Mencintai itu permainan yang besar.
Semakin dalam kita mencintai, semakin besar juga ruang untuk kita terluka apabila kehilangan.
Kerana itu, hanya hati yang kuat, berani mencintai dengan sepenuh jiwa raga.
As Malaysians worry and pray for Tun Mahathir’s health, three dedicated healthcare workers from IJN, one Malay, one Chinese and one Indian stand by his side.
They are a powerful reflection of Malaysia’s diversity, united in caring for him. Thank you to our frontline workers.
Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan adalah salah satu inspirasi kepada sistem beraja dalam Siri Empayar.
Mungkin tidak keterlaluan untuk saya katakan yang sistem pemilihan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia juga ada ciri-ciri yang mirip proses pemilihan Yamtuan Besar Negeri Sembilan.
Malah yang boleh menjadi kebanggaan kita, Negeri Sembilan merupakan persekutuan yang tertua di dunia (bagi yang masih wujud). Ia bermula pada tahun 1773, apabila Raja Melewar diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar (Yamtuan) Pertama bagi Negeri Sembilan.
Untuk mengangkat sejarah dan adat ini, agar bersebati dan tidak dilupakan asal-usulnya oleh generasi seterusnya, saya terapkan ciri-ciri yang sama pada sistem pemerintahan dalam Siri Empayar.
Jika anda merupakan pembaca Siri Empayar, pasti anda akan perasan wujudnya raja lain di Nusantara walaupun jurai keturunan Aradhana digelar raja Nusantara, bukan?
Jadi apakah yang berlaku? Siapakah yang sebenar-benarnya raja?
Jawapan mudah, sultan daripada jurai keturunan Aradhana merupakan raja segala raja di Nusantara. Ada sebab-sebab tertentu kenapa keturunan itu diangkat. Panjang untuk diceritakan dalam satu posting ini sahaja.
Ketuanan pemerintah daripada keturunan Aradhana diakui oleh raja-raja di seluruh Nusantara. Semuanya bersatu untuk dinaungi oleh sultan Kesultanan Aradhanapura.
Walaupun gelaran-gelaran yang digunakan oleh raja-raja di wilayah-wilayah Nusantara berbeza seperti susuhunan, sultan, dan lain-lain, taraf mereka itu sama. Iaitu pemerintah wilayah yang bertaraf raja.
Dalam Siri Empayar, wilayah-wilayah beraja ini digelar Wilayah Lingkaran Pertama. Wilayah-wilayah ini lebih utama kedudukan hierarkinya berbanding wilayah-wilayah lain. Atas persetujuan raja-raja wilayah inilah pengganti sultan Kesultanan Aradhanapura akan dinobatkan.
Kerana hanya raja, layak menobatkan raja.
Dalam masa yang sama, wujud juga wilayah yang pemerintahnya bukanlah bertaraf raja. Ketua wilayah-wilayah ini boleh dipilih dalam kalangan rakyat, berbeza adatnya mengikut amalan setempat. Ada yang bergelar Yang Dipertuan walaupun tidaklah bertaraf raja, seperti di Wilayah Kepayangan.
Berbalik kepada topik, sistem dalam Siri Empayar ini lebih kurang dengan keadaan sebenar di Negeri Sembilan dan Malaysia sendiri.
Jika Negeri Sembilan ada Undang Yang Empat yang mengiktiraf Yamtuan sebagai ketua negeri, jika Malaysia ada 9 raja yang mengiktiraf seorang Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara, dalam Siri Empayar pula ada raja-raja Wilayah Lingkaran Pertama yang mengiktiraf sultan daripada keturunan Aradhana sebagai raja Nusantara.
Namun, hakikat itu bukanlah selama-lamanya.
Malangnya, ada ‘Si Kitol’ yang sanggup melibatkan campur tangan kuasa asing, lalu mengucar-ngacirkan adat semata-mata untuk merebut kuasa.
Cerita lanjut ada dalam Siri Empayar!
Ilmu terbang, ilmu rahsia alam nusantara?
Masyarakat kita pernah digemparkan dengan kenyataan orang Melayu zaman dahulu boleh terbang. Kebetulan, dalam buku saya tahun ini, ada topik yang hampir sama.
Dalam buku Empayar 4, ada diperkenalkan satu ilmu aneh yang diamalkan di sebuah tempat yang terpencil di kepulauan nusantara. Ilmu ini tidak pernah terlihat oleh dunia luar. Iaitu ilmu mengapungkan objek tanpa perlu menyentuhnya.
Dalam posting ini, saya kupaskan sedikit.
Dalam Empayar 4, ada penceritaan suasananya dengan lebih mendalam!
Kalau kalian berminat, Siri Empayar dah ada di pasaran! Online & kedai-kedai buku. Link kat bio saya pun ada!
Lama saya tak post kat sini 👀. Saya ada satu berita yang saya happy nak bagitahu kalian!
Alhamdulillah, SIRI EMPAYAR TELAH TERJUAL LEBIH 200,000 NASKHAH!!! ✨💕😭🥳🎉🙌🏻
Bagi saya, 200,000 itu sangat banyak. Malah terlalu banyak. Walaupun berita ini sebenarnya sudah dimaklumkan kepada saya lebih dua bulan yang lalu, susah untuk saya percaya yang siri ini telah terjual sebanyak itu. Terima kasih kerana sudi untuk membawa pulang dunia yang saya tulis.
Terima kasih juga untuk rating yang tinggi (hampir full 5 stars!). You’re being too kind to me 😭💕.
Walaupun saya merasakan penulisan saya tidaklah layak untuk rating setinggi itu, saya sangat hargai penilaian kalian. InsyaAllah, saya akan usaha lebih keras agar satu hari nanti karya-karya saya benar-benar layak untuk rating 5 stars!
Sorry tau sebab lambat maklumkan berita ni kat awak semua. Saya segan sebenarnya 🥹.
Angka 200,000 terjual ini bukanlah ukuran hebat atau tidaknya seorang penulis tau? Ini semua rezeki Allah yang datang bersama ujian untuk saya. Ini juga hasil usaha keras pengikut karya saya yang tidak jemu-jemu menyarankan dan berkongsi apa yang mereka suka kepada orang lain juga. Saya beruntung dapat menjadi sebahagian kecil daripada semua itu, saya hanyalah manusia yang menulis bukunya.
Terima kasih kerana menjadikan Empayar sampai sejauh ini. Terima kasih kerana membaca, menunggu sambungan, berbincang, dan terus memberi ruang kepada dunia kecil yang saya bina ini untuk menjadi sebahagian daripada hidup kalian.
Seronok saya curi-curi baca discussion kalian berkaitan topik-topik dalam Empayar! Bijak-bijak semuanya!
Bercakap tentang topik discussion berkaitan Empayar, ESOK atau LUSA, saya akan post ulasan secara ringkas tentang satu topik dalam Siri Empayar pula, khas berkaitan Empayar 4. Iaitu topik rahsia di sebalik objek-objek terbang dalam Empayar 4!
‘Jumpa’ dalam posting seterusnya! Take care! 🌹
Let the day go.
You’ve carried enough for one heart today.
Not everything needs to be solved tonight.
Let your mind rest.
A tired mind makes the future look heavier than it really is.
Tak semestinya pembuli kita dapat balasan.
Malah mungkin kita lihat mereka terus berjaya & bahagia.
Kita pula masih berjuang dengan trauma.
Tetapi itulah ujian dunia.
Di akhirat, kita & pembuli kita akan dapat keadilan sebenar.
Sementara itu, moga kita kuat & terus sembuh.
You’re not behind.
You just keep looking at people who are on a different path from yours.
Slow down.
No one is rushing you.
Take your time. You’re still becoming the person you’re meant to be.
Keenam-enam ilustrasi baru untuk Empayar 4 dah siap diupload! 🤍
Kalau ada request/cadangan scene lain untuk saya lukiskan, bagitahulah. InsyaAllah saya usahakan.
Terima kasih sebab terus beri saya peluang untuk berkarya. It’s been an honour doing this for you guys 💕
Legenda nenek yang bongkok dan nenek kebayan.
Ramai yang terkeliru menyangkakan dua jelmaan ini merupakan satu susuk yang sama. Ada yang tertukar-tukar antara kedua-duanya.
Hakikatnya, nenek yang bongkok dan nenek kebayan merupakan dua watak yang berbeza.
Nenek yang bongkok lebih berusia. Daripada watak itulah dikatakan lahirnya lagu rakyat, Nenek Si Bongkok Tiga.
Nenek kebayan pula lebih muda. Tidak bongkok seperti yang disalah sangka oleh kebanyakan orang. Malah nenek kebayan masih tegap dan kelihatan penuh bertenaga. Dipanggil nenek kerana memang hakikatnya usia jelmaan wanita itu sudah terlalu tua berbanding umur manusia biasa.
Persamaannya, kedua-dua jelmaan nenek ini dikatakan bukanlah manusia. Kedua-duanya dikaitkan dengan tokoh agung yang pernah masyhur di zaman dahulu. Hanya muncul di hadapan manusia yang terpilih sahaja.
Jangan risau, ini bukan cerita seram hahaha!
Kisah yang penuh ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
🔔 Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Umur yang panjang, dan kubur yang menepati sunnah.
Selain daripada topik berkenaan keturunan yang dikurniakan dengan kelebihan umur yang panjang, dalam Empayar 4 juga ada menyentuh tentang pilihan ketika penamat umur. Iaitu topik pusara yang menepati sunnah.
Dalam Empayar 4, Sastra meminta agar makam salah seorang tokoh agung yang baru syahid tidak diletakkan apa-apa binaan megah.
Malah, cukup sekadar sebuah batu sungai sebagai penanda untuk penziarah.
Boleh dilihat dalam latar belakang lukisan, terdapat binaan-binaan makam buat raja-raja dan pemerintah agung terdahulu di sebuah kawasan pusara diraja. Namun, Sastra tidak mahu hal itu dilakukan kepada tokoh yang seorang ini.
Bukan sahaja bagi mematuhi garis panduan kubur untuk tidak bermegah-megah, Sastra juga ingin mengelakkan risiko berlakunya amalan syirik.
Tokoh itu bukan sahaja berdarah keturunan raja yang disegani, malah ramai yang bersaksi kematiannya sebagai syahid.
Sastra bimbang, jika makam tokoh itu terlalu megah, rakyat yang datang menziarah akan mula melakukan hal yang melampaui batas.
Bermula dengan ziarah, rakyat akan mula mencium batu nisan atau binaan di kubur yang terlalu megah. Kemudian mula meminta-minta kepada orang yang telah mati kerana dianggap disegani dan mati syahid. Mulalah si mati itu dianggap sebagai wali. Tidak mustahil suatu hari nanti dibina patung untuknya lalu disembah.
Sastra memilih untuk mengelakkan semua mudarat itu.
Maka, satu batu sungai di bawah pohon tua yang rendang menjadi penanda makam tokoh tersebut. Tanpa sebarang hiasan yang nyata akan melanggar sunnah dan syariah.
Kisah yang penuh ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
🔔 Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Haritu saya ada upload video proses melukis singgahsana Sundagema ini kan?
Harini, seperti yang dijanjikan, saya terangkan perincian maksud pada ukirannya pula!
Saya tak boleh explain detail sangat. Bimbang spoiler. Tapi insyaAllah, saya rasa mungkin mereka yang dah baca akan faham sepenuhnya dan boleh kaitkan maksud ukiran-ukiran ni.
Penjelasan tentang takhta ni saya gugurkan daripada manuskrip Empayar 4 untuk mengelakkan ia jadi tebal sangat (yang sekarang pun dah lagi tebal daripada kamus 💀).
Sekarang, saya upload di social media untuk para pembaca yang interested nak tahu maklumat extra.
Saya kagum sebab ada yang dapat point out maksud-maksud ukiran ni sebelum saya sendiri yang terangkan. Malah, sebelum saya upload lukisan full yang jelas nampak takhta ni pun! Tajam mata dan usaha pemahaman kalian! Power! 👏🏻✨
Kisah yang penuh ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
🔔 Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Singgahsana terapung?
Parang terbang merupakan ilmu kebatinan yang mahsyur secara lisan di Tanah Melayu. Sering dilaporkan penyaksian orang ramai pada zaman darurat.
Tiada sesiapa yang benar-benar dapat membuktikan sama ada ia semata-mata dongeng, atau ilmu sakti yang benar-benar wujud.
Di sebuah tempat di Kepulauan Nusantara, dikatakan tersembunyi lubuk ilmu-ilmu sakti yang telah dilupakan oleh dunia secara umumnya.
Bukan setakat parang terbang, dihikayatkan bahawa di tempat tersebut diamalkan ilmu ghaib yang membolehkan barang-barang yang lebih besar dan berat dapat diapungkan.
Jika benarlah semua itu, maka tidak mustahil takhta atau singgahsana terbang itu juga nyata.
Dikatakan di tempat itu juga tersembunyinya kekayaan dan rahsia yang boleh menggegar dunia. Maka, sejak berkurun, manusia berlumba-lumba untuk mencarinya.
Tempat itu dinamakan sebagai Sundagema. Namun, kewujudannya tidak dapat disahihkan. Tiada pengembara yang pulang dengan bukti penemuannya. Yang ada, hanyalah mereka yang berlayar dan tidak kembali.
Ada juga yang mengatakan ia wujud, namun terlindung dek penjaga yang ghaib. Penjaga yang tidak boleh dilihat, sentuh, mahupun dihidu. Namun kehadirannya dapat dirasa. Saat kehadiran penjaga tersebut dikesan, maka itulah penghujung riwayat buat sang peneroka.
Oleh itu, Sundagema kekal tersembunyi, terlindung daripada pencerobohan.
“Ghaib ialah ilmu yang belum dibuka.
Sundagema wujud, menunggu diteroka.”
Kisah selanjutnya, ada dalam karya terbaru saya, Empayar 4!
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis sudah kembali available!
🔔 Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
“Ampun kanjeng gusti sinuhun, beribu-ribu ampun! Keadaan itu tidak boleh dibenarkan! Kita tidak boleh meruntuhkan undang-undang nenek moyang yang wujud sejak berkurun lamanya! Jika tidak…”
Seperti yang saya janjikan tempoh hari, ini salah satu daripada 6 ilustrasi baru yang saya sediakan buat pembaca Empayar 4! (Tak ada dalam buku)
Putera yang menjadi raja ini antara watak penting dalam Empayar 4. Ingat tak lukisan 3 putera yang saya lukis beberapa minggu lalu? Watak ini adalah salah seorang daripada 3 putera itu!
Berasal dari wilayah yang tersembunyi di Kepulauan Nusantara, malah dikira dongeng bagi sesetengah pihak. Iaitu Sundagema.
Terinspirasi daripada kerajaan rumpun Melayu dan Nusantara purba seperti Langkasuka, Kedah Tua, Tarumanagara, Majapahit, Srivijaya, Mataram Kuno, dan bermacam-macam lagi, Sundagema menyimpan seribu satu rahsia purba yang tidak pernah terlihat oleh dunia luar.
Tersembunyi ilmu-ilmu hikmat yang telah dilupakan oleh manusia. Ilmu-ilmu yang dianggap ghaib. Dijaga erat daripada terbocor.
Susuhunan merupakan gelaran setara sultan di Sundagema. Sinuhun pula galaran setara tuanku di Sundagema. Kanjeng, gusti, pangeran, keraton, dan banyak lagi perkataan asing di Sundagema bukanlah semata-mata rekaan yang hanya wujud dalam dunia Empayar 4. Kebanyakannya wujud di dunia nyata juga.
Empayar 4, dan 2 lagi karya baru saya yang terbit sempena sedekad (10 tahun) menulis, sudah kembali available!
🔔 Ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx90fZ
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf
Empayar 4 sudah available semula! 🤩
Ini lukisan takhta di Sundagema. Tetapi, tidak diceritakan secara detail di dalam Empayar 4.
Perincian tentang takhta ini saya keluarkan daripada manuskrip Empayar 4 sebagai usaha untuk menipiskan buku. Tapi tebal jugak akhirnya HAHAHA!
Setelah mempertimbangkan betul-betul, saya anggap ketiadaan perincian tentang takhta ini tidak akan menganggu penceritaan di dalam buku. Maka, ia tidak dimasukkan.
Cuma, pada takhta ini ada banyak clue berkaitan rahsia-rahsia di Sundagema. Nanti saya akan ceritakan.
Berdasarkan video ni sahaja, awak semua dapat point out tak maksud-maksud pada perincian takhta ni?
Buat yang ingin membeli Empayar 4, ini link pembelian: https://t.co/lE5Mcx9y5x
Di pesta buku pun ada dijual! Di kedai-kedai buku pun sudah mula ada!
#pbakl2026 #pbakl #klibf2026 #klibf