubuh.
Masing-masing mengengsot-ngengsot cuba mencari pokok untuk berselindung, namun malangnya sudah terlewat. Rupa-rupanya di sekeliling bukit kiri dan kanan sudah pun dipenuhi dengan komunis lengkap bersenjata yang seolah-olah tidak sabar-sabar lagi menunggu detik dan saat untuk membalas dendam.
Dianggarkan seramai 43 orang komunis sudah pun bersiap sedia dengan diketuai sendiri oleh Chin Peng.
Senang je nak tahu wanita tu single ke tak. Kalau nampak dia keluar dengan parents, 98% single. Lagi 2% mungkin dia tunang orang atau ldr dengan suami dia.
Good luck!
Bahagia itu ketenangan.
Ketenangan yang kadang-kadang boleh membuatkan kita gembira, menangis, ketawa, atau sekadar membuatkan kita berdiam diri.
Ada orang yang gembira, tapi sebenarnya hatinya sayu.
Ada orang yang sedang menangis, tapi sedang redha.
Carilah ketenangan.
Masa 2021 ada rasa macam ni dan tahun yg sama juga terus beli cincin utk diri sendiri
Tahun 2025 cincin pun dah selamat dijual sbb jrg pakai dan jari makin gemuk so x muat dan alang2 utk buat topup perbelanjaan masa gi umrah tahun lepas
Flatlay barang-barang aku ketika musafir 45 hari masa pergi haji lepas.
Baju minimum. Kain ihram 3 helai. Ubat tu penting. Kalau bukan untuk kita, roommate perlukan.
Selamat tunaikan haji bagi semua jemaah haji tahun ni. Semalam dah mula berangkat ke Madinah.
Sebak pulak 😢
Diorang doa untuk semua penderma every kelas 🥺
Kita rasa belajar tuisyen tu nothing je.
Tapi untuk adik-adik yatim tahfiz ni, it is not even an option. Tak ada mak ayah yang ada untuk support.
Abang kakak, they need around RM650 lagi. Kongsi rezeki 🙏🏻
“Bolehkah membaca basmalah di pertengahan surah al-Taubah?”
Jawapan pendek: sebaiknya ditinggalkan.
1- Umum kita mengetahui bahawa surah al-Taubah tidak dituliskan basmalah pada awal surah. Imam al-Qurtubi menyatakan 5 riwayat tentang perkara ini:
Bukan semua yang benar perlu disampaikan, lebih-lebih lagi jika melukakan. Contohnya, apabila mak atau ayah meluah perkara yang kurang baik tentang ahli keluarga, biarlah ia berhenti setakat kita. Tugas anak ialah menenangkan, bukan menjadi batu api, kerana boleh jadi dengan diam itulah cara terbaik untuk menyelamatkan keluarga.
Sebab masa 20's dah pernah beri peluang kononnya perlukan masa 2 tahun utk preparation last2 after 2 tahun nothing changed pun. Kalau betul perlukan masa explain betul2 bukannya mengelak sampai buat si P tertanya-tanya tentang hala tuju hubungan ni
Sampai bila lah nak kena hadap benda ni. Dapat member x boleh harap toll... Igtkan lepas berbaik kononnya nak beri peluang kedua, hampa sungguh..perangai masih x berubah... Putus jelah... Bukannya kau perlu minta izin sesapa pun
Pastikan Akaun TH Anda Kekal Aktif!
Akaun anda akan dianggap tidak aktif jika tiada sebarang transaksi melebihi 7 tahun.
Elakkan perkara ini dengan hanya melakukan salah satu daripada langkah berikut :
• Log masuk ke THiJARI, atau
• Kemaskini maklumat peribadi, atau
• Lakukan sebarang transaksi kewangan
Langkah mudah ini mampu memastikan akaun anda sentiasa kekal aktif. Untuk maklumat lanjut, hubungi Tabung Haji Contact Centre di 03-6207 1919.
#THiJARI #AkaunAktif
#tabunghaji #haji #haji1447h #alfalah #malaysiamadani #madaniisworking #HajiBermulaDiSini
Sedih plak rasanya. Makin sendu plak ordernya... Sebelum ni buat FB ads adalah dpt closed sale customer, tapi sampai saat ni xde yg confirm lagi. Potential customer ada je engage, DM pun ada je yg masuk tapiiiiii🥲... Betul ke apa aku buat ni???
Amalkan pakai pure virgin coconut oil kalau you ada heavy dandruff & kepala makin botak. Meh i ajar tips mcm mana nak buat hair oiling — tak renyah, tapi hasil dia padu beb!
Buat 2-3 kali seminggu confirm kepala tak gatal-gatal dah nanti. Rambut makin lebat pulak tu 😮💨